Pelancar anti-kereta kebal Carl Gustav

Carl Gustav adalah nama senjata bagi pelancar anti kereta kebal berkaliber 84mm buatan Bofors Anti Armour AB, Sweden. Diperkenalkan pada tahun 1946, dan ketika senjata seumpamanya pada era tersebut kebanyakannya lenyap, Carl Gustav kekal digunakan secara meluas hari ini, malah ia digunakan dalam peranan yang baru. Tentera British menggelarkannya sebagai Charlie G. Pasukan Kanada sering kali mengelarkannya sebagai 84 atau Carl G. Tenetera A.S sering merujukkannya sebagai RAAWS atau Ranger Anti-Armor Weapon System, the Gustav atau ringkasnya Angsa.

Carl Gustav Recoilless Rifle
Carl Gustav Recoilless Rifle
Carl Gustav Recoilless Rifle
JenisAnti-kereta kebal
Tempat asal Sweden
Sejarah perkhidmatan
Dalam perkhidmatan1948 - kini
Digunakan olehAustria, Australia, Kanada, Chile, Republik Czech, Estonia, India, Indonesia, Ireland, Israel, Malaysia, New Zealand, Norway, Poland, Sweden, Thailand, United Kingdom, Amerika Syarikat
PerangPerang Afghanistan, Perang Falklands
Sejarah pengeluaran
PerekaHugo Abramson dan Harald Jentzen
Direka1946 (M1) 1964 (M2) 1991 (M3)
PengeluarBofors Anti Armour AB
Spesifikasi
Berat8.5 kg, 0.8 kg pendakat
Panjang1.1 Meter
Krew1 Minimum, 2 Optimal

Kaliber84 mm
Kadar tembakan6 butir/minit
Halaju muncung230-255 m/s
Sistem suapanSuapan belakang
PenglihatanTeleskop optik 3x; Pencari jarak Laser; Sistem penguat imej

Di Australia ia turut digelar sebagai Charlie Gutsache (gut ache, slang bagi sakit perut). Di negara asalnya ia secara rasmi dinamakan sebagai Grg m/48 (Granatgevär, bererti rifle granet, model 48) dan kadang kala digelar Stuprör (paip longkang) disebabkan senjata ini terdiri dari tiub panjang. Senjata ini digunakan oleh Jeremy Clarkson bagi menembak kereta yang dilancarkan dari tebing tinggi bagi pertunjukan kereta British Top Gear.

Sejarah sunting

Carl Gustav dibangunkan oleh Hugo Abramson dan Harald Jentzen di Royal Swedish Arms Administration (KAFT). Ia mula diperkenalkan dalam perkhidmatan Sweden pada 1948 sebagai 8,4 cm Granatgevär m/48 (Grg m/48), memenuhi peranan yang serupa dengan Bazooka tentera Amerika Syarikat, British PIAT dan Panzerschreck Jerman. Bagaimanapun, tidak sebagaimana senjata lain, Carl Gustav menggunakan laras berpilin bagi menstabilkan pelurunya, dan bukannya ridip ekor sebagaimana yang digunakan oleh system lain..

Pengunaan sistem tanpa renjatan (recoilless) membenarkan Carl Gustav untuk memiliki lebih banyak penujah, melancarkan pelurunya pada pecutan 290 m/s, berbeza dengan sekitar 105 m/s bagi Panzerschreck atau Bazooka dan sekitar 135 m/s bagi PIAT. Ia meningkat ketepatan pada jarak lebih jauh. Carl Gustav mampu mensasar sasaran pengun sehingga pada jarak 700 metre, tetapi kelajuan rendah projektile menghad serangan pada sasaran bergerak pada jarak kurang dari 400 metre.

Carl Gustav mulai dijual sekeliling dunia, dan menjadi satu dari senjata tahap skuad utama bagi kebanyakan tentera Eropah Barat.

Pada 1964-an versi dipertingkat, dikenali sebagai M2, telah diperkenalkan dan dengan pantas menggantikan versi asal. Versi M3 lebih baru diperkenalkan pada 1991, yang menggunakan lapik keluli nipis mengandungi pilin, diperkukuh dengan kelongsong gentian karbon luaran. Bahagian luaran diganti dengan sebatian aluminium atau plastik. Perkara ini mengurangkan berat senjata ini dari 14.2kg M2 kepada 8.5kg M3.

Pada tahun kebelakang senjata ini mulai digunakan dalam pelbagai peranan baru. Pihak British Special Air Service, pasukan khas A.S dan Renjer Tentera Amerika Syarikat menggunakan M3 sebagai peranan pemusnah kubu dan anti kenderaan, sementara tentera Jerman mengekalkan sejumlah kecil M2 bagi penerang medan tempur. Kebanyakan tentera tetap menggunakannya sebagai senjata anti perisai. Bagi menangani kebanyakan ancaman yang dihadapi pada medan tempor moden, terutamanya kereta kebal rekaan era 1950-an dan 60-an dan kenderaan ringan, senjata ini menunjukkan prestasi yang memuaskan.

Carl Gustav digunakan dalam peranan pemusnah kubu oleh tentera Kanada Regimen Princess Patricia’s Canadian Light Infantry ketika beroperasi di Afghanistan. Mereka membangunkan sistem baru bagi menembak pada waktu malam, yang membabitkan peninjau yang dilengkapi dengan skop malam menembak penjejak (tracer) pada sasaran, dan penembak Carl Gustav kemudian mensasarkan tempat di mana peluru penjejak disasarkan.

Ketika perperangan Falklands , seorang anggota Marin Diraja berjaya merosakkan penjajap (corvette ) Argentina dengan menggunakan Carl Gustav [1].

Gambaran sunting

 
Carl Gustav dalam perkhidmatan dengan Tentera Darat Malaysia

Senjata asas terdiri daripada tiub utama dengan pemampan hentakan pada laras, dengan dua pemegang pada bahagian hadapan dan bahu. Senjata ini dilengkapi dengan pembidik besi, tetapi biasanya disasarkan dengan menggunakan pajera optik 2X yang dipasang dengan 17% sudut pemandangan. Penyesuai hdapan dan belakang tersedia bagi bidikan waktu malam bagi pembidik besi. Carl Gustav boleh ditembak secara berdiri, melutut, duduk atau meniarap. Apabila ditembak pada permukaan rata, senjata ini biasanya disokong dengan tiga kaki diletakkan pada hadapan bahagian bahu. Satu pemegang kecil ("Kunci Venturi") "merekah" "Venturi" ke sisi untuk isian semula. Senjata ini biasanya dikendalikan oleh dua orang krew, seorang akan membawa dan menembak senjata ini, manakala seorang lagi akan membawa peluru tambahan.

Pelancar anti kereta kebal Carl Gustav menggunakan roket berkaliber 84 mm yang boleh digunakan untuk memusnahkan kereta kebal ringan ataupun kubu musuh. Walaupun hanya seberat 2.3 kg, Carl Gustav mempunyai jarak efektifnya sehingga 200 meter.

Pelancar roket M72 LAW (Light Anti-Tank Weapon atau Senjata Anti Kereta Kebal Ringan) merupakan sejenis senjata tembak-dan-buang yang digunakan oleh tentera Amerika Syarikat. Senjata ini akan melancarkan sebuah roket anti kereta kebal berkaliber 66 mm dan boleh memusnahkan kubu musuh, kereta perisai ringan dan kenderaan lain. Senjata ini dibuat oleh Nammo Raufoss AS dari Norway.

Senjata ini terdiri dari satu silinder pelancar yang diliputi dengan satu silinder pelindung yang kalis air untuk melindungi roket dan alat peledak roket yang berada di dalam. Apabila hendak digunakan, silinder yang didalam ditarik keluar ke arah belakang, dan melangsungkan picu ke tempatnya dan menguncikan silinder tersebut. Setelah itu, senjata ini sedia untuk digunakan.

Apabila dilancarkan, bahan pendorong roket terbakar sehingga habis, mengeluarkan gas sekitar suhu 760° Celcius. Ini melonjakkan roket keluar daripada silinder dengan anjalan yang tidak kuat. Apabila roket dilancarkan daripada silinder sepenuhnya, sirip kawalan roket akan terkeluar daripada pangkal roket untuk menstabilkan penerbangan roket. Setelah digunakan, silinder tadi dibuang begitu sahaja.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-08-20. Dicapai pada 2007-11-16.

Pautan luar sunting