Paun (jisim)

(Dilencongkan dari Paun (berat))

Paun (singkatan: lb, atau kekadang di Amerika Syarikat, #) ialah unit berat dalam sebilangan sistem yang berbeza, termasuk berbagai-bagai sistem unit berat yang merupakan sebahagian unit Inggeris, unit imperial, dan unit kebiasaan Amerika Syarikat. Saiznya berbeza-beza antara satu sistem sama lain. Paun yang paling banyak digunakan pada hari ini ialah paun avoirdupois antarabangsa.

Perbezaan antara jisim dan berat (atau daya) serta perkembangannya dibincangkan dalam rencana berat. Dalam sesetengah keadaan, paun digunakan sebagai nama untuk unit daya. Penggunaan ini dibincangkan dalam rencana paun-daya (suatu unit daya yang berdasarkan satu paun (avoirdupois) dan pecutan graviti di permukaan Bumi).


Paun antarabangsa sunting

Paun avoirdupois antarabangsa adalah tepat sama dengan 453.59237 gram. Takrif ini telah disetujui oleh Amerika Syarikat dan negara-negara Komanwel pada tahun 1958.

Kegunaan paun antarabangsa di United Kingdom dikuatkuasakan oleh Akta Timbang dan Ukur 1963. [1]

Ela atau meter akan merupakan unit ukuran panjang dan paun atau kilogram akan merupakan unit ukuran jisim, dengan mana-mana pengukuran yang melibatkan ukuran panjang dan jisim akan merujuk kepada kedua-dua ini di United Kingdom; dan- (a) ela akan tepat sama dengan 0·9144 meter; (b) paun akan tepat sama dengan 0·453 592 37 kilogram.

Akta Timbang dan Ukur, 1963, Seksyen 1(1)

Satu paun avoirdupois adalah tepat sama dengan 6 auns avoirdupois, serta tepat sama dengan 7,000 grain. Justeru itu, faktor pertukaran antara kilogram dengan paun antarabangsa dipilih supaya boleh dibahagikan dengan 7 dan oleh itu, satu grain (antarabangsa) adalah tepat sama dengan 64.79891 miligram.

Kesetaraan dengan unit-unit jisim yang lain sunting

Jadual di bawah menerangkan hubungan antara paun avoirdupois dan:

  • paun troy (sila lihat di bawah);
  • tiga paun sejarah yang lain (sila lihat di bawah): paun menara (bahasa Inggeris: Tower pound ), paun saudagar (merchant pound ), dan paun London (London pound );
  • paun metrik 500-gram yang digunakan di sesetengah tempat buat tempoh yang singkat semasa pemetrikan (sila lihat di bawah); dan
  • gram, unit jisim Sistem Unit Antarabangsa (SI).


Paun Inggeris
Paun Auns Grain Gram
Paun avdp. troy menara saudagar London metrik avdp. troy menara
Avoirdupois 1 175144 3527 2827 3536 1011 16 14 712 15 59 7000 453.59
Troy/ap. 144175 1 1615 6475 45 34 13 29175 12 12 45 5760 373.24
Menara 2735 1516 1 45 34 710 12 1235 11 14 12 5400 349.91
Saudagar 2728 7564 54 1 1516 78 15 37 14 116 15 6750 437.39
London 3635 54 43 1615 1 1415 16 1635 15 16 7200 466.55

Asal sejarah sunting

Paun sebagai nama untuk unit jisim (atau berat, sebelum jisim dan berat dibezakan) mempunyai sebuah sejarah yang panjang yang amat berkait dengan sejarah sistem-sistem unit jisim yang berkenaan serta penggunaannya.

Perkataan "paun" berasal daripada perkataan Latin, pendere, yang membawa pengertian, "menimbang". Perkataan libra bermaksud “penimbang, neraca" serta juga unit jisim Rom yang serupa dengan paun. Inilah asalnya singkatan “lb” or "" untuk paun.

Di United Kingdom, terdapat hubungan sejarah antara paun sebagai unit jisim, dan paun sebagai unit mata wang (paun sterling) kerana unit mata wang pada zaman silam ditakrifkan sebagai berat logam perak.

Paun troy sunting

Paun troy dinamai sempena nama Troyes, nama pekan pasar Perancis, yang merupakan pekan perdagangan saudagar Inggeris, sekurang-kurangnya sejak zaman Charlemagne lagi (awal abad ke-9). Paun ini merupakan paun yang tertua di England dan hanya digunakan untuk emas, perak, bahan farmaseutik, dan roti, menurut banyak sumber sezaman. [2]

Sebelum diubah pada zaman pemerintahan Henry VIII dari England, paun avoirdupois berdasarkan piawai tersendiri yang diukur sebagai kira-kira 7,002 grain troy. Semasa pemerintahan Henry VIII, paun avoirdupois ditakrifkan semula sebagai 7,000 grain troy dan sejak dari masa itu, grain sering dianggap sebagai sebahagian sistem avoirdupois.

Paun avoirdupois sunting

Paun avoirdupois direka oleh para saudagar London pada tahun 1303. Istilah "avoirdupois" berasal daripada perkataan aveir de peis yang membawa pengertian "barangan yang berat" yang dijual secara pukal dan ditimbang melalui dacing dan neraca yang besar. [2]

Di United Kingdom, paun avoirdupois ditetapkan sebagai salah satu unit jisim oleh Akta Timbang dan Ukur 1878, tetapi mempunyai nilai sebanyak 0.453592338 kg yang hanya sedikit berbeza (berhubung dengan kilogram) dengan nilai terkini. Kuantiti ini merupakan kuantiti terukur, dengan artifak terasingnya masih bertindak sebagai piawai untuk paun ini. Nilai lama ini kekadang dipanggil sebagai paun imperial, dengan takrif dan istilahnya kini menjadi kuno, kecuali apabila merujuk kepada takrif tahun 1878 yang berbeza sedikit.

Di Amerika Syarikat, paun (avoirdupois) sebagai unit jisim telah ditakrifkan secara rasmi dari segi kilogram sejak tahun 1893 lagi. Pada tahun tersebut, hubungan ini telah ditetapkan sebagai 2.20462 paun untuk 1 kilogram dan menyusul penentuan paun British pada tahun 1894, hubungan itu ditetapkan pula sebagai 2.20462234 paun untuk 1 kilogram. Paun antarabangsa yang terkini berbeza dengan paun tahun 1894 Amerika Syarikat sebanyak lebih kurang satu persepuluh juta. [3]

Paun-paun yang lain sunting

Dari segi sejarah di berbagai-bagai kawasan di dunia pada masa yang berbeza-beza dan untuk kegunaan-kegunaan yang berlainan, paun (atau terjemahannya) merujuk kepada berbagai-bagai piawai jisim (berat) yang agak serupa. Sesetengah daripada paun-paun yang llain dihuraikan di bawah.

Libra atau paun Rom sunting

Libra Rom atau paun Rom ialah satu unit jisim kuno yang setara dengan lebih kurang 327 gram. Ia dibahagikan kepada 12 uncia atau auns.

Paun Troy sunting

Paun troy adalah setara dengan 12 auns troy dan 5,760 grain. Pada hari ini, grain adalah secocok dengan sistem-sistem unit jisim avoirdupois dan troy, dengan satu paun troy antarabangsa merupakan 373.241 721 gram.

Paun troy umumnya tidak lagi digunakan. Di Kanada, Australia, United Kingdom, dan tempat-tempat yang lain, ia tidak lagi merupakan unit perdagangan yang sah, dengan United Kingdom membatalkan penggunaannya pada 6 Januari 1879. Walaupun demikian, paun troy masih digunakan untuk mengukur logam-logam yang berharga seperti emas, perak, serta platinum, dan kekadangnya juga batu permata seperti baiduri.

Kebanyakan ukuran jisim logam-logam berharga yang menggunakan paun merujuk kepada paun troy, walaupun ia tidak dinyatakan secara tersurat. Sebilangan kekecualian yang terkenal adalah seperti yang berikut:

  • Ensikopedia Britannica (kini merupakan sebuah ensiklopedia Amerika Syarikat sejak kira-kira seabad) yang menggunakan kedua-dua paun avoirdupois dan auns troy, mungkin tidak menggunakan kedua-dua ini dalam rencana yang sama (kerana ia menghasilkan satu sistem yang janggal, dengan satu paun merupakan 14 7/12 auns)
  • Jisim tutup keranda batu Tutankhamun sebanyak 110 kilogram sering dinyatakan sebagai 242 atau 243 paun (avoirdupois) tetapi kekadang juga, walaupun kurang biasa, dinyatakan sebagai 296 paun (troy).

Livre sunting

Livre (diterjemahkan sebagai "paun") ialah nama Perancis untuk berbagai-bagai unit jisim sejak Zaman Pertengahan lagi, tetapi kini masih digunakan untuk merujuk kepada paun metrik (sila lihat di bawah):

  • Livre esterlin yang setara dengan lebih kurang 367.1 gram digunakan antara akhir abad ke-9 dan pertengahan abad ke-14. [4]
  • Livre poids de marc atau livre de Paris yang setara dengan kira-kira 7,555 grain atau lebih kurang 489.5 gram digunakan antara dekad 1350-an dan akhir abad ke-18. [4] Ia diperkenalkan oleh kerajaan Raja John II dari Perancis.
  • Livre métrique yang ditetapkan sebagai sama dengan satu kilogram atau 1,000 gram melalui dekri 13 Brumaire an IX antara tahun-tahun 1800 dan 1812 merupakan sejenis paun metrik rasmi (sila lihat di bawah). [4]
  • Livre usuelle yang ditetapkan sebagai sama dengan 500 gram melalui dekri pada 28 Mac 1812 dibatalkan sebagai satu unit jisim pada 1 Januari 1840 melalui dekri 4 Julai 1837. [4]

Paun Jersey sunting

Paun Jersey yang setara dengan lebih kurang 7,561 grain ialah unit jisim yang usang yang digunakan di pulau Jersey antara abad ke-14 sehingga abad ke-19. Ia mungkin berasal daripada livre poids de marc Perancis (sila lihat di atas). [5]

Paun Menara sunting

Paun Menara (bahasa Inggeris: tower pound) adalah sama dengan 5,400 grain. Sebelum tahun 1528, unit mata wang British yang juga dikenali sebagai paun ialah paun Menara perak yang bernilai lebih kurang £38 pada hari ini. Pada tahun 1528, piawai itu ditukarkan kepada paun Troy.

Libra mercatoria sunting

Libra mercantoria atau paun merkantil yang juga dikenali sebagai paun saudagar atau paun komersil ialah unit jisim yang usang yang digunakan di England untuk kebanyakan barangan (selain daripada wang, rempah, dan ubat-ubat elektuari) sehingga abad ke-14. Ia adalah sama dengan 9,600 grain gandum (setara dengan 6,750 grain). Terdapat 12 auns Menara dalam satu paun Menara, dengan satu paun saudagar merupakan 15 auns Menara. [6]

Paun London sunting

Paun London atau paun merkantil yang sama dengan 7,200 grain adalah sama juga dengan 16 auns Menara atau 15 troy auns.

Paun Scotland sunting

Paun Scotland atau paun trone yang setara dengan antara 21 - 28 auns avoirdupois merupakan salah satu daripada sebilangan unit ukuran Scotland yang usang.

Paun bulu biri sunting

Paun bulu biri (bahasa Inggeris: wool pound ) yang sama dengan 6,992 grain adalah unit jisim untuk mengukur bulu biri. [7]

Paun metrik sunting

Dalam bahasa Jerman, istilah untuk paun ialah Pfund, dalam bahasa Belanda, pond, dan dalam bahasa Sepanyol, Portugis, serta Itali, libra.

Di banyak negara selepas pengenalan sistem metrik, paun (atau terjemahannya) menjadi satu istilah tak rasmi untuk setengah kilogram atau 500 gram, seringnya menyusul pentakrifan semula yang rasmi untuk unit yang sedia ada semasa abad ke-19. "Pond" Belanda merupakan satu kekecualian kerana ditakrifkan semula secara rasmi sebagai 1 kilogram, dengan aunsnya merupakan 100 gram. Jika paun digunakan di Belanda pada hari ini, ia mungkin merujuk kepada 500 gram; takrif dahulunya kini tidak lagi digunakan. Bagaimanapun, auns 100-gram masih digunakan secara terhad.

Beratus-ratus paun yang lebih lama digantikan dengan cara ini. Contoh-contoh paun yang lebih lama termasuk paun Sepanyol, Portugal, dan Amerika Latin sebanyak sekitar 459 - 460 gram, paun Norway sebanyak 498.1 gram, dan banyak lagi paun-paun yang berbeza di kawasan-kawasan yang kini merupakan sebahagian negara Jerman.

Walaupun paun sebagai satu istilah tak rasmi di negara-negara tersebut digunakan pada tahap-tahap yang berbeza, neraca dan peranti ukur disenggat hanya dalam gram dan kilogram. Satu paun barang harus ditentukan dengan menimbang barang itu dalam ukuran gram. Penggunaan istilah paun biasanya dilarang untuk kegunaan rasmi dalam perniagaan.

Rujukan sunting

  1. ^ Dipetik oleh Laws LJ dalam "[2002] EWHC 195 (Pentadbiran)". Dicapai pada 2006-08-12.
  2. ^ a b Laman web Sizes.com : Paun avoirdupois
  3. ^ Biro Piawai Negara Amerika Syarikat (1959-06-25). "Notices "Perbaikan nilai untuk ela dan paun"" (PDF). Dicapai pada 2006-08-12.
  4. ^ a b c d Sizes, Inc. (2001-03-16). "Pre-metric Unit jisim livre dan unit-unit Perancis yang lebih kecil". Dicapai pada 2006-08-12.
  5. ^ Sizes, Inc. (2003-07-28). "Paun Jersey". Dicapai pada 2006-08-12.
  6. ^ Zupko, Ronald (1985-12-01). Kamus Timbang dan Ukur untuk Kepulauan British: Zaman Pertengah hingga Abad Ke-20. DIANE Publishing. ISDN 087169168X.
  7. ^ "Timbang & Ukur Inggeris". Dicapai pada 2006-08-12.

Pautan luar sunting

Pertukaran antara unit sunting