Damar Laut
Damar Laut (Jawi: دامر لاءوت ) atau secara rasminya Pekan Damar Laut (Jawi: ڤكن دامر لاءوت ) ialah sebuah pekan kecil di Daerah Manjung dalam negeri Perak, Malaysia yang dimana berhampiran dengan Lumut dan Sitiawan.[1] Damar Laut terletak di tepi pantai, mengadap ke Selat Dinding dan Pulau Pangkor.[2]
Damar Laut | |
---|---|
Kedudukan Chikus di Malaysia | |
Koordinat: 4°15′12″N 100°38′15″E / 4.2532°N 100.6376°EKoordinat: 4°15′12″N 100°38′15″E / 4.2532°N 100.6376°E | |
Negara | Malaysia |
Negeri | Perak |
Pentadbiran | |
• Ahli Parlimen Lumut | Mohd Hatta Ramli |
• ADUN Pangkor | Zambry Abdul Kadir |
Aras | 8 m (26 ft) |
Zon waktu | UTC+8 (MST) |
Poskod | 32200 |
Nama
suntingPokok Damar ialah nama sejenis pokok yang boleh mengeluarkan getah untuk menampal perahu bocor. Serbuk damar mestilah dicampur dan digaul dengan minyak tanah, bertukar warna menjadi hitam, likat dan liat, ditampal pada lubang atau selisih papan perahu yang bocor. Selisih papan itu hendaklah diselitkan dengan perca kain terlebih dahulu. Setelah itu, perahu tersebut disalai dan dicat.
Pengangkutan
suntingDamar Laut dapat dicapai menggunakan laluan darat dan laluan air. Dengan menggunakan laluan air, seseorang haruslah melalui Jalan Lumut (atau Laluan Persekutuan Malaysia LP 18) dari Sitiawan untuk mengambil perkhidmatan feri di Jeti Lumut yang mengambil masa 15 minit. Jika menggunakan laluan darat, perlulah menggunakan Laluan Persekutuan Malaysia LP 60.
Pelancongan
suntingLokasi yang berhampiran ialah Teluk Batek, Sitiawan, Lumut dan Kampung Tanjung Batu dan pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). Di Kampung Tanjung Batu terdapat kolam ternakan udang harimau yang diusahakan oleh penternak orang Cina. Sebuah hotel terkenal terletak di sini iaitu Swiss Garden Damai Laut Resort.
Rujukan
sunting- ^ "Aplikasi Carian Kod dan Nama Sempedan Pentadbiran Tanah". Malaysia Geospatial Online Services. Diarkibkan daripada yang asal pada Mei 5, 2021. Dicapai pada April 12, 2021.
- ^ "Damar Laut, Malaysia". GeoNames. Dicapai pada 2021-06-11.