Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang

MISI sunting

Mengurus, mengawal dan mentadbir sumber tanah / pentadbiran jajahan bagi mencapai pembangunan yang seimbang dari segi ekonomi, sosial, fizikal dan pembangunan insan.

VISI sunting

Menjadikan Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang setanding dengan Jajahan-jajahan lain dalam menguruskan pentadbiran tanah dan jajahan bagi memenuhi keperluan pelanggan.

OBJEKTIF sunting

Untuk melaksanakan sistem pentadbiran Jajahan yang cekap dan berkesan bagi mencapai objektif berikut :

Melaksanakan tugas merancang, mengurus dan menyelaras dasar-dasar pembangunan sosio-ekonomi masyarakat luar bandar selaras dengan Dasar Kerajaan

Menyelaraskan kerja-kerja atau tugas-tugas Jabatan Kerajaan dalam melaksanakan projek-projek pembangunan infrastuktur

Mengurus dan membelanjakan Wang Awam dengan bijak mengikut peraturan yang diluluskan berasaskan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan

Untuk menjadikan pentadbiran tanah yang berupaya merancang pembangunan tanah, pelupusan tanah dan penguatkuasaan Undang-undang Tanah dengan adil dan mematuhi kehendak Dasar Pembangunan bagi mencapai matlamat berikut :

   * Merancang pelupusan kegunaan tanah yang optima untuk pembangunan
   * Melaksanakan dasar tanah dengan adil dan dapat menguntungkan rakyat


Pautan luar sunting