Pelog ialah salah satu daripada dua skala muzik yang digunakan dalam muzik gamelan asli di Bali dan Jawa, Indonesia. Skala yang lain itu ialah slendro.

Skala pelog dapat dibuat dengan merangkaikan jeda sempurna keempat dengan jeda yang cukup lebar di sekitar 515 hingga 535 sen. Jeda ini berada pada jarak ekstrem yang masih dapat didengar sebagai jeda keempat. Skala pelog yang penuh terdiri daripada tujuh nada yang berbeza (suatu tumpukan daripada enam buah jeda keempat), tetapi biasanya sebuah gubahan akan ditulis hanya dengan lima nada.

Nama nada sunting

Nada-nada dalam skala slendro boleh dinamai dengan berbagai-bagai cara. Di Pulau Jawa, salah satu cara yang biasa adalah untuk menggunakan nombor, khususnya dalam bentuk singkatan. Nama yang lebih tua mempergunakan nama yang diterbitkan daripada bahagian-bahagian tubuh. Perhatikanlah bahawa kedua-dua sistem menggunakan nama yang sama untuk 5 dan 6.

Nombor Nombor bahasa Jawa Nama tradisional
Nama penuh Nama ringkas Nama penuh Makna harfiah
1 siji ji bem/panunggal kepala
2 loro ro gulu leher
3 telu lu dada dada
4 papat pat pelog
5 lima ma lima tangan (lima jari)
6 enem nem nem singkatan untuk enam
7 pitu pi barang barang

Nada dalam skala dengan dua jeda yang berbeza dilambangkan dengan L dan S, umpamanya gulu-S-dada-L-pelog-S-lima-S-nem-S-barang-L-bem-S-gulu, dengan S di sekitar 110-150 sen dan L di sekitar 250-300 sen.