Pegawai Pesawat
Pegawai Pesawat (Flying Officer atau Fg Off dalam RAF dan IAF; FLGOFF dalam RAAF; FGOFF dalam RNZAF; kadang kala F/O dalam semua cabang perkhidmatan dan masih digunakan dalam RAF) ialah pangkat pegawai muda dalam Tentera Udara Diraja[1] dan tentera udara banyak negara yang mempunyai pengaruh sejarah British. Ia juga kadang kala digunakan sebagai terjemahan bahasa Inggeris yang setaraf dengan pangkat di negara-negara yang mempunyai struktur pangkat spesifik tentera udara bukan Inggeris. Dalam kes ini Pegawai Pesawat biasanya berkedudukan atas Pegawai Juruterbang dan berada dibawah Flait Leftenan.

Ia mempunyai kod pangkat OF-1 NATO dan setaraf dengan Leftenan dalam Tentera Darat British atau Marin Diraja. Namun, ia tinggi sedikit dari pangkat sepadan Leftenan Madya dalam Tentera Laut Diraja.[2][tiada dalam ayat yang diberikan]
Pangkat setaraf dalam Women's Auxiliary Air Force ialah "pegawai seksyen".
Lihat juga Sunting
Rujukan Sunting
- ^ "Ranks and Badges of the Royal Air Force". Royal Air Force. 2011. Dicapai pada 2011-04-21.
- ^ Armed Forces Act 2001