Port Jackson

(Dilencongkan dari Pelabuhan Sydney)

Port Jackson, yang terdiri daripada perairan Pelabuhan Sydney, Middle Harbour, Pelabuhan Utara dan Sungai Lane Cove dan Parramatta, ialah sebuah ria atau pelabuhan semula jadi Sydney, New South Wales, Australia. Pelabuhan ini merupakan alur masuk Laut Tasman (sebahagian daripada Lautan Pasifik Selatan). Ia menjadi lokasi terletaknya Sydney Opera House dan Sydney Harbour Bridge. Menjadi lokasi penempatan Eropah pertama di Australia, Port Jackson terus memainkan peranan yang penting dalam sejarah dan perkembangan Sydney.

Port Jackson
LokasiSydney, New South Wales
Koordinat33°51′30″S 151°14′00″E / 33.85833°S 151.23333°E / -33.85833; 151.23333Koordinat: 33°51′30″S 151°14′00″E / 33.85833°S 151.23333°E / -33.85833; 151.23333
Sumber sungaiParramatta, Lane Cove, Middle Harbour
Sumber laut/lautanLaut Tasman daripada Lautan Pasifik Selatan
Negara lembanganAustralia
PulauClark, Shark, Goat, Fort Denison
PetempatanSydney

Banyak acara rekreasi adalah berdasarkan pada atau sekitar pelabuhan itu sendiri terutamanya sambutan Malam Tahun Baru Sydney dan titik permulaan perlumbaan kapal layar Sydney ke Hobart.

Jalan air Port Jackson diuruskan oleh Perkhidmatan Maritim & Jalan Raya. Taman Negara Pelabuhan Sydney melindungi beberapa pulau-pulau dan kawasan pesisir pantai, tempat-tempat renang, trek berjalan meredah belukar dan kawasan perkelahan.[1]

Sejarah sunting

 
Sydney Cove, Port Jackson di Kaunti Cumberland - dari lukisan yang dibuat oleh Francis Fowkes pada 1788.
 
Kapal-kapal laju di Darling Harbour pada 1900

Tanah di sekitar Port Jackson telahpun dihuni ketika ketibaan dan penjajahan Eropah oleh puak-puak Eora, termasuk Gadigal, Cammeraygal, dan Wangal. Suku Gadigal menduduki tanah yang terletak di sepanjang bahagian selatan Port Jackson dari apa yang kini Tebing Tanjung Selatan, di sebuah gerbang di sebelah barat Darling Harbour kini. Suku Cammeragal tinggal di sebelah utara pelabuhan. Kawasan di sepanjang tebing selatan Sungai Parramatta hingga Rose Hill dipunyai oleh Wangal. Eora menduduki Port Jackson (Sydney Harbour), selatan ke Sungai Georges dan barat Parramatta.[2]

Penemuan pertama Pelabuhan Sydney yang direkodkan Eropah, adalah oleh Leftenan James Cook pada 1770 - Cook menamakan bahagian masuk itu sempena Sir George Jackson, (salah satu Lord Commissioner Admiralti British, dan Hakim Peguambela Armada).[3] Log kapalnya tercatat "pada tengah hari kami berada...kira-kira 2 atau 3 batu dari darat dan bersebelahan sebuah teluk atau pelabuhan dalam sana kelihatan tempat berlabuh yang selamat yang saya panggil Port Jackson."

Lapan belas tahun kemudian, pada 21 Januari 1788, selepas tiba di Botany Bay, Gabenor Arthur Phillip mengambil bot panjang dan dua bot pancung ke pantai untuk memeriksa Port Jackson yang dikata oleh Cook. Phillip mulanya bermalam semalaman di Camp Cove, kemudian bergerak ke pelabuhan, mendarat di Sydney Cove dan kemudian Manly Cove sebelum kembali ke Botany Bay pada petang 24 Januari. Phillip kembali ke Sydney Cove dengan HM Armed Tender Supply pada 26 Januari 1788, di mana dia mengasaskan koloni pertama di Australia, kemudiannya menjadi bandar Sydney. Dalam penghantaran pertama dari tanah jajahan kembali ke England, Gabenor Phillip berkata:[4][5]

"...kita berpuas hati menemui pelabuhan yang terbaik di dunia, di mana seribu layar boleh berbaris memasukinya dalam keselamatan yang paling sempurna..."

Gabenor Arthur Phillip, 15 Mei 1788.

Great White Fleet, armada pertempuran Tentera Laut Amerika Syarikat, tiba di Port Jackson pada bulan Ogos 1908 atas arahan Presiden AS Theodore Roosevelt. Dari tahun 1938, pesawat laut mendarat di Rose Bay Pelabuhan Sydney, menjadikannya lapangan terbang antarabangsa pertama di Sydney.

Pertempuran Pelabuhan Sydney sunting

 
Kapal selam kelas kerdil Kō-hyōteki Jepun M-21 diangkat dari Teluk Taylor pada 1 Jun 1942

Pada tahun 1942, untuk melindungi Pelabuhan Sydney daripada serangan kapal selam, jaring ledakan anti kapal selam Pelabuhan Sydney telah dibina. Itmerentangi pelabuhan dari Green (Laings) Point, Watsons Bay ke bateri di Georges Head, di bahagian lain pelabuhan. Pada malam 31 Mei 1942, tiga kapal selam kelas kerdil memasuki pelabuhan, salah satunya tersangkut dengan hujung barat jaring ledakan bahagian tengah. Tidak dapat membebaskan kapal selam mereka, anak-anak kapal meletupkan caj lalu membunuh diri. Sebuah kapal selam kerdil kedua datang ke Teluk Taylor, kedua-dua anak-anak kapal membunuh diri. Kapal selam ketiga melepaskan dua torpedo pada USS Chicago (kedua-duanya tidak mengena) sebelum meninggalkan pelabuhan. Pada bulan November 2006, kapal selam ini telah ditemui di luar Pantai Utara Sydney.[6]

Jaring ledakan itu telah dimusnahkan tidak lama lagi selepas Perang Dunia II, dan yang wujud hanyalah asas-asas lama rumah win jaring ledakan, yang boleh dilihat di Green (Laings) Point, Watsons Bay. Hari ini, Memorial Perang Australia mempamerkan komposit dua buah kapal selam kerdil yang diambil dari Pelabuhan Sydney.[7][8][9]

Kubu sunting

Fort Denison ialah bekas tapak hukuman dan kemudahan pertahanan yang menduduki sebuah pulau kecil yang terletak di timur laut Taman Botani Diraja di Pelabuhan Sydney.

Terdapat kubu di Sydney Heads dan di tempat lain, sebahagiannya kini disenaraikan sebagai tapak warisan. Tarikh terawal dari tahun 1830-an, dan telah direka untuk mempertahankan Sydney dari serangan orang laut atau kebangkitan banduan.

Geografi sunting

 
Pelabuhan adalah tempat tumpuan bagi sambutan Malam Tahun Baru Sydney
 
Latar langit Sydney central business district dilihat dari pelabuhan

Dari segi geologinya, Port Jackson ialah lembah sungai yang tenggelam, atau ria. Ia 19 km panjang dengan keluasan 55 km². Isipadu muara ketika air pasang ialah 562 juta meter padu. Perimeter muara ialah 317 kilometer.

Menurut Lembaga Nama Geografi New South Wales, Port Jackson ialah "sebuah pelabuhan yang terdiri daripada semua perairan di dalam kawasan garis khayalan yang menyambungkan North Head dan South Head. Dalam pelabuhan ini terletak Pelabuhan Utara, Pelabuhan Tengah dan Pelabuhan Sydney."[10]

Unit terbitan ukuran sunting

Sydharb ialah unit isipadu yang digunakan di Australia untuk air. Satu sydharb (atau sydarb), juga dikenali sebagai Sydney Harbour, ialah jumlah air di Pelabuhan Sydney (Port Jackson): lebih kurang 500 gigaliter.[11]

Galeri sunting

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ NSW Office of Heritage and Environment http://www.environment.nsw.gov.au/NationalParks/parkHome.aspx?id=N0039
  2. ^ Woollarawarre Bennelong quoted by Governor Arthur Phillip in a despatch to Lord Sydney, 13 February 1790 CO201/5, National Archives, Kew (London)
  3. ^ McDermott, Peter Joseph (6 November 1878). "Pacific Exploration". The Brisbane Courier. Brisbane Newspaper Company Ltd. m/s. 5. Dicapai pada 5 November 2008. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  4. ^ Champion, Shelagh; Champion, George (1990). "Phillip's First Three Days in Port Jackson: 21st, 22nd and 23rd January 1788". Phillips First Three Days: Manly, Warringah and Pittwater: First Fleet Records of Events, 1788-1790 (PDF) (ed. September 2005 revised). Killarney Heights, Sydney: Shelagh and George Champion. ISBN 0-9596484-3-7. Dicapai pada 1 January 2014.
  5. ^ Historical Records of New South Wales. Vol 1, Part 2 (1783-1792). NSW Govt Printer. 1892. m/s. 67–70. |volume= has extra text (bantuan)[[:]]
  6. ^ "M24 Japanese Midget Submarine wreck site". State Heritage Inventory Database. New South Wales Heritage Office. Archived from the original on 29 August 2007. Retrieved 7 August 2007.
  7. ^ NPWS plaque
  8. ^ Peter Grose, "A Very Rude Awakening", 2007.
  9. ^ RAN Heritage Centre http://www.navy.gov.au/Ranhc
  10. ^ Templat:NSW GNR
  11. ^ "Australian Conventional Units of Measurement in Water" (PDF). Australian Water Association. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 30 October 2005. Dicapai pada 10 March 2006.

Pautan luar sunting

Maps maintained by the New South Wales Maritime Authority (legal owner of the harbour bed):