Koordinat: 1°19′48″N 104°24′28″E / 1.33000°N 104.40778°E / 1.33000; 104.40778

Pulau Batu Puteh (bahasa Portugis: Pedra Branca) (juga ditulis Pulau Batu Putih mengikut ejaan baru Bahasa Melayu) merupakan sebuah batu tunggul yang mempunyai keluasan sebuah padang bola sepak, terletak di Selat Singapura yang menghadap ke arah Laut China Selatan. Rumah Api Horsburgh yang terdapat di tunggul batu ini dibina oleh pihak British pada 1851.

Pulau Batu Puteh
B. Melayu Pulau Batu Puteh
B. Inggeris Batu Puteh Island
B. Cina 白礁
(Pinyin báijiāo)
B. Tamil பெட்ரா பிராங்கா

Singapura merujuk ke atas pulau ini sebagai "Pedra Branca" (yang bermaksud "batu putih" dalam bahasa Portugis). Dinamakan sebagai batu putih kerana terdapat sekelompok burung camar laut yang mendiami pulau ini pada masa yang lalu.

Pulau Batu Puteh terletak berhampiran dengan pulau-pulau sekitarnya seperti Batuan Tengah dan Tubir Selatan, yang menjadi subjek utama mengenai pertindihan antara Singapura dan Malaysia yang dibicarakan menerusi Mahkamah Keadilan Antarabangsa. Pada 23 Mei 2008, Mahkamah memutuskan bahawa Pulau Batu Puteh milik Singapura sementara Batuan Tengah milik Malaysia [1] [2] [3] Status Tubir Selatan pula akan ditentukan kemudian berdasarkan di perairan mana ia terletak. [4]

Kelebihan fizikal sunting

 
Tanda pangkah ke atas kawasan perairan Pulau Batu Puteh di dalam peta

Pulau Batu Puteh memiliki keluasan 3,300 m², dan semasa air surut diukur, panjangnya ialah 137 m. Ia tidak termasuk Batuan Tengah, yang mana kedua-dua batu tunggul terletak 0.6 nmi (1.1 km) di selatan pulau yang dimiliki oleh Malaysia, dan Tubir Selatan, batu yang timbul semasa air surut sahaja, 2.1 nmi (3.9 km) ke selatan yang mana pemilik sebenar masih dalam penentuan.[5]

Sejarah sunting

 
Rumah Api Horsburgh, yang dilukis oleh John Turnbull Thomson (18211884) yang memaparkan Pulau Batu Puteh sejurus selepas penyempurnaan rumah api pada 1851, yang direka olehnya.

Kerajaan Negeri-negeri Selat merasakan perlu membina rumah api di Pulau Batu Puteh pada 1847. Kapten James Horsburgh dari Scotland, British kemudiannya membina Rumah Api Horsburgh pada 1847-1851 selepas mendapat kebenaran daripada Sultan Johor pada 1844. [6] Seorang hidrografer Syarikat Hindia Timur Inggeris untuk melukis peta kedalaman kawasan perairan ini.

Perairan sekitar batuan ini pertama kali memiliki rekod pelayaran yang diterbitkan seawal 1953. Pelayar Belanda Johann van Linschoten kemudian merekodkan Pulau Batu Puteh sebagai "di mana kapal datang dan pergi ke dan dari China lalu dalam bahaya dan sebahagiannya meninggalkannya" ("where ships that come and go to and from China pass in great danger and some are left upon it"). Batuan ini mendapat nama semasa sekumpulan burung camar laut singgah di atasnya.[7]

Kesultanan Johor Darul Ta'zim sunting

Rakyat Malaysia khususnya di negeri Johor Darul Ta'zim mendakwa bahawa Pulau Batu Puteh adalah sebahagian daripada jajahan takluk kesultanan DiRaja Johor bersandarkan kepada Perjanjian Inggeris-Belanda 17 Mac dan Perjanjian Crawfurd 2 Ogos, 1824 yang secara jelas menggariskan persempadanan kedaulatan Kesultanan DiRaja Johor yang masih digunapakai hingga ke hari ini.

Surat kebenaran yang telah diberikan oleh Temenggung dan Baginda Sultan Johor kepada pihak Inggeris di Singapura untuk membina Rumah Api Horsburgh pada 25 November 1844 juga membuktikan penguasaan dan kedaulatan Kesultanan DiRaja Johor di perairan tersebut. Mengikut surat kebenaran tersebut, pembinaan serta operasi rumah api telah dibenarkan 'berdekatan dengan Titik Romania' atau di mana-mana yang bersesuaian. [8]

Almarhum Baginda Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail ketika merasmikan pembukaan persidangan Dewan Undangan Negeri Johor pada 19 Jun, 2008 menegaskan bahawa pulau berkenaan bukan milik Singapura sebaliknya hak milik kerajaan Johor Darul Ta'zim. [9]

"Suka beta ingatkan bahawa beta tidak lupa pada Pulau Batu Puteh. Pulau Batu Puteh bukan hak Singapura tetapi hak milik Johor. Sampai bila pun beta akan cari ikhtiar untuk mendapatkan semula pulau milik Johor itu," titah baginda.

Kes pelanggaran kapal sunting

Batuan ini dianggap mempunyai risiko bahaya kepada kapal layar yang melaluinya. Sebagai contoh, antara 1824 dan 1851, terdapat sekurang-kurangnya 25 kemalangan kapal yang melibatkan pelanggaran batu ini. Antara 2000 dan 2004 terdapat dua laporan mengenai kemalangan kapal.

Pada 4 Januari 2003, sebuah kapal perang Tentera Laut Singapura, RSS Courageous telah berlanggar dengan kapal dagang Belanda, ANL Indonesia sepanjang 293.5 m berhampiran pulau ini di perairan Selat Tebrau, Johor Darul Ta'zim. [10] Tiada kecederaan dilaporkan di pihak kapal dagang tersebut yang hanya mengalami kerosakan ringan.[11] Namun tiga krew kapal perang Tentera Laut Singapura telah terkorban, lapan tercedera dan seorang krewnya hilang. Krew kapal tentera laut Singapura tersebut dipertanggungjawabkan ke atas kecuaian serta kemalangan yang telah berlaku. [12] [13]

Pertindihan wilayah sunting

Wilayah ini menghadapi pertindihan antara Singapura dan Malaysia sejak 1979 yang mana Malaysia menerbitkan peta yang memaparkan batuan ini berada di dalam sempadannya. Kes ini telah ditangani oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa supaya mendapat kata putus. Pada 23 Mei 2008, Mahkamah Keadilan Antarabangsa menyerahkan Pulau Batu Puteh kepada Singapura, tetapi Batuan Tengah kepada Malaysia. Manakala status Tubir Selatan yang terletak lebih ke selatan akan ditentukan kemudian berdasarkan di perairan mana ia terletak [14].

Perdebatan status Batu Puteh sunting

Menurut pendapat pakar maritim, Pulau Batu Puteh atau Pedra Branca bukan sebuah pulau tetapi batu. Pakar maritim Datuk Dr Abu Bakar Jaafar memberi pendapat pulau didefinisikan sebagai kawasan semulajadi yang lebih tinggi dari laut dan dikelilingi air serta boleh menampung habitat secara semulajadi. Pulau Batu Puteh menurutnya bukan pulau kerana menurut definisi Artikel 121 Undang-undang Laut Konvensyen Pertubuhan Bangsa Bersatu 1982 (UNCLOS), batu yang tidak boleh menampung habitat manusia atau ekonomi sendiri tidak mempunyai zon esklusif ekonomi[15].

Nota sunting

  1. ^ Noraini Abd. Razak. Batu Putih hak Singapura - ICJ juga putuskan Middle Rocks kepunyaan Malaysia. Utusan Malaysia. 24 Mei 2008.
  2. ^ "ICJ menyerahkan kedaulatan Pedra Branca kepada Singapura". Channel NewsAsia. 23-05-2008. Dicapai pada 23-05-2008. Check date values in: |accessdate= dan |date= (bantuan)
  3. ^ "Mahkamah menyerahkan pulau kecil kepada Singapura". BBC. 23-05-2008. Dicapai pada 23-05-2008. Check date values in: |accessdate= dan |date= (bantuan)
  4. ^ "Kedaulatan ke atas Pedra Branca/Pulau Batu Puteh, Middle Rocks dan South Ledge (Malaysia/Singapore)". Mahkamah Keadilan Antarabangsa. 23-05-2008. Check date values in: |date= (bantuan)
  5. ^ Wong, May (06-11-2007). "Latar belakang di Pedra Branca". Channel NewsAsia. Check date values in: |date= (bantuan)
  6. ^ "Significant Scots : James Horsburgh". Electric Scotland. Dicapai pada 07-11-2007. Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  7. ^ "Batu Putih milik siapa". Utusan Malaysia. 03-11-2007. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan); Check date values in: |date= (bantuan)
  8. ^ "Islands 'part of Johor Sultanate'". New Straits Time. 14-11-2007. Check date values in: |date= (bantuan)
  9. ^ Perenggan 1. Sultan Johor Akan Ikhtiar Kembalikan Kedaulatan Pulau Batu Puteh[pautan mati kekal] Bernama. 19 Jun 2008.
  10. ^ "Kapal perang Tentera Laut Singapura berlanggar dengan kapal dagang". People's Daily. 04-01-2003. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan); Check date values in: |date= (bantuan)
  11. ^ "Collision at sea : RSS Courageous berlayar kembali Pangkalan Tentera Laut Changi". Menteri Pertahanan Singapura. 04-01-2003. Check date values in: |date= (bantuan)
  12. ^ "Incident at sea : The RSS Courageous story". Channel NewsAsia. 04-04-2003. Diarkibkan daripada yang asal pada 2003-06-24. Dicapai pada 2008-05-28. Check date values in: |date= (bantuan)
  13. ^ Ng Keng Yong v Public Prosecutor Diarkibkan 2008-09-17 di Wayback Machine, High Court (Singapore), 13 Ogos 2004. Dijumpai pada 7 November 2007.
  14. ^ Perenggan 3 Batu Putih hak Singapura - ICJ juga putuskan Middle Rocks kepunyaan Malaysia Diarkibkan 2009-05-08 di Wayback Machine. Utusan Malaysia. 24 Mei 2008
  15. ^ Liew-Ann Phang, "Pulau Batu Puteh bukan pulau tetapi batu", The Sun, 28 Mei 2008

Artikel tambahan sunting

Rencana sunting

  • Stephens, Harold. "Light Houses of Asia". Traveller Magazine (reproduced on the Wolfenden Publishing website). Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-06-15. Dicapai pada 07-11-2007. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan); Check date values in: |accessdate= (bantuan)

Buku sunting

  • Hall-Jones, John (1995). The Horsburgh Lighthouse. Invercargill, N.Z.: John Hall-Jones. ISBN 0473032058 (pbk.) Check |isbn= value: invalid character (bantuan).
  • Pavitt, J.A.L. (1966). First Pharos of the Eastern Seas : Horsburgh Lighthouse. Singapore: Donald Moore Press.
  • Thomson, J.T. (John Turnbull) (1852). Account of the Horsburgh Light-house, Erected on Pedra Branca, near Singapore. Singapore: G.M. Fredrick.

Pautan luar sunting

Umum sunting

Mahkamah Keadilan Antarabangsa sunting

Rumah Api sunting

Malaysia sunting

Singapura sunting

Lain-lain sunting

Imej sunting