Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Baling merupakan sebuah pejabat pendidikan yang terletak di daerah Baling , Kedah. daerah ini dibahagikan kepada tiga zon; Zon Baling, Zon Kuala Pegang dan Zon Kuala Ketil. Pejabat ini terletak di dalam kawasan Baling yang sejauh 7 kilometer dari pekan Baling bersebelahan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Baling.

PPD Baling
Pejabat Pendidikan Daerah Baling Kedah Darul Aman
NegaraMalaysia
NegeriKedah
DaerahBaling dan Sik
Pentadbiran
 • Pegawai Pendidikan DaerahEncik Amirulddin bin Abd Hamid
 • Timbalan Pegawai Pendidikan DaerahFakhrurazi bin Abdul Majid
Poskod
09100
Kod panggilan604-4704344
Laman sesawanghttp://www.ppdbalingsik.net

Bilangan sekolah mengikut kategori sunting

  • 23 buah sekolah menengah (2 buah SMKA, 1 buah sekolah model khas, dan 16 buah SMK)
  • 9 buah SJK (C)
  • 10 buah SJK (T)
  • 2 buah SABK (sekolah agama bantuan kerajaan)

Peranan pejabat daerah sunting

Fail:Ppdbalingsik.JPG
Logo Rasmi Pejabat Pendidikan Baling Sik
  • Wakil Jabatan Pelajaran Negeri di peringkat daerah
  • Merancang dan melaksanakan program pembangunan fizikal, sosial, kemanusiaan dan kerohanian di peringkat daerah.
  • Merancang dan melaksanakan program ikhtisas bagi meningkatkan kecekapan staf.
  • Mengendali, mengurus dan mengawal keperluan kewangan dan perbelanjaan tahunan bagi sekolah-sekolah.
  • Menyelia aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran sekolah-sekolah.
  • Mengawal disiplin, tatatertib dan etika kerja penyelia, pengetua, guru besar, guru- guru dan kakitangan bukan guru.
  • Mengurus dan mentadbir perkhidmatan dan kebajikan guru-guru dan staf bukan guru.

Visi dan misi sunting

Visi sunting

Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang

 
Bangunan Pejabat Pendidikan Baling Sik

Misi sunting

 
Gunung yang berada di dalam daerah Baling untuk kegiatan pendakian dan penjelajahan.
  • Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti
  • Memantapkan Semua Aspek Pengurusan Pendidikan Selaras Dengan Matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan
  • Meningkatkan Kecemerlangan Kurikulum Kearah Melahirkan Insan Yang Berilmu Dan Berketrampilan
  • Meningkatkan Kualiti Profesionalisme Keguruan Di Kalangan Pendidikan Dalam Era Globalisasi
  • Menyediakan Prasarana Pendidikan Yang Mencukupi Dan Lengkap Sejajar Dengan Keperluan Semasa
  • Memperkasakan Program Bina Insan Untuk Membentuk Warganegara Yang Cemerlang Akal Budi Dan Bersatu Padu
  • Mengukuhkan Pemuafakatan Pendidikan Melalui Perkongsian Pintar Kearah Merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Prinsip etika kerja sunting

  • Melayan segala, penuh mesra.
  • Menyelesai segera, budi bicara.
  • Menepati masa, kualiti dipelihara.
  • Ikram bersaudara, sebulat suara.
  • Ikhlas bekerja, amanah dijaga.
  • Imej kita, tanggungjawab bersama.

Senarai sekolah sunting

Sekolah Khas Baling - Jalan Charuk Nau, Baling

SJK(C) Chin Hwa - Pekan Kuala Pegang, Baling

SJK(C) Chung Hwa - Pekan Sik, Sik

SJK(C) Kampung Lalang - Kampung Lalang, Baling

SJK(C) Kong Min - Tawar, Kuala Ketil

SJK(C) Kuala Ketil - Jalan Baling, Kuala Ketil

SJK(C) Peng Min - SJK(C) Peng Min Kejai, Kuala Ketil

SJK(C) Poi Chee - Ladang Pelam, Malau Kulim

SJK(C) Seng Yok - Jalan Kupang, Kupang

SJK(C) Yeok Chee - 109, Jalan Mahmud, Baling

SJK(T) Binjol - Batu7, Binjol, Kuala Ketil

SJK(T) Ladang Malakoff - Ladang Malakoff, Kuala Ketil

SJK(T) Ldg Badenoch - SJK(T) Ldg.Badenoch, Kuala Ketil

SJK(T) Ldg Batu Pekaka - Ladang Batu Pekaka, Kuala Ketil

SJK(T) Ldg Bukit Sembilan - Ladang Bukit Sembilan, Kuala Ketil

SJK(T) Ldg Katumba - Ladang Katumba, Kuala Ketil

SJK(T) Ldg Kim Seng - Ladang Kim Seng, Kuala Ketil

SJK(T) Ldg Kuala Ketil - Ladang Kuala Ketil, Kuala Ketil

SJK(T) Ldg Kupang - Ladang Kupang, Kupang

SJK(T) Ldg Pelam - Ladang Pelam, Kulim

SK Asam Jawa/Carok Kelian - Jalan Parit Panjang, Baling, Baling

SK Badang - Karangan Karangan

SK Baling - Jalan Mahmud, Baling

SK Bandar Baru Beris Jaya - Sungai Batang, Sik

SK Batu Lima - Batu Lima, Sik

SK Batu Pekaka - Batu Pekaka, Kuala Ketil

SK Binjul - Batu 7 Binjul, Kuala Ketil

SK Binjul Dalam - Kuala Ketil

SK Chemara - Jeniang, Jeniang

SK Chepir - Kampung Chepir, Sik

SK Dalam Wang - Sekolah Kebangsan Dalam Wang, Baling

SK Danglau - Kg Kubang Kesom, Mukim Sok Sik

SK Gulau - Wakil Pos Gulau, Sik

SK Hj Hussain - Kg Tupai, Mukim Teloi Tua, Sik

SK Hujung Bandar - Kg. Hujung Bandar, Sik

SK Iboi - Iboi Kupang SK Jeneri - Sekolah Kebangsaan Jeneri, Jeniang

SK Kalai - Jeniang

SK Kampong Keda, Kupang - Sekolah Kebangsaan Kampong Keda, Kupang

SK Kampung Bandar - Siong, Baling

SK Kampung Padang - Jalan Asam Jawa Kuala Pegang, Baling

SK Kampung Sadek - Sekolah Kebangsaan Kampong Sadek, Kupang

SK Kampung Selarong - Mini Pos Malau, Kulim

SK Kampung Sera - Kampong Sera, Baling

SK Kg Betong - Jeneri, Jeniang

SK Kg Kota Bukit - Jeneri, Jeniang

SK Kuala Ketil - Sekolah Kebangsaan Kuala Ketil, Kuala Ketil

SK Kuala Kuang - Sekolah Kebangsaan Kuala Kuang, Kupang

SK Kuala Kupang - Sekolah Kebangsaan Kuala Kupang, Kupang

SK Kuala Merah - Kuala Ketil

SK Kuala Pegang - Kuala Pegang, Baling

SK Kuala Samak - Kuala Ketil, Kuala Ketil

SK Lanai - Parit Panjang, Kupang

SK Malau - Wakil Pos Malau, Kulim

SK Mohd Ariff Abdullah - Kg Guar Cempedak, Kuala Ketil

SK Padang Chichak - Jeneri, Jeniang

SK Paya Besar - Sekolah Kebangsaan Paya Besar, Kuala Ketil

SK Paya Terendam - Sekolah Kebangsaan Paya Terendam, Sik

SK Penghulu Abu Bakar - Km5, Jalan Weng, Baling

SK Pulai - Pulai, Baling

SK Rambong Pulai - Kg Rambong Pulai, Kupang

SK Seberang Ketil - Sekolah Kebangsaan Seberang Ketil, Kupang

SK Seri Ampang Muda - Kampung Belantik, Sik

SK Seri Bayu - Weng, Baling

SK Seri Dusun - Jalan Melati, Sik

SK Seri Inas - Kuala Ketil

SK Seri Jemerli - Ladang Kuala Ketil, Kuala Ketil

SK Sik - Pekan Sik, Sik

SK Sik Dalam - Sik Dalam, Sik

SK Siong - Kampong Lalang, Baling

SK Syed Sheh - Kupang

SK Tanjung Pari - Kg. Tanjong Pari, Baling

SK Tawar - Jalan Baling, Kuala Ketil

SK Teloi Kanan - Felda Teloi Kanan, Kuala Ketil

SK Teloi Timur - Felda Teloi Timur, Kuala Ketil

SK Teloi Tua - Kg. Teloi Tua Sik

SK Telok Teduri - Jalan Kampong Telok Teduri, Baling

SK Tembak - Jalan Parit Panjang, Kuala Ketil

SK Tiak - Kupang

SK Titi Gantong - Jalan Sungai Limau, Baling

SK Tunku Puan Habsah - Bt.7 Jalan Kroh, Baling

SK Tunku Putera - Jalan Pegawai, Baling

SK Ulu Bakai - Malau, Kulim

SK Ulu Tawar - Ulu Tawar, Karangan

SMK Agama Baling - Bt 42 Jalan Baling, Baling

SMK Agama Sik - Pekan Sik, Sik

SMK Bakai - Sekolah Menengah Kebangsaan Bakai, Kuala Ketil

SMK Baling - Sekolah Menengah Kebangsaan Baling, Baling

SMK Chepir - Sekolah Menengah Kebangsaan Chepir, Sik

SMK Gulau - Sekolah Menengah Kebangsaan Gulau, Sik

SMK Jeneri - Mukim Jeneri, Jeniang

SMK Jerai - Kupang, Kupang

SMK Kuala Ketil - Batu Pekaka, Kuala Ketil

SMK Kuala Pegang - Kuala Pegang, Kuala Pegang

SMK Parit Panjang - Parit Panjang, Kupang

SMK Seri Enggang - Batu Lima, Sik

SMK Sik - Pekan Sik, Sik

SMK Siong - Kampung Lalang, Jalan Weng Baling

SMK Syed Abu Bakar - Kupang, Kupang

SMK Tanjong Puteri - Jalan Baling, Kuala Ketil

SMK Teloi Kanan - Felda Teloi Kanan, Kuala Ketil

SMK Tunku Putera - Jalan Baling, Baling

Pautan luar sunting