Pelayan HTTP Apache

Apache ialah sebuah perisian pelayan web sumber terbuka yang serupa dengan IIS, Gelojoh[perlu rujukan], dan xitami. Ia juga merupakan atur cara pelayan web yang paling popular di dunia dan mendominasi melebihi 61% daripada pelayan web dalam internet, dan meninggalkan Microsoft IIS jauh di tempat kedua dengan kadar penggunaan sebanyak 19%. Ini membuktikan bahawa penggunaan Apache sebagai atur cara pelayan web merupakan pilihan pengguna yang pertama. (Statistik oleh Netcraft)

Nama Apache sebenarnya berasal daripada perkataan bahasa Inggeris, "A patchy server". Atur cara pelayan web ini berpunca daripada proses tampung yang dijalankan ke atas Daemon NCSA HTTP pada awal tahun 1995. Apache tidak dimiliki oleh mana-mana satu entiti komersil (seperti IIS yang dimiliki oleh Microsoft, iPlanet oleh Sun/Netscape Alliance) tetapi atur cara itu dibangunkan oleh sekelompok pengaturcara bebas dari seluruh pelusuk dunia yang bekerjasama untuk menerusi internet. Pada hari ini, pembangunan Apache diseleraskan oleh sebuah pertubuhan bebas yang dinamakan Yayasan Apache.

Apache ditulis dalam bahasa pengaturcaraan C, dan menggunakan infrastruktur yang dinamik dan modular supaya setiap fungsi atur cara pelayan web boleh dimasukkan secara berasingan. Kod yang digunakan untuk membina modul-modul tersebut berasal daripada pustaka/objek kongsi dalam sistem Unix, dan boleh dipasang secara statik ke dalam Apache. Ini menjadikan penggunaan Apache mudah dikembangkan dan dikonfigurasi.

Apache adalah sebuah atur cara pelayan web yang mempunyai kemudahan penuh dan yang menawarkan kepelbagaian fungsi dari sebuah pelayan web asas ke pelayan web yang berkeupayaan tinggi. Memandangkan ia adalah sumber terbuka, pembangun-pembangun boleh menaiktarafnya melebihi asas, menjadikannya tiada had batasan.

Pautan luar sunting