Angkatan Tentera Malaysia
Angkatan Tentera Malaysia
Tentera Darat Tentera Laut Tentera Udara
Pangkat Pegawai Angkatan Tentera
Fil Marsyal Laksamana Armada Marsyal TUDM
Jeneral Laksamana Jeneral TUDM
Leftenan Jeneral Laksamana Madya Leftenan Jeneral TUDM
Mejar Jeneral Laksamana Muda Mejar Jeneral TUDM
Brigedier Jeneral Laksamana Pertama Brigedier Jeneral TUDM
Kolonel Kepten Kolonel TUDM
Leftenan Kolonel Komander Leftenan Kolonel TUDM
Mejar Leftenan Komander Mejar TUDM
Kapten Leftenan Kapten TUDM
Leftenan Leftenan Madya Leftenan TUDM
Leftenan Muda Leftenan Muda Leftenan Muda TUDM
Pegawai Kadet Kanan
Kadet
Lain-lain Pangkat Angkatan Tentera
Pegawai Waran I Pegawai Waran I Pegawai Waran Udara I
Pegawai Waran II Pegawai Waran II Pegawai Waran Udara II
Staf Sarjan Bintara Kanan Flait Sarjan
Sarjan Bintara Muda Sarjan Udara
Koperal Laskar Kanan Koperal Udara
Lans Koperal Laskar Kelas I Laskar Udara Kanan
Prebet Laskar Kelas II Laskar Udara I
Prebet Laskar Muda Laskar Udara II
Perajurit Muda Perajurit Muda Perajurit Muda

Pegawai Waran adalah seorang anggota pertubuhan tentera yang menyandang pangkat dengan pengkhususan tertentu. Di kebanyakan negara, mereka adalah Pegawai Tidak Tauliah yang paling kanan dan menggambarkan pengalaman yang luas dan kemahiran mereka yang cemerlang.

Dalam perkhidmatan tentera di Amerika Syarikat, Pegawai Waran adalah pegawai yang diberikan perlantikan jawatan oleh Setiausaha Pertahanan (Pegawai Bertauliah menerima tauliah perlantikan daripada Presiden) untuk membolehkan penjawat menjalankan tugas-tugas khusus yang tidak boleh dilaksanakan oleh anggota lain-lain pangkat. Pegawai Waran Kanan dikira sebagai pegawai bertauliah dan diberikan keistimewaan dan kelebihan seperti mana pegawai-pegawai bertauliah.

Malaysia sunting

Dalam perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia, Pegawai Waran ialah seorang pegawai tanpa tauliah yang mempunyai kekananan yang tinggi, dan dikaitkan dengan pengalaman dan pengetahuan yang tinggi dan meluas.

 
Insignia pangkat Pegawai Waran I Tentera Darat Malaysia
 
Insignia pangkat Pegawai Waran II Tentera Darat Malaysia

Perlantikan Pegawai Waran dibuat oleh menteri Pertahanan dan bukannya oleh Yang Di-Pertuan Agong. Dengan itu, perlantikan ini bukannya satu tauliah sebagai pegawai di dalam perkhidmatan tentera, tetapi sadalah satu waran kuasa untuk memberikan penjawat jawatan kelebihan dan keistimewaan tertentu sebagai Pegawai Waran.

Pegawai Waran dalam perkhidmatan tentera di Malaysia dibahagikan kepada dua gred. Pegawai Waran II (PW II) adalah pegawai tanpa tauliah yang lebih tinggi daripada Staf Sarjan. Penjawat jawatan Pegawai Waran II biasanya adalah seorang Staf Sarjan yang mempunyai pengalaman dan pengetahuan yang tersohor membolehkan pelantikannya sebagai Pegawai Waran II. Dia juga perlu sudah lulus semua kursus dan peperiksaan yang ditetapkan dan mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang cemerlang [1] Diarkibkan 2006-11-08 di Wayback Machine

Pegawai Waran I adalah pangkat paling tinggi dalam kumpulan pegawai tanpa tauliah, dan merupakan jawatan kenaikan pangkat kepada penjawat pegawai Waran II. Perlantikan ke jawatan Pegawai Waran I mesti diluluskan oleh Panglima Tentera Darat.

Pegawai-pegawai Waran tidak dipanggil gelaran Tuan seperti pegawai-pegawai bertauliah, tetapi dipanggil dengan panggilan kehormatan "Encik". Pegawai waran tidak menggunakan calit seperti Sarjan dan Staf Sarjan, tetapi sebaliknya menggunakan satu tanda khas mempunyai mahkota di uniform. Anggota lain-lain pangkat tidak memberikan tabik kepada Pegawai Waran. Hanya pegawai-pegawai bertauliah sahaja yang diberikan tabik.

Pegawai Waran yang berkhidmat cemerlang dan mempunyai kemahiran-kemahiran tertentu boleh diberikan pertimbangan untuk perlantikan sebagai Pegawai Bertauliah. Dengan itu, Pegawai Waran I boleh dihentikan perkhidmatan sebagai Pegawai Tanpa Tauliah dan perkhidmatan beliau digantikan dengan perkhidmatan sebagai Pegawai Bertauliah, dan dengan demikian diberikan nombor perkhidmatan yang baru.

Amerika Syarikat sunting

Tentera Darat Amerika Syarikat sunting

Dalam Tentera Darat Amerika, Pegawai Waran adalah kumpulan petugas yang mempunyai kemahiran khusus (MOS specialty) yang tidak terdapat di kalangan anggota-anggota lain-lain pangkat.

Dalam perkhidmatan Tentera Darat Amerika Syarikat, perkhidmatan Pegawai Waran boleh dikesan sehingga tahun 1896, dengan perlantikan kerani Markas. Di sekitar tahun 1918, pegawai Waran tidak dianggap sebagai pegawai tentera, tetapi sebagai orang awam. Perkhidmatan kehakiman tentera (Judge Advocate General) kemudiannya menetapkan pada penjawat Pegawai Waran adalah pegawai tentera.

 
Insignia Kor Pegawai Waran Tentera Darat Amerika

Dalam tahun 1918, Kongres Amerika meluluskan penubuhan Perkhidmatan Penanam Periuk Api dengan kekuatan awal 40 orang Pegawai Waran. [2] Diarkibkan 2011-02-23 di Wayback Machine Akta Pertahanan Kebangsaan 1920 (National Defence Act) membolehkan Pegawai Waran berkhidmat sebagai kerani, kakitangan pentadbiran dan pemimpin pancaragam. Akta ini juga memberikan kuasa perlantikan 1,120 orang Pegawai Waran sepenuh masa.

Dalam tahun 1941, Undang-Undang Am 230 memberikan kuasa membuat perlatikan pegawai waran dengan bilangan tidak melebihi 1 peratus daripada keanggotaan anggota tetap Tentera Darat dengan dua gred iaitu Pegawai Waran (WO1), dan Pegawai Waran Kanan (CW2). Dalam bulan November 1942, pangkat Pegawai Waran (WO1) diberikan definisi sebagai pangkat di atas semua anggota lain-lain pangkat dan di bawah semua pangkat pegawai bertauliah. Pada penghujung tahun 1951, Pegawai Waran menjalankan tugasan dalam 60 jenis pengkhususan.

Pengambilan boleh dibuat melalui permohonan oleh anggota-anggota tentera darat yang sedang berkhidmat ataupun daripada anggota-anggota Pasukan Simpanan Tentera Darat ataupun pasukan Pegawai Kebangsaan. Orang awam juga boleh membuat permohonan memasuki program Pegawai Waran.

Perlantikan biasa sebagai Pegawai Waran adalah untuk tempoh 3 ataupun 4 tahun. Pegawai Waran dalam Tentera Darat Amerika Syariat boleh dilantik dalam 5 gred berlainan. Perlantikan awal dibuat sebagai Pegawai Waran (WO1), dan dimajukan jikalau ada kenaikan pangkat kepada Pegawai Waran Kanan (CW2). Kenaikan pangkat boleh dibuat untuk kenaikan menjadi Pegawai Waran Kanan 3 (CW3), Pegawai Waran Kanan 4 (CW 4) dan Pegawai Waran Kanan 5 (CW5).