Buka menu utama
Botol-botol berisi etanol dan aseton, dua jenis pelarut.

Pelarut merupakan suatu bahan yang melarutkan bahan terlarut, yaitu cecair, pepejal atau gas yang berbeza dari segi kimia untuk menghasilkan suatu larutan.[1] Pelarut biasanya ialah cecair tetapi boleh juga menjadi pepejal, gas atau bendalir superkritikal. Kuantiti bahan terlarut yang dapat dilarutkan dalam sejumlah isi pada pelarut tertentu berbeza mengikut suhu.

Pelarut paling umum dalam kegunaan seharian ialah air. Pelarut lain yang banyak juga digunakan dalam kehidupan seharian ialah bahan kimia organik yang dipanggil sebagai pelarut organik. Penggunaan umum pelarut organik terdapat dalam pencucian kering (seperti tetrakloroetilena), pelarut cat (misalnya toluena dan turpentin), sebagai penghilang cat kuku dan pelarut gam (aseton atau etil asetat), pada penghilang kotoran (misalnya heksana) dan dalam detergen (limonena).

RujukanSunting

  1. ^ Tinoco, Ignacio; Sauer, Kenneth dan Wang, James C. (2002) Physical Chemistry Prentice Hall, muka surat 134 ISBN 0-13-026607-8

Pautan luarSunting

  •   Kategori berkenaan Pelarut di Wikimedia Commons