Pekan Gurney merupakan pecahan kawasan pentadbiran bagi negeri Perak.

Pekan Gurney
Geografi
StatusMukim
Asal namaN/A
Negara Malaysia
Negeri Perak
DaerahDaerah Manjung
MukimPekan Gurney
KeluasanN/A

Perak dibahagikan kepada beberapa buah daerah dan setiap daerah dibahagikan kepada beberapa mukim (subdaerah/subdistrict).

Pentadbiran sunting

Pekan Gurney merupakan salah sebuah mukim yang terdapat dalam negeri Perak, dan juga merupakan satu dari mukim yang terletak dalam pentadbiran Daerah Manjung.

Pekan Gurney adalah sebuah pekan kecil di negeri Perak, Malaysia.

Pekan ini dinamakan bersempena seorang pegawai tinggi British iaitu Sir Henry Gurney pada zaman darurat 1948-1960. Beliau terbunuh dalam satu serang hendap di Bukit Fraser oleh pengganas komunis yang mendapat maklumat sulit tentang konvoinya. Serang hendap ini ada diceritakan oleh Chin Peng dalam bukunya Chin Peng, My Side of History.

Beliau merupakan Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan Tanah Melayu ketika itu. Pembunuhan beliau merupakan kejayaan terbesar Parti Komunis Malaya untuk menjatuhkan imej British di Tanah Melayu. Mulai saat itu, British di Tanah Melayu meminta bantuan ketenteraan dari negara-negara Komanwel.

Pautan luar sunting