Pelancongan Thailand

Pelancongan merupakan faktor utama ekonomi Thailand. Negara ini menarik kerana terdapat banyak lokasi bersejarah, artifak agama Buddha dan pantai yang indah menggamit kedatangan pelancong domestik dan antarabangsa.

Pantai Koh Phi Phi Leh di selatan Thailand

2010 sunting

Industri pelancongan di Thailand akan pulih selepas kekacauan Mac-April 2010. Protes anti kerajaan mencetuskan keganasan dan vandalisme selama 10 minggu.Ketibaan pelancong, kadar penginapan bilik dan perbelanjaan oleh pelancong merosot. Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Pengembaraan dan Pelancongan Asia Pasifik (PATA) Greg Duffel menyatakan 405 mesyuarat dibatal. 47 negara mengeluarkan amaran perjalanan semasa huru-hara politik di Thailand.

Kerajaan Thailand berjaya mengatasi masalah tsunami, pandemik kesihatan H1N1 dan penutupan lapangan terbang Don Muang. Visa diketepikan, mengurangkan kadar bayaran pendaratan dan parkir untuk pesawat dan sokongan terhadap perusahaan kecil dan sederhana. Hanya 50 % ejen pelancongan masih belum mempunyai laman web tersendiri.

Pertubuhan Pelancongan Dunia Bangsa-Bangsa Bersatu (UNWTO) yakin industri pelancongan akan rancak semula. Setiausaha Agung UNWTO Dr Taleb Rifai menyatakan keyakinan terhadap sokongan kerajaan, kemahiran tenaga kerja dan produk kebudayaan sehingga kepada keindahan pantai.

Gambaran filem 'Bangkok Dangerous" lakonan Nicholas Cage hanyalah sebuah 'filem' bukan gambaran sebenar dalam minda pelancong.[1]

2022 sunting

Wabak Covid-19 telah memberi impak kepada sektor pelancongan negara Thailand dengan hanya mencatat 500,000 pelancong pada tahun 2021. Namun, angka ini telah melonjak naik pada tahun 2022 dengan mencatat angka sebanyak 10 juta pelancong. [2]

Kementerian Pelancongan Thailand menganggarkan sebanyak 500 billion baht dibelanjakan oleh pelancong asing sehingga penutup 2022.

Thailand menyasarkan sebanyak 20 million pelancong asing pada tahun 2023 dengan jumlah perbelanjaan sebanyak 1.5 trillion baht. Senario ini akan mencatatkan sebanyak 80% berbanding tahun sebelumnya.


Rujukan sunting

Pautan luar sunting