Pelaburan MARA Berhad (dahulu dikenali sebagai Amanah Saham MARA Berhad) merupakan sebuah syarikat pelaburan strategik dan pengurusan aset Malaysia dan anak syarikat milik penuh Majlis Amanah Rakyat (MARA).[1][2][3]

Pelaburan MARA Berhad
Jenis/bentuk sahSyarikat berkaitan kerajaan dagangan awam
IndustriKewangan
Ditubuhkan24 Jun 1967; 56 tahun yang lalu (1967-06-24)
Ibu pejabatKuala Lumpur, Malaysia
Anak syarikat
  • PMB Investment Berhad
  • PMB Tijari Berhad
  • PMB Analytics Sdn Bhd
  • PMB Assets Sdn Bhd
  • PMB Consulting Sdn Bhd
Tapak webwww.pelaburanmara.com.my
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Sejarah korporat sunting

Tahun-tahun awal penubuhan sunting

Setelah 10 tahun merdeka, kaum Bumiputera masih jauh ketinggalan dalam bidang ekonomi yang dimonopolikan oleh kaum bukan Melayu dan warga asing.

Kerajaan Malaysia peka dengan keadaan ini serta mahukan orang Melayu terlibat secara langsung dalam bidang ekonomi Negara terutama sekali dalam bidang perniagaan melalui pegangan ekuiti yang disenarai di Pasaran Saham Malaysia-Singapura. Tun Abdul Razak, selaku Timbalan Perdana Menteri dan juga Menteri Pembangunan Luar Bandar ketika itu, diberi mandat untuk mengatasi masalah ini. Kerajaan mahukan golongan Melayu memainkan peranan penting dalam bidang ekonomi demi memperbaiki keadaan hidup mereka serta generasi masa depan.

Berikutan perbincangan Kongress Ekonomi Bumiputera yang pertama pada 1965, satu resolusi dicapai untuk membentuk sebuah syarikat untuk membantu kaum Bumiputera menceburkan diri dalam perniagaan, terutama sekali perniagaan saham.

Tun Ghafar Baba selaku Pengerusi MARA telah diminta untuk melaksanakan resolousi itu. Beberapa pegawai kanan MARA yang diketuai oleh En Osman Ahmad selaku Pengarah Bahagian Industri telah menubuhkan sebuah syarikat amanah saham, iaitu MARA Unit Trust Limited (Amanah Saham MARA Berhad – ASMB) pada 24 Jun 1967.

Osman Ahmad merupakan Pengurus Besar ASMB yang pertama, dan dibantu oleh Tn Hj. Kamarudin bin Taha sebagai Setiausaha Syarikat. Kedua-dua tokoh inilah jentera pemacu ekonomi orang-orang Melayu dan Bumiputera dalam bidang amanah saham. Operasi ASMB bermula di sebuah bilik di Tingkat 3, Bangunan MARA di Jalan Raja Laut dengan enam orang kakitangan dengan kemudahan yang terhad.

Cabaran-cabaran di awal penubuhan sunting

Tabung unit amanah terawal di Malaysia dimiliki oleh rakyat asing dan berpusat di Singapura. Kebanyakan para pelabur terdiri daripada rakyat asing. Dengan wujudnya ASMB, skim pelaburan yang berlandaskan saham amanah mula dikenalkan kepada orang-orang Melayu. Bahagian Pemasaran dan Jualan dianggotai oleh graduan lepasan Dewan Latihan RIDA dan Maktab MARA (ITM, kini UiTM) menjadi pelopor utama untuk memperkenalkan saham amanah kepada bukan sahaja masyarakat Melayu malah kepada masyarakat Malaysia amnya. Mereka menjelajah ke seluruh pelosok tanah air dan mengadakan sesi ceramah bagi memperkenalkan saham amanah kepada masyarakat Melayu. Banyak tentangan ditempohi memandangkan masyarakat Melayu serik dengan skim pelaburan secara koperasi yang banyak merugikan mereka ketika itu.

ASMB turut melatih anak-anak Melayu dalam sektor sekuriti, memandangkan tiada seorang pun anak Melayu yang terlatih dalam sektor sekuriti melainkan seorang broker saham milik orang Melayu yang beroperasi di Kampung Baru ketika itu. Mulai tahun 1970, ASMB dengan kerjasama MARA menghantar tiga orang anak tempatan setiap tahun ke Australia bagi mengikuti latihan profesional di dalam sektor sekuriti. Program ini ditentang dan dicemuh kerana ada yang menyangka sektor ini sama dengan bidang kawalan keselamatan. Selain daripada menghantar ke Australia, ASMB turut melatih anak-anak Melayu secara “in-house” dalam bidang pelaburan. Dengan sokongan padu daripada pihak MARA dan kerajaan, seramai 24 orang anak-anak Melayu mendapat kelulusan daripada Securities Institute of Australia.

Fungsi dan tanggungjawab ASMB sunting

ASMB menawarkan segala bentuk perkhidmatan perniagaan seperi pelaburan saham, unit amanah, bank perdagangan, insurans, nominee dan sebagainya. Segala kegiatan perniagaan ASMB dirangka untuk menjurus ke arah itu.

Pada tahun 1968, ASMB telah melancarkan KUMPULAN MODAL BUMIPUTERA YANG PERTAMA (KMB1) dan mendapat sambutan hebat. Pada tahun-tahun berikutnya ASMB meneruskan usaha melancarkan dana-dana unit amanah baru bagi memberi peluang kepada golongan bumiputera terlibat secara langsung dalam pelaburan saham amanah.

Selain daripada itu, bagi pelabur yang berminat untuk melabur tetapi tidak mempunyai sumber kewangan yang mencukupi, ASMB telah memperkenalkan skim Rancangan Simpanan Jimat Cermat Kebangsaan (RSJCK) dan Rancangan Jimat Cermat, masing-masing pada tahun 1970 dan 1972. Kedua-dua skim ini berada di bawah pengurusan anak syarikat ASMB, iaitu Amanah Saham Mara Nominees Sdn. Bhd. Menerusi skim RSJCK ini, pelaburan boleh dibuat melalui potongan gaji atau menghantar sendiri pada bila-bila masa yang disukai dengan kadar yang cukup minimum iaitu RM1.00. Kegiatan ini masih diteruskan sehingga ke hari ini apabila diambil-alih oleh ASM Nomineed (Tempatan) Sdn. Bhd. yang ditubuhkan pada 1979.

Tabung Unit Amanah pertama sunting

Pada 9 April 1968, tabung unit amanah yang pertama dilancarkan, iaitu First (MARA) Bumiputra Investment Fund atau Tabung Kumpulan Modal Bumiputera Yang Pertama (KMB 1). Ia terbuka kepada golongan Bumiputera. Taklimat dan sesi penerangan diadakan bagi menerangkan konsep saham amanah ini serta kebaikan melabur dalam saham amanah. Ramai yang tidak yakin, dan takut untuk membeli apa yang dianggap sekeping sijil kertas. Yang membeli itu hanyalah sekadar mencuba sahaja. Namun, segala penat lelah untuk menyedarkan orang Melayu tentang kebaikan melabur terbukti apabila usaha pertama berjaya mengumpul RM1.8 juta daripada kurang 5,000 orang pelabur.

Pasaran saham Bumiputra sunting

Pada tahun 1970, ASMB telah menubuhkan Pasaran Saham Bumiputra (PSB). Aktiviti utama PSB ialah untuk memperdagangkan saham-saham syarikat milik Bumiputera. Ia bertindak sebagai ‘wakil tunggal’ kepada penjual dan pembeli saham-saham syarikat yang disenaraikan di PSB. Sehingga PSB dibubarkan pada 1989, terdapat lapan syarikat yang telah disenaraikan di PSB. Syarikat-syarikat tersebut ialah Utusan Melayu (M) Berhad, S.J. Kumpulan, Syarikat Kurnia Setia Berhad, MIT Holdings, Promto Berhad, Syarikat Permodalan Kebangsaan Berhad, Syarikat Kenderaan Melayu Kelantan Berhad dan Syarikat Permodalan & Perusahaan Perak Berhad.

Sayap ASMB dilebarkan dalam sektor pasaran wang dengan tubuhnya Malaysia Discounts Berhad pada Ogos 1970. Aktiviti syarikat ini ialah menguruskan pasaran wang jangka pendek serta menjalankan perniagaan bil-bil perbendaharaan dan surat-surat jaminan Kerajaan Malaysia.

Kompleks Kewangan Malaysia Berhad Pada Januari 1973, Kompleks Kewangan Malaysia Berhad (KKMB) ditubuhkan untuk melengkap dan memperkembangkan lagi kegiatan ASMB dan anak-anak syarikatnya. Objektif penubuhan KKMB ialah untuk mengujudkan sebuah kompleks kewangan pertama di Malaysia. Secara tidak langsung, peranan ASMB sebagai sebuah komplek kewangan Bumiputera diambil-alih oleh KKMB. Dengan penubuhan ini, KKMB menjadi syarikat induk dan mempunyai anak-anak syarikat termasuk ASMB.Semua aktiviti, termasuk Pasaran Saham Bumiputra dan anak syarikat ASMB, iaitu Amanah Saham Nominees Sdn. Bhd. dan Malaysia Discounts Berhad telah diletakkan di bawah KKMB. Walaupun menjadi anak syarikat KKMB, ASMB terus kekal di bidang pengurusan saham amanah.Namun, pada 19 Februari 1990, ASMB kembali beroperasi di bawah MARA berikutan pengstrukturan semula oleh KKMB.

Tabung Unit Amanah Kedua dan Seterusnya… Berikutan dengan kejayaan KMB 1, dua tabung baru dilancarkan pada tahun berikutnya dan dikenali sebagai Second MARA Bumiputera Investment Fund (KMB 2) dan Kumpulan Modal Bumiputera Yang Ketiga (KMB 3). Pada tahun-tahun berikutnya, ASMB meneruskan usaha melancarkan tabung-tabung unit amanah baru bagi memberi labih peluang kepada golongan Bumiputera untuk terlibat secara langsung dalam pelaburan saham amanah.

ASMB terus melancarkan tabung-tabung bagi membolehkan lebih banyak golongan Bumiputera melabur dalam saham amanah. Sehingga 1979, ASMB telah melancarkan 11 tabung yang masing-masing mempunyai saiz dana sebanyak 20.0 juta unit. Selepas tempoh tersebut, ASMB telah mengambil tindakan dengan hanya memasar serta menguruskan tabung yang sedia ada. Ini adalah kerana Kerajaan melalui Permodalan Nasional Berhad telah melancarkan Amanah Saham Nasional dan ASMB turut memainkan peranan dengan memberi bantuan latihan kepada Amanah Saham Nasional di peringkat awal penubuhan syarikat tersebut.

Dengan kejayaan yang dicapai dalam menguruskan tabung Bumiputera, timbul pula saranan di kalangan masyarakat pelabur supaya ASMB memberi peluang kepada golongan bukan Bumiputera untuk melabur ke dalam tabung-tabung yang diuruskannya. Dengan yang demikian, pada 20 April 1992, ASMB telah melancarkan sebuah dana unit amanah baru yang dibuka kepada semua, yang dinamakan ASM First Public Fund. Sambutan orang ramai sungguh membanggakan di mana ASMB telah berjaya mengumpul pelaburan berjumlah RM150.00 juta dalam bulan pertama pelancaran.

Penubuhan ASM MARA Unit Trust Berhad sunting

ASM First Public Fund merupakan tabung terakhir dilancarkan ketika di bawah pengurusan ASMB. Pada 15 Januari 1993, ASMB telah menubuhkan sebuah subsidiari milik penuh, ASM MARA Unit Trust Management Berhad (ASM MARA Unit Trust). Penubuhan ASM MARA Unit Trust ialah bagi mematuhi Garis Panduan Suruhanjaya Sekuriti yang menghadkan aktiviti syarikat pengurusan saham amanah hanya kepada aktiviti yang berhubungkait dengan saham amanah sahaja.

ASM MARA Unit Trust telah mengambil-alih aktiviti pengurusan saham amanah daripada ASMB selepas penubuhannya. ASM MARA Unit Trust telah melancarkan beberapa dana baru selepas itu seperti ASM Premier Fund, Dana Al-Aiman, ASM Balance Fund, ASM Index Fund dan Dana Bestari. ASM MARA unit trust menguruskan 15 dan unit amanah yang mana terdiri daripada lapan dana untuk Bumiputera sahaja dan enam dana yang dibuka kepada semua kaum serta sebuah dana khusus untuk kakitangan Tenaga Nasional Berhad.

Bagi memastikan kelangsungan hidup dalam bidang yang begitu mencabar dan kompetitif, ASMB telah mengembangkan aktivitinya kepada bidang modal teroka, pembiayaan ekuiti dan pengurusan dana. ASMB telah menubuhkan ASM Credit Sdn Bhd. pada 1995 untuk menjalankan aktiviti peminjaman di bawah Akta Pemberipinjaman Wang, terutamanya pembiayaan untuk pinjaman bercagaran saham tersenarai. Penglibatan ASMB dalam pengurusan saham amanah dan urus niaga saham sejak tahun 1967, merupakan permulaan kepada penglibatan syarikat ke dalam aktiviti pengurusan dana. Pada Januari 1999, ASM Asset Management Sdn. Bhd. mula beroperasi dan kini menguruskan dana Kumpulan, dana saham amanah, dana pihak ketiga yang terdiri daripada pihak korporat, institusi dan individu.

Kumpulan ASMB secara tidak langsung telah menceburi bidang hartanah menerusi pembelian bangunannya sendiri pada 1993. Selain daripada itu, ASMB turut membeli beberapa hartanah lain untuk disewakan. Aktiviti pengurusan hartanah ini diuruskan ASMB Properties Sdn. Bhd. yang ditubuhkan pada 1996.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Ganeshwaran Kana (14 Jun 2018). Pelaburan Mara to recalibrate investment portfolio The Star Online. Dicapai pada 14 Jun 2018.
  2. ^ Pelaburan Mara targets 15% revenue growth The Star Online (26 April 2017). Dicapai pada 26 April 2017.
  3. ^ Pelaburan Mara kukuh kedudukan www.mara.gov.my (14 Mei 2018). Dicapai pada 14 Mei 2018.

Pautan luar sunting