Pelita Bahasa

majalah berbahasa Melayu di Malaysia

Pelita Bahasa merupakan sebuah majalah berbahasa Melayu di Malaysia yang mula diterbitkan pada 1989. Ia merupakan majalah khusus tentang bahasa dan diterbitkan sebulan sekali. Majalah ini menyasarkan pembaca daripada kalangan guru, pelajar menengah rendah dan tinggi, mahasiswa, kakitangan kerajaan dan pengguna bahasa yang lain. Majalah ini juga mengandungi 60 halaman bercetak.[1]

Pelita Bahasa
KategoriBahasa
KekerapanBulanan
PenerbitDewan Bahasa Dan Pustaka
Isu pertamaMac 1989
SyarikatDewan Bahasa Dan Pustaka
Negara Malaysia
BahasaBahasa Melayu
Laman webpbahasa.dbp.my

Kandungan sunting

Pelita Bahasa merupakan bahan bacaan ringan yang dapat dijadikan sumber rujukan yang berkait dengan hal-hal mengenai bahasa. Isinya bukan sahaja bersifat informatif, tetapi juga merupakan sumber rujukan yang dapat digunakan di dalam bidang bahasa Melayu.

Butiran sunting

Berikut merupakan senarai harga yang telah ditetapkan dengan mengikut tempat majalah ini dipasarkan.

  • Semenanjung Malaysia : RM 4.50
  • Sabah & Sarawak : RM 5.00
  • Singapura : S$ 4.50
  • Brunei Darussalam : B$ 4.50

Rujukan sunting

  1. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-04-23. Dicapai pada 2012-06-23.

Pautan luar sunting