Dalam botani, pedunkel, jentu atau tangkai induk ialah tangkai yang menyokong perbungaan atau bunga tunggal, atau, selepas pemfekunan, perbuahan atau buah tunggal. Jentu ini kadang-kadang mempunyai pengasuh pada bukunya. Paksi utama perbungaan di atas jentu ialah rakis. Bunga pula tiada pada jentu tetapi ada pada rakis.[1][2][3]

Jentu merah tua panjang pada American pokeweed, setiapnya disokong oleh rasem.
Agave dengan jentu timbul. Bunganya belum lagi muncul dari kudup. Cabang dan pengasuh tampak pada buku. Bandingkan dengan papirus
Sulur Cyperus. Pertimbangkan dengan jentu Agave

Apabila jentu muncul dari aras tanah, sama ada dari batang udara yang termampat atau batang bawah tanah (rimpang, bebawang, umbi, umbisi), dengan beberapa pengasuh atau tiada kecuali pada bahagian berdekatan rakis atau pudung, ia dirujuk sebagai sulur.[2]

Buah oak pada pokok oak berpedunkel mengeluarkan jentu yang panjang, sesuai namanya.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Harris, James G.; Harris, Melinda Woolf (2001). Plant Identification Terminology: An Illustrated Glossary (ed. 2nd). Spring Lake, Utah: Spring Lake Publishing. ISBN 978-0-9640221-6-4. OCLC 45951032.
  2. ^ a b Henslow, John Stevens (2009). A Dictionary of Botanical Terms. Cambridge: Cambridge University Press. ISBN 978-0-511-70154-2. OCLC 889956193.CS1 maint: date and year (link)
  3. ^ Beentje, Henk (2010). The Kew Plant glossary: An Illustrated Dictionary of Plant Terms. Richmond, Surrey, UK: Royal Botanic Gardens, Kew. ISBN 978-1-84246-422-9. OCLC 464589004.