Sungai Air Tawar

mukim di Selangor
(Dilencongkan dari Pekan Sungai Air Tawar)

Kampung Sungai Air Tawar terletak di daerah Sabak Bernam, Selangor, Malaysia. Antara lokasi berdekatan ialah Kampung Simpang Empat, Kampung Telok Rhu dan Bagan Nakhoda Omar.

Pekan Sungai Air Tawar
Geografi
StatusMukim
Asal namaN/A
Negara Malaysia
Negeri Selangor
DaerahDaerah Sabak Bernam
MukimPekan Sungai Air Tawar
KeluasanN/A

Sungai Air Tawar diangkat menjadi nama Dewan Undangan Negeri Selangor dan kini diwakili oleh Raja Datuk Ideris Raja Ahmad daripada Barisan Nasional (UMNO).

Geografi

sunting

Dari segi geografi, kawasan ini disaliri oleh Sungai Air Tawar yang mengalir ke arah Barat, ke laut Selat Melaka. Jarak dari laut hanya kira-kira 2 km sahaja. Oleh itu penduduk kawasan ini terlibat dengan kegiatan pertanian terutama tanaman padi , kelapa dan kelapa sawit. Di pantai Bagan Nakhoda Omar penduduknya ramai menjadi nelayan.

Kemudahan awam

sunting

Antara kemudahan awam yang terdapat di sini ialah Klinik Pergigian Sungai Air Tawar , Klinik Kesihatan Sungai Air Tawar ; Balai Polis Sungai Ayer Tawar ; Sekolah Kebangsaan Seri Mawar ; Masjid Ar-rahmaniah ; Masjid Ubudiah ; Sekolah Menengah Kebangsaan Munshi Abdullah ; Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina) Moon Teck  ; dan Sekolah Rendah Agama Simpang 4 Bagan Nakhoda Omar