Buka menu utama

Pelomedusidae ialah keluarga kura-kura air tawar yang berasal dari Afrika, dengan hanya satu spesies, Pelomedusa subrufa, juga ditemui di Yemen. Bersaiz daripada 12 ke 45cm, dan mempunyai bentuk yang hampir bulat. Haiwan ini tidak boleh memasukkan kepalanya ke dalam cangkerang, sebaliknya hanya meletakkan kepalanya ke sisi dan digelar sebagai Kura-kura leher sisi Afrika.

Pelomedusidae
Pelomedusa subrufa Beloa 070306.JPG
Pelomedusa subrufa,
Kura-kura Helmet Afrika
Pengelasan saintifik
Alam: Haiwan
Filum: Kordata
Kelas: Reptilia
Order: Testudines
Suborder: Pleurodira
Keluarga: Pelomedusidae
Cope, 1868
Genus

Pelomedusa Wagler, 1830
Pelusios Wagler, 1830
PosadachelysAguillón, 2014

Sinonim

Pelomedusinae Cope, 1868

keluarga haiwan ini mengandungi dua genus. Mereka dibezakan dengan kewujudan engsel (hinge) yang terdapat pada plastron (cangkerang bawah) badannya.[1]

Pelomedusidae menghabiskan masanya di dasar kawasan berair seperti sungai dan paya berlumpur. Diet mereka merangkumi kebanyakan haiwan invertebrata, seperti serangga, moluska, dan cacing. Kebanyakan spesies berestivat (aestivate) sepanjang musim kemarau, di dalam lumpur.[1]

Sistematik dan taksonomiSunting

keluarga Podocnemididae dianggap sebagai keluarga terasing, atau subkeluarga (Podocnemidinae) dari Pelomedusidae. Kura-kura leher sisi Afrika juga dimasukkan ke dalam senarai subkeluarga, seperti Pelomedusinae.[1]

RujukanSunting

  1. ^ a b c Obst, Fritz Jürgen (1998): [Pelomedusinae]. In: Cogger, H.G., & Zweifel, R.G. (eds.): Encyclopedia of Reptiles and Amphibians: 112-113. San Diego: Academic Press. ISBN 0-12-178560-2.

Bacaan lanjutSunting

  • Edward Drinker Cope. 1868. An Examination of the REPTILIA and BATRACHIA obtained by the Orton Expedition to Equador [sic] and the Upper Amazon, with notes on other Species. Proc. Acad. Nat. Sci. Philadelphia 20: 96-140. (Pelomedusidæ, new family, p. 119).
  • Goin CJ, Goin OB, Zug GR. 1978. Introduction to Herpetology: Third Edition. San Francisco: W.H. Freeman and Company. xi + 378 pp. ISBN 0-7167-0020-4. (Family Pelomedusidae, pp. 271–272).

Pautan luarSunting