Untuk kegunaan lain, sila lihat Pejabat Pos Besar (nyahkekaburan).

Pejabat Pos Besar (B. Inggeris: General Post Office; kependekannya GPO) secara rasmi ditubuhkan di England pada 1660 oleh Raja Charles II yang kemudiaanya berkembang menjadi pusat penggabungan fungsi sistem perkhidmatan pos negeri dan pembekal telekomunikasi. Pejabat Pos Besar yang seumpamanya juga didirikan di seluruh Empayar British. Pada tahun 1969, GPO telah dimansuhkan dan asetnya dipindahkan ke Pejabat Pos (The Post Office), dimana ia bertukar daripada Jabatan Negara kepada sebuah perbadanan berkanun. Pada 1980, perkhidmatan pos dan telekomunikasi diasingkan, sebelum pengasingan British Telecommunications kepada perbadanan berasingan milik awam sepenuhnya yang berlaku pada tahun berikutnya hasil daripada Akta Telekomunikasi British 1981.

Pejabat Pos Besar
ڤجابت ڤوس بسر
General Post Office
KependekanGPO
Pembentukan1660
Dibubarkan1969
JenisBadan awam
Status perundanganDimansuhkan oleh Akta Pejabat Pos 1969
TujuanPerkhidmatan pos negeri dan pembekal telekomunikasi
Ibu pejabatSt Martin's le Grand
Lokasi
Kawasan berkhidmat
United Kingdom
Menteri
Ketua Pos Agung
Organisasi indukKerajaan United Kingdom

Lihat jugaSunting

Pautan luarSunting