Pecah periuk

genus tumbuhan

Pecah periuk, jarum-jarum, jejarum, siantan, seganding atau seganding jantan ialah sejenis pokok renek berbunga dalam genus Ixora[3][4] keluarga Rubiaceae.[1] Genus ini mempunyai 544 spesies.[2] Pokok renek ini didapati di kawasan tropika dan subtropika seluruh dunia, terutamanya India.

Pecah periuk
Jejarum
Ixora coccinea
Pengelasan saintifik
Alam:
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
Order:
Keluarga:
Subkeluarga:
Tribus:
Genus:
Ixora
Spesies jenis
Ixora coccinea
Spesies

sekitar 544 spesies, lihat teks

Sinonim[1][2]
Senarai

Pokok ini banyak ditanam di kawasan perumahan serta taman-taman, dan juga sesuai untuk dijadikan tanaman pagar.

Penamaan

sunting

Nama jarum-jarum (Jawi: جاروم٢) dan jejarum (Jawi: ‏ججاروم‎‎) diberikan kerana stigma bunganya yang nipis seperti jarum.[5]:284–285

Botani

sunting

Tingginya pokok pecah periuk sehingga tiga meter. Batangnya berwarna perang dan liat, dan daunnya berbentuk bujur. Saiz daun untuk Ixora javanica adalah lebih besar iaitu 12-20 sentimeter panjang dan 4-6 sentimeter lebar, berbanding dengan daun Ixora coccinea yang hanya berukuran 7-10 sentimeter panjang dan 3-5 sentimeter lebar.

Bunga pokok ini besar dan berjambak-jambak di hujung dahan. Warna bunga untuk kedua-dua spesies termasuk merah, jingga, kuning, dan merah jambu. Walau bagaimanapun, spesies Ixora coccinea juga mempunyai bunga putih.

Buahnya berwarna hijau dan menjadi merah apabila masak.

Penanaman

sunting

Spesies-spesies tumbuhan Ixora lebih suka tanah berasid dan merupakan pilihan sesuai untuk bonsai.

Spesies terpilih

sunting

Kegunaan

sunting

Bunga pokok ini yang berwarna merah biasanya digunakan dalam upacara sembahyang agama Hindu dan dalam membuat ubat-ubatan masyarakat orang India.

Galeri

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ a b "Ixora L., Sp. Pl.: 110 (1753)". Plants of the World Online. Royal Botanic Gardens, Kew. 2024. Dicapai pada 1 Mei 2024.
  2. ^ a b "Ixora L." World Flora Online. The World Flora Online Consortium. 2022. Dicapai pada 1 Jun 2022.
  3. ^ "Ixora". Kamus Bahasa Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
  4. ^ Hean Chooi Ong (2006). Tanaman hiasan: khasiat makanan & ubatan. Kuala Lumpur: Utusan Publications. m/s. 44–45, 228–231. ISBN 9789676118929.
  5. ^ Burkill, Isaac Henry (April 1930). "An Index to the Malay Vernacular Names with comments". The Gardens' Bulletin; Straits Settlements. 3 (6 (bahagian 2)): 274–321 – melalui Perpustakaan Warisan Biokepelbagaian.

Pautan luar

sunting