Pejabat Paten dan Tanda Dagangan Amerika Syarikat

Pejabat Paten dan Tanda Dagangan Amerika Syarikat (bahasa Inggeris: United States Patent and Trademark Office) (USTPO) merupakan sebuah agensi di bawah Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat yang mengeluarkan paten dan tanda dagangan di Amerika Syarikat. USTPO merupakan agensi kerajaan yang unik kerajaan beroperasi semata-mata atas yuran penggunannya, dan bukannya wang dari pembayar cukai.[1]

Ibu pejabat USPTO adalah di Alexandria, Virginia selepas berpindah dari Crystal City, Virginia pada tahun 2005.

USPTO bekerjasama dengan Pejabat Paten Eropah (EPO) dan Pejabat Paten Jepun sebagai satu Pejabat Paten Trilateral. USPTO juga berperanan sebagai Pejabat Penerimaan, iaitu pihak berkuasa Pencarian Antarabangsa dan Pemeriksaan Awal Antarabangsa untuk permohonan paten antarabangsa yang difailkan mengikut Perjanjian Kerjasama Paten.

Rujukan sunting

  1. ^ Bohle, Shannon (February 2014). "A Four Part Series on Open Notebook Science (Part 4)". Nature.com. Diarkibkan daripada yang asal pada February 19, 2014. Dicapai pada 19 February 2014.

Bacaan tambahan sunting

Pautan luar sunting