Kuala Berang

(Dilencongkan dari Pekan Kuala Berang)

Kuala Berang (anggaran populasi: 18764)[1] merupakan sebuah mukim dan ibu daerah Hulu Terengganu, Terengganu, Malaysia. Bandar ini bertindak sebagai pintu masuk ke Tasik Kenyir. Batu Bersurat Terengganu telah dijumpai di Kuala Berang pada 1899. Kuala Berang cukup sinonim dengan jagung yang terdapat di Kampung Gaong dan juga baung yang ditangkap segar dari Sungai Berang.

Bandar Kuala Berang lot 3573 kampung Tanjung Ptat
Geografi
StatusMukim kuala berang...lot 3573 kampung tanjung putat
Asal namaFoloan
NegeriTerengganu
DaerahDaerah Hulu Terengganu

Sejarah sunting

 
Batu[pautan mati kekal] Bersurat Terengganu muka 1

Kawasan ini dipercayai merupakan petempatan manusia terawal di Terengganu. Ini dibuktikan dengan penemuan barang-barang kegunaan harian manusia di gua sekitar Tasik Kenyir. Sebelum kawasan itu ditenggelami air, kita dapat melihat kesan-kesan manusia terawal yang mendiami kawasan itu. Penemuan batu bersurat telah membuktikan bahawa Terengganu merupakan antara negeri yang terawal menerima kedatangan Islam. Agama Islam dipercayai telah dibawa oleh pedagang-pedagang ke Tanah Melayu. Dipercayai juga sebuah pelabuhan telah wujud di Kuala Berang. Pada zaman itu, dikatakan bahawa Sungai Terengganu airnya cukup dalam untuk sebuah kapal mudik dari muara Sungai Terengganu hingga ke Kuala Berang. Pedagang ini dikatakan telah mengislamkan ramai penduduk setempat yang majoritinya menganuti agama Buddha. Dari situ, Islam telah berkembang ke seluruh negeri Terengganu hingga melahirkan ramai tokoh yang dihormati penduduk setempat. Di sini juga pernah bertapak kerajaan Islam atau lebih dikenali dengan Dinasti Al-Kamil yang dikaitkan dengan seorang ahlul bayt Rasullulah s.a.w dari jurai Al-Hasani iaitu Syarif Muhammad Abdullah Al-Baghdadi yang pernah menjadi khalifah di Kota Baghdad sebelum ke Kuala Berang dengan misi tertentu.[perlu rujukan]

Politik sunting

Kuala Berang membentuk daerah pilihan raya sendiri di Dewan Undangan Negeri Terengganu, yang kini diwakili oleh Yang Berhormat Dr Haji Mamad Puteh dari PAS selepas kekalahan BN pada PRU14. Di peringkat kebangsaan, Kuala Berang ialah sebahagian daripada kawasan Parlimen Hulu Terengganu, yang kini diwakili oleh Yang Berhormat Dato' Rosol Wahid, dari UMNO.

Tempat pelancongan sunting

 
Air Terjun Sekayu yang terletak berhampiran Kampung Sekayu

Terdapat pelbagai tempat perlancongan di Kuala Berang. Sebagai contoh, Air Terjun Sekayu terletak di dalam kawasan hutan simpanan Hulu Terengganu Tambahan. Pelbagai spesies tumbuhan dan pokok terdapat di hutan ini termasuklah pokok-pokok yang mempunyai khasiat perubatan yang tinggi. Di sini juga terdapat infrastruktur dan kemudahan-kemudahan rekreasi yang telah disediakan pihak berkuasa seperti tempat penginapan, taman permainan kanak-kanak, pondok rehat, tempat berkhemah dan denai dalam hutan (untuk rentas hutan). Bayaran masuk dikenakan kepada pengunjung. Keunikan hutan lipur ini ialah terdapat sebuah air terjun tiga tingkat yang cantik dan mempersonakan yang merupakan daya tarikan utama pengunjung ke sini tidak kira pengunjung dari dalam atau luar negeri. Air sungainya yang jernih dan sejuk membuatkan sesiapa sahaja tertarik apabila datang berkunjung ke sini.

Kampung sunting

Galeri sunting

Pautan luar sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Dept. of Urban and Rural Planning, Terengganu State Government. Rancangan Struktur Negeri Terengganu 2005-2015 (Malay), 2005