Pelangi Airways Sdn Bhd (menjalankan perniagaan sebagai Pelangi Airways) ialah syarikat penerbangan serantau Malaysia yang berpusat di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Selangor (dekat Bandaraya Kuala Lumpur). Syarikat penerbangan tersebut merangkumi laluan sekunder di Semenanjung Malaysia dan penerbangan antarabangsa ke Sumatera di Indonesia, Negara Thai dan Singapura . [1]

Pelangi Airways
Syarikat Penerbangan Pelangi Airways
彩虹航空
ரெயின்போ ஏர்லைன்ஸ்
IATA ICAO Pengenal
PG PEG PELANGI AIRWAYS
Ditubuhkan1987; 37 tahun yang lalu (1987)
Operasi ditamatkan2001; 23 tahun yang lalu (2001)
Hab
Bandar tumpuan
Pesawat5 (jumlah keseluruhan armada)
Destinasi21 (jumlah keseluruhan destinasi) (sehingga Tahun 2001)
Syarikat indukPelangi Air Sdn. Bhd
Ibu pejabatMalaysia Kuala Lumpur, Malaysia
Orang pentingZain Salahin (Pengurus Besar)
Laman webtiada
sebelumnya www.pelangiairways.com.my

Data Kod sunting

  • Kod IATA : PG
  • Kod ICAO : PEG
  • Panggilan: Pelangi Airways

Sejarah sunting

Syarikat Penerbangan Pelangi Air ditubuhkan pada Tahun 1987 untuk melayani sektor domestik dan destinasi antarabangsa. [2] Mereka berhenti beroperasi pada akhir Tahun 2001 selepas mengambil alih jalan antarabangsa ke Singapura oleh Syarikat Penerbangan Berjaya Air . Selepas berhenti beroperasi, pesawat mereka ditinggalkan di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, di Selangor dan Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, di Johor.

Armada sunting

 
sebuah Pesawat milik Syarikat Penerbangan Pelangi Air dengan siri Dornier 228-202K (9M-PEL) tiba di Lapangan Terbang Seletar di Singapura, sekitar Tahun 1999.

Senarai Armada sunting

Sebelum Syarikat Penerbangan Pelangi Air menghentikan operasinya pada Tahun 2001, armada kapal terbang terdiri dari:

  • 3 buah Pesawat Fairchild Dornier 228
  • 2 buah Pesawat Fokker 50

Sejarah Armada sunting

Syarikat Penerbangan Pelangi Air memulakan perkhidmatan menggunakan pesawat De Havilland DHC-6 Twin Otter dan Fairchild Dornier Do-228. Pelangi Air menyewa sebanyak 2 Pesawat siri Fokker 50 dari Syarikat Penerbangan Malaysia Airlines pada Tahun 1994 hingga Tahun 1997 sebelum mengembalikannya ke Syarikat Penerbangan Malaysia Airlines. Syarikat penerbangan itu menempah Pesawat siri Dash 8-300, tetapi membatalkan tempahan sebelum penghantaran pada Tahun 1997, tetapi satu buah Pesawat siri Dash 8 sudah dicat dengan warna (Livery) Pelangi Air.

Bekas Destinasi Pelangi Air (PG) sunting

Pelangi Air terbang ke destinasi sebagai berikut sehingga tahun 2001.

Hab utama dan Hab sekunder
Negara Negeri / Wilayah Persekutuan / Wilayah / Daerah / Kawasan Bandar Kod IATA Kod ICAO Lapangan Terbang Nota Rujukan dan Penanda
  Indonesia Aceh Banda Aceh BTJ WITT Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Iskandarmuda Penumpang
Sumatra Barat Kota Padang PDG WIMG Pangkalan Udara Sutan Syahrir Penumpang
Sumatra Utara Medan MES WIMK Pangkalan udara Soewondo Penumpang Lapangan Terbang ini ditutup pada Pertengahan tahun 2014, dan digantikan oleh LTA Kualanamu pada tahun 2014
Sumatra Selatan Palembang PLM WIPP Lapangan Terbang Sultan Mahmud Badaruddin II Penumpang
Riau Pekanbaru PKU WIBB Lapangan Terbang Sultan Syarif Kasim II Penumpang
  Malaysia   Kedah Alor Setar AOR WMKA Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim Penumpang
  Melaka Bandaraya Melaka KCH WBGG Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching Penumpang
  Negeri Perak Ipoh IPH WMKI Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah Penumpang
  Pulau Pinang George Town PEN WMKP Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas Penumpang
  Johor Johor Bahru JHB WMKJ Lapangan Terbang Antarabangsa Senai Penumpang
  Terengganu Kerteh KTE WMKE Lapangan Terbang Kerteh Penumpang
  Kelantan Kota Bharu KBR WMKC Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Penumpang
  Kuala Lumpur dan
  Selangor
Kuala Lumpur SZB WMSA Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah Penumpang Bekas Hab utama Pelangi Airways
  Terengganu Kuala Terengganu TGG WMKN Lapangan Terbang Sultan Mahmud Penumpang
  Pahang Kuantan KUA WMKD Lapangan Terbang Sultan Haji Ahmad Shah Penumpang
  Kedah Pekan Kuah LGK WMKL Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi Penumpang
  Negeri Perak Pulau Pangkor PKG WMPA Lapangan Terbang Pangkor Penumpang
  Pahang Pulau Tioman TOD WMBT Lapangan Terbang Tioman Penumpang
  Negara Thai Ko Samui Ko Samui USM VTSM Lapangan Terbang Samui Penumpang
Phuket Phuket HKT VTSP Lapangan Terbang Antarabangsa Phuket Penumpang
  Singapura Seletar Singapura XSP WSSL Lapangan Terbang Seletar Penumpang

Destinasi Bekas sunting

Nota: kesemua destinasi ini telah ditamatkan pada Tahun 2001.

Asia sunting

Asia Tenggara sunting

Syarikat Penerbangan Pelangi Air menempah beberapa Pesawat siri De Havilland Canada Dash 8 pada Tahun 1997 yang tidak pernah dihantar. [3]

Mereka biasa menyewa Pesawat konfigurasi penumpang 737-200 dari Syarikat Penerbangan Transmile Air Services dan memakai livery Aero Asia untuk menerbangkan beberapa laluan domestik untuk jangka waktu pendek pada Tahun 2000. Pesawat siri 737-200 yang sama dari Syarikat Penerbangan Transmile Air Services juga digunakan untuk melayani syarikat penerbangan serantau atau penyewa di Malaysia oleh pengendali untuk masa sesaat.

Galeri Armada Syarikat Penerbangan Pelangi Airways (PG) sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-09-26. Dicapai pada 2020-12-19.
  2. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-02-17. Dicapai pada 2020-12-19.
  3. ^ http://www.airliners.net/open.file/0111341/M/

Lihat Juga sunting

Pautan Luar sunting