Peletakan lunas kapal

Peletakan lunas atau meletakan lunas ialah pengiktirafan rasmi bermulanya pembinaan kapal. Ia sering diwarnai dengan satu acara yang dihadiri oleh tetamu kehormat dari syarikat pembinaan kapal dan pemilik utama kapal.

Memasang rivet pertama semasa upacara peletakan lunas kapal USS Missouri, 1941
Kerja-kerja meletakan lunas kapal Mariposa pada tahun 1943
Upacara peletakan lunas untuk kapal USS Freedom (LCS-1), 2005. Perhatikan modul pra-rekaan di latar belakang.
Tetamu kehormat di upacara peletakan lunas untuk kapal USS George H.W. Bush pada 2003

Peletakan lunas adalah salah satu dari empat acara yang diraikan khas untuk sepanjang hayat kapal; yang lain-lain ialah pelancaran, pentauliahan, dan pelucutan tauliah.

Pada zaman dahulu, acara yang diiktiraf sebagai peletakan lunas adalah pemasangan awal kayu tengah yang membentuk tulang tunjang sebuah kapal, yang dipanggil lunas. Apabila kapal besi menggantikan kapal kayu, kayu tengah digantikan dengan tiang besi tengah. Kapal-kapal moden kini dibina secara besar-besaran dalam satu siri pra-rekaan, bahagian badan kapal yang lengkap dan bukan membina secara mengelilingi tunas tunggal. Acara peletakan lunas merupakan aktiviti permulaan penyambungan blok besi bahagian bawah kapal secara modular sehingga terbentuknya lunas kapal iaitu struktur tulang tunjang kapal, atau meletakkan permulaan modul kedalam fasiliti limbungan. Tradisi ini adalah simbolik permulaan pembinaan badan sesebuah kapal. Ia kini sering dipanggil "pengesahan lunas", dan secara istiadat memulakan hayat kapal, walaupun modul-modul mungkin telah bermula beberapa bulan sebelum peringkat pembinaan.[1][2][3]

Rujukan sunting

  1. ^ NAVSEA – Naval Sea Systems Command. "Shipbuilding 101". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-03-19. Dicapai pada 2013-06-06. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  2. ^ "Ship Building Milestones". Navy League of the United States. Dicapai pada 2013-06-05.
  3. ^ "Australia: Austal Holds Keel-Laying Ceremony..." NavalToday.com. 8 Jun 2012.