Nilai, Negeri Sembilan

(Dilencongkan dari Pekan Nilai)

Nilai merupakan bandar yang terletak di daerah Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia. Bagi melancarkan sistem perhubungan, terdapat stesen KTM yang dihubungkan ke Kuala Lumpur, Putrajaya, dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, ia membolehkan Nilai menjadi bandar yang membangun. Projek pembangunan dapat dilihat sekitar Nilai. Dua kolej dan dua universiti yang terkenal terletak di Nilai: Kolej Universiti Antarabangsa Nilai, Kolej Universiti Antarabangsa INTI, Universiti Sains Islam Malaysia, dan Kolej Universiti Islam Malaysia. Hasil daripada itu, bandar ini menempatkan para pelajar dari seluruh dunia. Pelajar-pelajar ini berasal daripada 30 negara yang dapat dilihat di Nilai.[perlu rujukan]

Nilai
Pangsapuri bertingkat di Nilai.
Pangsapuri bertingkat di Nilai.
Mohor rasmi Nilai
NegaraMalaysia
NegeriNegeri Sembilan
DaerahSeremban
Pentadbiran
 • Ditadbir olehMajlis Perbandaran Nilai
Penduduk
 (2010)
 • Jumlah38,612
Zon waktuUTC+8 (MST)
 • Musim panas (DST)Tidak tersedia
Kod panggilan kebangsaanNegeri Sembilan
Majlis Perbandaran Nilai

Nilai menjadi bandar membeli-belah popular selepas pembukaan beberapa kompleks membeli-belas seperti Nilai 3 Wholesale Centre, Nilai Square, Mydin, Tesco Hypermarket dan Giant hypermarket

Masjid Kariah Pekan Nilai telah dibina pada 1982M.[1]

Lokasi sunting

Nilai atau dikenali sebagai Pekan Nilai terletak kira-kira 4 kilometer dari kawasan perbandaran Bandar Baru Nilai.

Sejarah sunting

Nilai mempunyai asal-usul dan sejarahnya yang tersendiri. Mengikut sejarahnya, Nilai dahulunya diletakkan di bawah luak Sungai Ujong yang ditadbir oleh waris di Darat yang ditadbir atau waris di Air. Di bawah Dato' Johan daripada waris di Darat terdapat tiga Dato' Lingkungan yang mengetuai tiga corak suku Batu hampar yang tertumpu di beberapa buah kampung. Keturunan lain termasuk dari Bentan yang tidak berdasarkan suku, tetapi mengikut kampung tempat tinggal masing-masing. Sebagai Dato' Lembaga waris Perut Hulu, Waris Telaga Undang Dato' Johan bukanlah titian balai kerana Dato' Andika adalah lebih kanan. Bagaimanapun kuasa yang diberikan oleh Dato' Kelana Putera bagi mengutip cukai sehingga tahun 1894 menunjukkan kedudukan Dato' Johan di sisi balai Undang adalah penting.

Dato' Johan yang ke-3 iaitu Dato' Maamor adalah Dato' Kelana Putera, Undang Luak Sungai Ujong ke-8. Sewaktu dilantik menyandang Pesaka Dato' Kelana Putera pun, Dato' Maamor masih belum dewasa. Ketika itu Pesaka Dato' Kelana Putera kosong sejak tahun 1887 apabila Dato' Mohd Yufof, Undang Luak Sungai Ujong dipecat. Disebabkan waris Perut Hulu tidak mempunyai anak lelaki yang boleh menyandang pesaka, maka anak-anak buah bersepakat melantik Dato' Maamor yang masih kanak-kanak itu menyandang pesaka Dato' Johan dan kemudiannya bergelar Dato' Kelana.

Wilayah kekuasaan Dato' Johan meliputi juga mukim Lenggeng yang termasuk didalamnya Kampung Mendum, Kampung Lenggeng, Kampung Sungai Jai, Kampung Hulu Beranang dan Kampung Dacing. Tiap-tiap kampung itu mempunyai ketua adat masing-masing yang dipanggil 'Tua Waris'. Terdapat juga suku orang Minangkabau yang bertumpu ke luak-luak lain di Negeri Sembilan sebelum mereka menetap di Kampung Lenggeng. Bagi menjamin kebajikan mereka di luak Sungai Ujong maka tiap-tiap suku itu diberi 'Tua Waris' bagi menjadi wakil mereka dalam urusan adat dan pentadbiran di Balai Undang Luak.[2]

Pengangkutan sunting

Stesen keretapi dan terminal bas terletak di Pekan Nilai. Penduduk di kawasan Bandar Baru Nilai juga boleh menggunakan perkhidmatan tersebut disebabkan lokasinya dengan pekan Nilai tidak begitu jauh.

Cuaca sunting

Pengelasan iklim Köppen mengklasifikasikan iklim sebagai iklim khatulistiwa (Af).[3]

Data iklim untuk Nilai
Bulan Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogo Sep Okt Nov Dis Tahun
Purata maksimum suhu harian, °C (°F) 31
(88)
31.7
(89.1)
32.3
(90.1)
32.1
(89.8)
31.7
(89.1)
31.5
(88.7)
31.2
(88.2)
31.1
(88.0)
31.3
(88.3)
31.2
(88.2)
31.1
(88.0)
31
(88)
31.4
(88.6)
Purata suhu harian, °C (°F) 26.5
(79.7)
27.1
(80.8)
27.4
(81.3)
27.6
(81.7)
27.5
(81.5)
27.2
(81.0)
26.9
(80.4)
26.9
(80.4)
27
(81)
27
(81)
27
(81)
26.7
(80.1)
27.1
(80.8)
Purata minimum suhu harian, °C (°F) 22.1
(71.8)
22.5
(72.5)
22.6
(72.7)
23.2
(73.8)
23.4
(74.1)
23
(73)
22.7
(72.9)
22.8
(73.0)
22.7
(72.9)
22.8
(73.0)
22.9
(73.2)
22.5
(72.5)
22.8
(73.0)
Purata kerpasan, mm (inci) 149
(5.9)
137
(5.4)
213
(8.4)
246
(9.7)
184
(7.2)
119
(4.7)
123
(4.8)
152
(6.0)
169
(6.7)
249
(9.8)
263
(10.4)
219
(8.6)
2,223
(87.6)
Sumber: Climate-Data.org (altitude: 50m)[3]

Galeri sunting

Tempat menarik sunting

Dataran Nilai sunting

 
Dataran Nilai

Dataran Nilai menjadi mercu tanda baru kawasan Majlis Perbandaran Nilai dengan terdirinya Menara Jam. Dataran Nilai lebih menampakkan ciri Negeri Sembilan dengan pembinaan pusat kraftangan yang menonjolkan binaan seperti rumah di Kuala Pilah, Rembau dan Jempol.

Dataran Nilai turut menyediakan padang permainan kanak-kanak dan padang bola untuk kegunaan orang ramai yang boleh memohon melalui Majlis Perbandaran Nilai. Selain itu terdapat juga bangunan kraftangan, mini amphitheater, pentas, tempat letak kereta, pondok bas dan sebagainya.

Dataran Nilai ini menjadi pilihan keluarga pada hujung minggu kerana ia terletak di tengah bandar. Ia juga mungkin boleh dijadikan alternatif kepada warga Kuala Lumpur yang mahukan pemandangan baru.[4]

Taman Awam Nilai sunting

 
Taman Awam Nilai

Taman Awam Nilai dalam kawasan Majlis Perbandaran Nilai adalah unik kerana dihiasi mural enam Perdana Menteri Malaysia. Mural yang diperbuat daripada batu granit, turut diselitkan maklumat latar belakang pemimpin negara bagi pengetahuan orang ramai yang bertandang. Taman Awam Nilai juga dikenali sebagai laman dwifungsi berikutan peranannya sebagai tempat beriadah, mendapatkan ketenangan menerusi susunan pepohon dan paling penting, mendidik generasi muda mengenai pemimpin negara.[5]

Taman Rasah Kemayan sunting

Taman Kejiranan Rasah Kemayan adalah projek yang diusahakan oleh Majlis Perbandaran Nilai yang berkeluasan 8 ekar dan telah disiapkan dengan peruntukan daripada pihak Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) sebanyak 2.9 juta. Taman ini merupakan yang pertama seumpamanya di Negeri Sembilan. Taman Kejiranan ini juga memberikan kemudahan kepada penduduk setempat dengan menempatkan pelbagai kemudahan termasuklah [6]:

  1. Laluan Siarkaki (jongging Track) – 2 KM 1 pusingan
  2. Tempat Senaman / Regangan
  3. Gelanggang Futsal
  4. Padang Bola
  5. Taman Permainan Kanak – Kanak
  6. Tempat Letak Kenderaan
  7. Tandas
  8. Tong Sampah
  9. Kemudahan OKU
  10. Pavilion

Hutan Lipur Lenggeng sunting

 
Hutan Lipur Lenggeng

Hutan Lipur Lenggeng terletak di kompartmen 22, Hutan Simpan Lenggeng. Kawasan ini sesuai untuk beristirahat, berkelah dan bermandi-manda serta melakukan aktiviti riadah yang lain. Keistimewaan kawasan ini adalah terdapatnya jeram-jeram dan kolam-kolam kecil semulajadi serta hidupan dan tumbuhan alam semulajadi yang unik dan menarik seperti paku-pakis, pelbagai jenis orkid liar, serangga dan unggas menyerikan suasana persekitaran dan mampu memberikan satu kenangan dan pengalaman yang menyeronokkan. Susunan batu-batan yang menarik di persekitarannya dan disulami dengan tumbuh-tumbuhan asal dari berbagai jenis tentu sekali mempesonakan setiap pengunjung. Kepelbagaian pokok-pokok hutan yang berusia ratusan tahun amat sesuai bagi para pengkaji dan pencinta flora untuk berkunjung kesini. Kawasan Hutan Lipur Lenggeng ini terletak dibawah tanggungjawab Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan.[7]

Rujukan sunting

  1. ^ Masjid Kariah Pekan Nilai[pautan mati kekal]
  2. ^ "Latar belakang Nilai". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-11-29. Dicapai pada 2014-11-21.
  3. ^ a b "Climate: Nilai - Climate graph, Temperature graph, Climate table". Climate-Data.org. Dicapai pada 2013-12-14.
  4. ^ "Dataran Nilai". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-07-09. Dicapai pada 2014-11-21.
  5. ^ "Taman Awam Nilai". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-04. Dicapai pada 2014-11-21.
  6. ^ "Taman Rasah Kemayan". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-11-29. Dicapai pada 2014-11-21.
  7. ^ "Hutan Lipur Lenggeng". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-11-29. Dicapai pada 2014-11-21.

Pautan luar sunting