Pejabat (Mal., Sin., Bru.)[1] atau kantor (Ind.)[1][2] secara umumnya adalah sebuah bilik atau kawasan yang digunakan untuk melakukan kerja; pejabat juga boleh merujuk kepada bangunan terletaknya bilik atau kawasan kerja tersebut. Apabila digunakan sebagai kata sifat, istilah "pejabat" mungkin merujuk kepada hal berkaitan perniagaan. Dalam tatacara perundangan, sebuah syarikat atau pertubuhan memiliki pejabat di mana-mana tempat yang mana ia mempunyai kehadiran rasmi, walaupun kehadiran itu adalah terdiri daripada, senbagai contoh, gudang simpanan yang menggantikan pejabat.

Sebuah pejabat di UK

Sebarang ruang pejabat boleh merangkumi pelbagai bentuk dari sekecil ruang menempatkan meja kerusi hinggalah seluas aras malah seluruh bangunan khusus yang dikhususkan untuk sesebuah syarikat. Pejabat kini diketahui berkait sebagai tempat kerja orang yang melakukan kerja melibatkan kepakaran dan pengurusan tanpa tenaga yang kuat (yakni "kolar putih").

PeristilahanSunting

"Pejabat" lazim dipakai di Malaysia, Singapura dan Brunei dalam bahasa Malaysia,[1] ia diakar daripada kata kerja "jabat" yang diertikan sebagai perlakuan "memegang sesuatu".[3] Kata ini dicipta hasil kajian dilakukan Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa (kemudiannya Pakatan Bahasa Melayu dan Persuratan Buku-buku Di-Raja) Kerajaan Johor kelolaan Abdul Rahman bin Andak yang mencari padanan sesuai dalam bahasa Melayu untuk menjelaskan konsep-konsep baharu yang diperkenalkan dalam bidang pemerintahan pihak Inggeris yang agak asing dalam kefahaman kerajaan Melayu pada ketika itu.[4]

"Kantor" lebih lazim dipakai di Indonesia melalui bahasa baku negara tersebut[1] menyerap kata Bahasa Belanda iaitu kantoor.[5]

RuanganSunting

Tujuan utama lingkungan pejabat adalah untuk mendukung penghuninya dalam pelaksanaan pekerjaan, dengan biaya serendah mungkin dan tingkat kepuasan setinggi mungkin. Mengingat beragamnya pekerja dan tugas yang dikerjakan, tidaklah selalu mudah untuk memilih ruang kantor yang cocok. Guna membantu pengambilan keputusan reka bentuk ruang kerja dan pejabatdapat dibezakan tiga jenis ruang:

  • ruangan kerja (work space)
  • ruangan pertemuan (meeting space)
  • ruangan pendukung (support space).

Syarikat yang baru atau berkembang, pejabat cabang jarak jauh, ruang-ruang projek, dapat dilayani oleh "Serviced Offices" (pejabat berkemudahan perkhidmatan) sebagai pemecahan sederhana dan dapat menyediakan semua jenis-jenis ruangan.

Ruangan kerjaSunting

Ruangan kerja dalam suatu kantor biasanya digunakan untuk melaksanakan pekerjaan kantor yang lazim, seperti membaca, menulis dan pekerjaan dengan komputer. Ada sembilan jenis generik ruangan kerja, masing-masing mendukung kegiatan-kegiatan yang berbeza.

Ruangan pertemuanSunting

Ruangan pertemuan dalam sebuah pejabat biasanya digunakan untuk proses interaktif, ia dapat berupa percakapan singkat atau pertukaran pendapat brainstorm intensif. Ada enam jenis generik ruangan pertemuan, masing-masing mendukung kegiatan yang berbeza.

Ruangan pendukungSunting

Ruangan pendukung dalam suatu kantor biasanya digunakan untuk kegiatan sekunder seperti pengarkiban dokumen atau beristirahat. Ada dua belas jenis ruangan begini yang masing-masing am mendukung kegiatan-kegiatan yang berbeda.

RujukanSunting

  1. ^ a b c d "'office' - Istilah MABBIM". Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. Dicapai pada 16 Ogos 2020.
  2. ^ "kantor". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. Dicapai pada 17 Ogos 2020 – melalui Pusat Rujukan Persuratan Melayu.
  3. ^ Berdasarkan perbandingan sumber berikut:
    • Wilkinson, Richard James (1901). A Malay-English dictionary. Hongkong: Kelly & Walsh, limited. m/s. 212.
    • "jabat". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. Dicapai pada 17 Ogos 2020 – melalui Pusat Rujukan Persuratan Melayu.
  4. ^ Amat Juhari Moain (2009). Sejarah Perancangan Bahasa Melayu di Negeri Johor. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. ISBN 9789836297914.
  5. ^ kantor. Kamus Besar Bahasa Indonesia. Jakarta: Badan Pengembangan dan Pembinaan Bahasa, Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia,. 2016.Selenggaraan CS1: tanda baca ekstra (link)