Pekan Sanglang (Jawi: ڤکن سڠلڠ; Cina: 双弄) ialah sebuah pekan pentadbiran dalam kawasan pentadbiran Mukim Sanglang, iaitu salah satu mukim dalam Daerah Kubang Pasu, di utara negeri Kedah, Malaysia.[2][3] Pekan ini mempunyai penduduk seramai 1,584 orang pada bancian 2020.[1]

Pekan Sanglang
Transkripsi lain
 • Jawiڤکن سڠلڠ
 • Cina双弄
Ralat Lua pada baris 425 di Modul:Location_map: No value was provided for longitude.
Koordinat: 6°16′52″N 100°13′07″E / 6.2812°N 100.2186°E / 6.2812; 100.2186Koordinat: 6°16′52″N 100°13′07″E / 6.2812°N 100.2186°E / 6.2812; 100.2186
NegaraMalaysia
NegeriKedah
DaerahKubang Pasu
MukimSanglang
PenubuhanSejak 1940-an
Perwartaan2004
Pentadbiran
 • Pihak berkuasa tempatanMajlis Perbandaran Kubang Pasu
 • Penghulu mukimSazali bin Shafie
Keluasan
 • Jumlah3.224 km2 (1.245 batu persegi)
Penduduk
 (2020)[1]
 • Jumlah1,584
 • Kepadatan490/km2 (1,300/batu persegi)
Zon waktuUTC+8 (MST)
Poskod
06100 Ayer Hitam

Etimologi sunting

Nama pekan Sanglang diambil sempena nama kampung di dalam pekan ini iaitu Kampung Sanglang. Perkataan sanglang mungkin berasal daripada nama sebatang sungai yang mengalir disempadan PerlisKedah, iaitu Sungai Sanglang (atau Sungei Sanglang).

Sejarah sunting

Persempadaan Pekan Sanglang telah diwartakan pada tahun 2004.[2] Nama "Sanglang" wujud dalam sebuah gazetir yang bertajuk "Gazetter (No. 11) – Malay States", yang diterbitkan oleh Pejabat Hidrografik Jabatan Tentera Laut Amerika Syarikat, yang telah diterbitkan pada Oktober 1944, yang dimana menunjukkan bahawa Pekan Sanglang telah wujud sejak 1940-an.[4]

Geografi sunting

 
Pekan Sanglang dalam Daerah Kubang Pasu

Pekan Sanglang terletak di utara Daerah Kubang Pasu, Kedah. Secara pentadbiran, pekan ini dibawah seliaan Mukim Sanglang. Selain itu, pekan ini juga bersempadan dengan negeri Perlis Indera Kayangan di utara, Pekan Kuala Sanglang di barat dan Pekan Kerpan di selatan. Kawasan pekan ini mempunyai keluasan keseluruhan mencapai 3.224 kilometer persegi (322.4 he) dan dibahagikan kepada beberapa buah zon kawasan seperti kampung.[5]

Mengikut topografi kawasan, kawasan Pekan Sanglang ialah kawasan tanah pamah atau rendah yang sesuai untuk petempatan dan pertanian seperti penanaman sawah padi yang dapat dilihat di sekitar pekan. Sungai Sanglang merupakan satu-satunya saliran sungai semula jadi, yang mengalir di barat daya Pekan Sanglang, dan bermuara di Selat Melaka di Pekan Kuala Sanglang.[6]

Sungai Baharu (atau Sungei Baharu atau Parit Sanglang Lama) merupakan sungai buatan manusia atau terusan juga mengalir di sekitar Pekan Sanglang untuk mengalirkan air ke kawasan pertanian sawah padi yang dimiliki oleh penduduk setempat.[7] Selain itu, Terusan Pauh yang berasal dari negeri Perlis juga merentasi Pekan Sanglang secara utara-selatan sejajar dengan Jalan Alor Setar–Kangar (Jalan Persekutuan 7), yang dibina dengan tujuan sama di Sungai Baharu dan membendung banjir berlaku.[8]

Pentabdiran sunting

Pekan Sanglang terletak di dalam Mukim Sanglang yang dipimpin oleh seorang penghulu mukim; pemegang jawatan semasa ialah Encik Sazali bin Shafie. Pejabat penghulunya terletak di Kampung Sanglang.[9]

Kawasan pentadbiran sunting

Nama Meliputi kawasan[6][10] Penduduk (2020)[5] Luas (2020)[5] Poskod
Sanglang 1,584 3.224 km2 01560 Ayer Hitam

Demografi sunting

Sejarah kependudukan
TahunPend.±%
2010 1,666—    
2020* 1,584−4.9%
Sumber: Jabatan Perangkaan

Berdasarkan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 yang dilakukan oleh Jabatan Perangkaan, Pekan Sanglang mempunyai jumlah penduduk seramai 1,584 orang. Daripada jumlah tersebut, terdapat seramai 785 orang berjantina lelaki dan 799 orang berjantina perempuan tinggal di Pekan Sanglang. Pada tahun 2020, terdapat 565 buah tempat kediaman dan 363 isi rumah, dengan purata isi rumah sebanyak 4.4 telah direkodkan dalam bancian tersebut bagi kawasan Pekan Sanglang.[1]

Pengangkutan sunting

Pengangkutan awam sunting

myBAS Perlis yang dikendalikan sepenuhnya oleh MARA Liner, laluan bas utama T13 dari Terminal Bas Bukit Lagi di Kangar ke Terminal Bas Shahab Perdana di Alor Setar, berkhidmat sekitar Pekan Sanglang, dengan kekerapan (frekuensi) bas 1 jam 45 minit. Bas myBAS Perlis T13 berkhidmat setiap hari bermula Ahad sehingga Sabtu.[11][12]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ a b c "Dashboard Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia (MyCenDash) – Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020". Putrajaya: Jabatan Perangkaan Malaysia. 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 Disember 2022. Dicapai pada 25 Februari 2023.
  2. ^ a b "Kod dan Nama Sempadan Pentadbiran Tanah, Unique Parcel Identifier (UPI) Kedah" (PDF). Jawatankuasa Teknikal Standard MyGDI (JTSM). 2011. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2 Ogos 2022. Dicapai pada 24 Februari 2023.
  3. ^ "Senarai Daerah Pentadbiran, Mukim dan Pihak Berkuasa Tempatan" (PDF). Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 (myCensus 2020). 2020. Dicapai pada 24 Februari 2023 – melalui Jabatan Perangkaan Malaysia.
  4. ^ Jabatan Tentera Laut Amerika Syarikat (Oktober 1944). Gazetter (No. 11) – Malay States [Gazetir (Ke-11) Tanah Melayu] (dalam bahasa Inggeris). Washington: US Goverment Printing Office. Dicapai pada 20 Februari 2020.
  5. ^ a b c "Citypopulation – Pekan Sanglang, Kubang Pasu District, Malaysia". citypopulation.de (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-01-01.
  6. ^ a b "Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan". MyGeoName. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM). Dicapai pada 25 Januari 2023.
  7. ^ "Sungai Baharu, Malaysia". Geonames (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 25 Disember 2022.
  8. ^ World Express Mapping (WEM) Sdn. Bhd. (dalam bahasa Inggeris). Peta Panduan Jalan Kedah & Perlis (Road Map of Kedah & Perlis) (Peta). 1: 187,950. ISBN 983-2192-36-6.
  9. ^ Administrator (22 Disember 2022). "Senarai Penghulu Negeri Kedah". Pejabat Daerah dan Tanah Negeri Kedah Darul Aman. Dicapai pada 24 Februari 2022.
  10. ^ "Aplikasi Carian Kod dan Nama Sempedan Pentadbiran Tanah". mygos.mygeoportal.gov.my. Malaysia Geospatial Online Services (MyGOS). Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-05-05. Dicapai pada April 12, 2021.
  11. ^ "Pengenalan untuk myBAS Perlis". maralinergroup.my. MARA Liner. Dicapai pada 24 Februari 2023.
  12. ^ "Laluan myBAS Perlis – T13 (Kangar – Alor Setar via Ayer Hitam), Shahab Perdana". maralinergroup.my. MARA Liner. Dicapai pada 24 Februari 2023.