Pekit Kumang merujuk pada Pertandingan Ratu Cantik yang dianjurkan semasa perayaan Hari Gawai. Pekit Kumang merupakan satu pertanding di mana peserta akan memakai pakaian tradisional perempuan kaum Iban, Ngepan Iban. [1]

Ngepan Indu Iban ini biasanya ada maksud yang tertentu bagi setiap perhiasan yang dikenakan. Sekiranya, pengguna yang memakai ngepan dengan sesuka hati, ia boleh memberi kesan yang negatif kepada pakaian tradisional budaya masyarakat iban dan juga cara permakaian yang salah boleh menyebabkan peserta gagal dalam pertandingan tersebut.

Sebagai contoh, sugu tinggi yang digunakan semasa Pekit Kumang sepatutnya sugu tinggi yang sememangnya tinggi daripada sugu tinggi yang lain walaupun peserta tersebut mempunyai rupa paras wajah yang cantik. Ini kerana Sugu tinggi yang rendah adalah untuk isteri orang ataupun janda. Selain itu, corak ngepan kain bagi peserta yang mengikuti pertandingan tersebut haruslah terang warnanya. Ini menunjukan perempuan tersebut boleh dijadikan sebagai isteri.

Secara keseluruhannya, pengekalan pakaian tradisional ini amat penting supaya generasi masa kini dan hadapan dapat mengetahui budaya pakaian tradisional kaum Iban teruntamanya pakaian tradisional perempuan kaum Iban di Sarawak. Keunikan dan keistemewaan yang ada pada pakaian ini menunjukkan ketinggian budaya sebagai pakaian kebudayaan masyarakat Iban di Malaysia.[2]

Rujukan sunting

Pautan luar sunting