Buka menu utama

Paus Gregorius XIII

(Dilencongkan dari Paus Gregory XIII)

Paus Gregorius XIII (Bahasa Itali: Gregorio XIII, Bahasa Inggeris: Gregory XIII; 7 Januari 1502 – 10 April 1585) atau nama lahirnya Ugo Boncompagni, merupakan Paus Gereja Katolik dari 13 Mei 1572 sehinggalah kematiannya pada 1585. Beliau dikenali kerana mengusahakan takwim awam moden yang digunakan sehinga hari ini iaitu takwim Gregorius.

Kehidupan awalSunting

Ugo Boncompagni dilahirkan kepada Cristoforo Boncompagni (10 Julai 1470 – 1546) dan Angela Marescalchi di Bologna, di mana beliaubelajar undang-undang dan lulus dalam 1530. Beliau kemudiannya mengajar  urus perundangan selama beberapa tahun, dan murid-muridnya termasuk-tokoh terkenal seperti Kardinal Alexander Farnese, Reginald Pole dan Charles Borromeo. Beliau turut mempunyai anak hasil hubungan tidak sah bersama wanita simpanannya, Maddalena Fulchini, sebelum beliau menjadi paderi beberapa lama kemudian.[1]

Paus Pius IV (1559-1565) melantik beliau sebagai Paderi Kardinal San Sisto Vecchio di mana beliau dihantar ke Majlis Trent.

Pilihan raya sebagai PausSunting

Setelah kematian Paus Pius V (1566-1572), Ugo memenangi undian sebagai Paus seterusnya. Beliau mengambil nama pemerintahnya Gregorius XIII sempena memperingati Paus Gregorius I (590-604) yang terkenal.

Dalam takhta PausSunting

Pembangunan takwim baruSunting

Beliau dikenali terutamanya atas usaha merancang sebuah takwim baru yang didasarkan dia-dia Aloysius Lilius[2][3], doktor dan ahli falak dari Calabria, dengan bantuan Christopher Clavius, seorang ahli falak dan pendeta Jesuit. Alasan yang diusulkan untuk pembaharuan takwim yang digunakan ini ialah purata panjang satu tahun menurut takwim Julius dianggap terlalu lama kerana ia mengikut setiap tahun sebagai 365 hari, 6 jam panjang, sedangkan pengiraan menunjukkan panjang sebenar seseuatu tahun itu kurang sedikit (365 hari, 5 jam 49 minit). Hasilnya, tarikh sebenar ekuinoks musim bunga secara perlahan-lahannya (selama berabad-abad 13) tergelincir kepada 10 Mac ketika pengiraan (computus) tarikh Paskah masih mengikut tarikh tradisional iaitu 21 Mac.

Perkara ini telah disahkan oleh pemerhatian Clavius. Sebuah warta pada 24 Februari 1582 memerintahkan bahawa setelah tamatnya tanggal Khamis 4 Oktober 1582, hari seterusnya akan jatuh daripada 5 Oktober kepada 15 Oktober 1582. Kalendar baru ini, takwim Gregorius, menggantikan takwim Julius yang telah lama digunakan sejak tahun 45 SM.

NotaSunting

RujukanSunting

PetikanSunting

SumberSunting

  • Teks awal daripada edisi ke-9 (1880) sebuah ensiklopedia yang tidak bertajuk.
  •   Rencana ini memuatkan teks dari suatu penerbitan yang kini berada dalam domain awamHerbermann, Charles, penyunting (1913). Pope Gregory XIII. Catholic Encyclopedia. New York: Robert Appleton. 

Pautan luarSunting