Pekan, Pahang

bandar diraja di Malaysia

Pekan ialah sebuah perbandaran dan bandar diraja di negeri pahang dalam negeri Pahang, Malaysia. arah dari utara kuantan hingga ke arah selatan pekan berhampiran daerah kuantan

Pekan
ڤكن
Mohor bagi Pekan
Mohor
Negara Malaysia
Negeri Pahang
Diasaskan Abad ke-17
Majlis Perbandaran 30 Julai 2023
Kerajaan
 - Datuk bandar Dato' Ali Syahbana Bin Sabaruddin
Laman web: http://www.mdpekan.gov.my

Gelaran tua bagi negeri Pahang ialah Inderapura, disebut Pahang Inderapura. Bandar Dirajanya yang terkenal sampai sekarang dan ibu negeri Pahang pada zaman dahulu bernama Pekan. Sebelum negeri Pahang ditakluk oleh Kerajaan Melayu Melaka, orang Hindu-Asli (berbahasa Sanskrit) memanggil ibu negeri Pahang itu Pura. Orang-orang Melayu ada juga menyebutnya Pura (ada tersebut dalam hikayat Sejarah Melayu 1977 : hal 73). Manakala orang melayu yang diam berhampiran dengan Sungai Endau, Sungai Rompin dan Sungai Bebar memanggilnya Pekan Pahang pula. Pada masa ini Bandar Diraja Pahang yang dinamakan Pekan itu ialah daerah-daerah yang di kiri dan kanan Sungai Pahang dan Sungai Pahang Tua hingga ke hulu had Tanjung Langgar. Bandar Pekan itu terbahagi kepada dua bahagian : Pekan Baharu dan Pekan Lama. Di Pekan Lama itulah tempat kediaman raja-raja dan orang-orang besar Pahang.

Pekan Baharu itu pada zaman dahulu kampung Cina namanya, kemudian baru disebut Pekan Baharu. (Buyung Adil, 1972 : hal 2) Bandar Pekan dikatakan wujud semenjak abad ke 17 lagi. Namun demikian, tidak ada tarikh yang pasti tentang penemuan Pekan tetapi ramai penulis samada penulis Barat, Arab atau penulis Cina menyebut dan menceritakan tentang Pekan.

Mengikut pendapat orang-orang tua, Pekan mendapat namanya dari sejenis bunga yang dipanggil Bunga Pekan yang banyak tumbuh menjalar di tebing-tebing Sungai Pahang. Bunganya berwarna putih seperti bunga Melor, namun bakanya kini sudah tiada lagi untuk dikenalkan kepada generasi sekarang dan akan datang. Di Bandar Pekan juga terdapat sebatang sungai yang digelar Sungai Pekan (berhampiran Kampung Mengkasar) tetapi tiada bukti yang menyatakan Pekan mendapat nama dari sungai ini.

Pekan merupakan sebuah daerah [1], dan bandar diraja di Pahang, Malaysia. Ia terletak kira-kira 50 km dari selatan ibu negeri terkini iaitu Kuantan, berhampiran Laut China Selatan dan tebing selatan Sungai Pahang. Pekan mempunyai 2 buah Sekolah Berasrama Penuh (SBP) iaitu Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah (SHAH Pekan) dan Sekolah Berasrama Penuh Intergrasi Tun Abdul Razak (InSTAR) dan sebuah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM iaitu MRSM Tun Abdul Razak Pekan, Pahang.

Pintu gerbang Istana Abu Bakar.

Pusat beli belah dan Pasaraya sunting

  • Emporium Mydin Pekan [1]
  • Tunas Manja Pekan [2]
  • Tunas Manja Ketapang [3]
  • Tunas Manja Muadzam Shah [4]
  • Tunas Manja Muadzam Shah (Cawangan Bandar) [5]
  • Pasaraya Pantai Selamat [6]
  • Pasaraya KU Pekan [7]
  • Pasaraya KU Muadzam Shah [8]
  • Gedung Ten Ten [9]
  • Pasaraya Fresh Choices [10]
  • Rakyat Mall [11]
  • Tunas Manja Express 3000 [12]
  • Pasaraya Darul Makmur [13]
  • MR D.I.Y. Pekan [14]

Parlimen Pekan sunting

Bagi parlimen Pekan, ahli parlimennya adalah Bekas Perdana Menteri Malaysia ke-6, iaitu YAB Najib Tun Razak.

Rujukan sunting

  1. ^ "Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Pahang". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-05. Dicapai pada 2015-03-11.

2. [15]

3. [16]

Pautan luar sunting