Payung terjun :parachute) merupakan satu alat yang digunakan bagi memperlahankan pergerakkan sesuatu objek melalui atmosfera dengan mewujudkan daya seretan. Payung terjun dibuat daripada kain, terutamanya daripada nilon. Ia sering kali digunakan untuk memperlahankan penurunan sesuatu objek yang jatuh ke bumi atau sesuatu benda angkasa di dalam litosfera. Payung terjun

juga kadang kala digunakan bagi membantu nyahpecutan mendatar sesebuah kenderaan (sebuah pesawat kepak kaku, atau pelumba seretan), atau memberi kestabilan (jatuh bebas beriringan, atau kapal bolak balik angkasa selepas menyentuh permukaan bumi).

Kebanyakan payung terjun moden dikelaskan sebagai sayap separuh kaku, yang mana boleh dikendalikan, dan angkasahan. Payung terjun terawal lebih menyerupai kain dan melekat. Reka bentuknya telah berubah bertahun-tahun dari potongan berbentuk kasar kepada payung terjun yang berbentuk aerodinamik.

Dahulunya, payung terjun pernah dibuat daripada sutera tetapi kini ia kebanyakan dibuat daripada tenunan fabrik nilon yang lebih tahan lama, kadang kala disaluti dengan silikon bagi mempertingkat keupayaan dan kekonsistenan terhadap masa.

Apabila payung terjun berbentuk segi empat (juga dikenali sebagai pelantak udara) diperkenalkan, para pengeluar telah bertukar kepada bahan-bahan regangan rendah seperti Dacron atau bahan-bahan tak beregang seperti Spectra, Kevlar, Vectran dan aramida modulus tinggi.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

Galeri sunting

Pautan luar sunting