Peletakan Senjata Cassibile

Peletakan Senjata Cassibile (bahasa Inggeris: Armistice of Cassibile,[1] Itali: Armistizio di Cassibile) adalah peletakan senjata yang ditandatangani pada 3 September 1943 antara Pihak Bersekutu (diwakili Lt. Jeneral Walter Bedell Smith) dan Kerajaan Beraja Itali (diwakili Brig. Jeneral Giuseppe Castellano) serta diumumkan pada 8 September tahun sama semasa berlangsungnya Perang Dunia Kedua. Ia telah ditandatangani pada mesyuarat para jeneral dari kedua-dua belah pihak di sebuah kem tentera Bersekutu dekat Cassibile di bandar Siracusa, Sicilia yang baru sahaja diduduki oleh pihak Sekutu. Peletakan senjata ini telah diperkenan oleh Raja Victor Emmanuel III dan dipersetujui Perdana Menteri Itali Pietro Badoglio. Peletakan senjata ini juga menyatakan bahawasanya Itali telah menyerah kalah secara rasmi kepada pihak Bersekutu.

Raja Vittorio Emanuele III memakai seragam Marsyal Itali.

Selepas pengumumannya, pihak Jerman bertindak balas terhadap Itali, dengan menyerang tentera Itali di Selatan Perancis, rantau Balkan dan Itali sendiri. Tentera Itali telah dikalahkan dengan cepat dan sebahagian besar negara Itali diduduki oleh tentera Jerman, sementara Raja, kerajaan dan sebahagian besar tentera laut berpindah ke wilayah yang diduduki oleh pihak Sekutu.

Lihat juga sunting

Nota sunting

  1. ^ Howard McGaw Smyth, "The Armistice of Cassibile", Military Affairs 12:1 (1948), 12–35.

Rujukan sunting

  • Aga Rossi, Elena (1993). Una nazione allo sbando (dalam bahasa Italian). Bologna.CS1 maint: unrecognized language (link)
  • Bianchi, Gianfranco (1963). 25 luglio, crollo di un regime (dalam bahasa Italian). Milan.CS1 maint: unrecognized language (link)
  • Marchesi, Luigi (1969). Come siamo arrivati a Brindisi (dalam bahasa Italian). Milan.CS1 maint: unrecognized language (link)

Pautan luar sunting