Peluru berpandu Malkara

Peluru berpandu Malkara (dari perkataan orang asli Australia bagi "perisai") merupakan salah satu peluru berpandu anti-kereta kebal panduan terawal (anti-tank missile-ATGM). Ia dibangunkan bersama oleh Australia dan United Kingdom antara 1951 dan 1954, dan berada dalam perkhidmatan dari 1958 sehingga beransur-ansur digantikan dengan peluru berpandu Vickers Vigilant pada akhir 1960-an. Ia bertujuan cukup ringan untuk digunakan oleh pasukan udara, tetapi cukup berkuasa untuk melumpuhkan sebarang kereta kebal yang dalam perkhidmatan masa itu.

Malkara
Malkara dipamerkan di Muzium Kereta Kebal, Bovington.
JenisPeluru berpandu anti-kereta kebal
Tempat asalUnited Kingdom,
Australia
Sejarah perkhidmatan
Dalam perkhidmatan1958 to 1960s
Digunakan olehUnited Kingdom
Sejarah pengeluaran
PerekaRoyal Aircraft Establishment/Aeronautical Research Laboratory
Direka1954
PengeluarGovernment Aircraft Factories/Fairey Engineering Ltd
Dihasilkan1958-1964
Jumlah dibina1,000
Anekanone
Spesifikasi
Berat93.5 kg (206 lb)
Panjang1.9 m (6 ka 3 in)
Diameter203 mm (8.0 in)
Warhead26 kg (57 lb) kepala penyek letupan tinggi (High explosive squash head-HESH)
Detonation
mechanism
hentaman

Enjinroket pepejal
Lebar sayap80 cm (2 ka 7 in)
Jarak
operasi
4,000 meter (2.5 bt)
Siling penerbangann/a
Sistem
pemanduan
panduan wayar garis penglihatan
Sistem
stereng
permukaan kawalan
Platform
pelancaran
Kenderaan

Pembangunan dan operasi sunting

Kebanyakannya rekebentuknya dilakukan di Makmal Penyelidikan Aeronautik Kerajaan Australia, dan fasa ini juga salah satu contoh yang pertama simulasi komputer dalam reka bentuk kejuruteraan. Ujian pembangunan telah dijalankan di Kawasan Larangan Woomera, dan ujian kelulusan di padang latihan kereta kebal di Teluk Lulworth, Dorset. Sungguhpun ujian di Dorset kelihatannya mencapai peratusan 90% binasa yang mengagumkan, perkhidmatan peluru berpandu ini tidak dianggap mencapai kejayaan cemerlang, disebabkan oleh tiga kegagalan utama:

  • Ia dianggap terlalu berat. Kerana ia terlalu berat untuk dipikul, ia hanya boleh dikendalikan dari kenderaan khusus untuknya, mengurangkan fleksibiliti; dan
  • Ketepatan yang dicapai dalam penggunaan adalah lemah. Ini mungkin kerana sistem kawalan yang janggal memerlukan banyak latihan, dan tiada sistem simulasi atau peluru berpandu yang mencukupi untuk latihan menembak. Dalam memoirnya mereka, sesetengah pengendali menyatakan bahawa mereka hanya melepaskan satu peluru berpandu dalam kerjaya mereka.
  • Akhir sekali, ia memiliki kelajuan rendah, dengan hampir 30 saat untuk julat maksimum.
 
Kenderaan Humber Hornet dilengkapi dengan Malkara.

Walau bagaimanapun, pengajaran daripada projek Malkara mendorong pada peningkatan bagi program selanjutnya. Di samping itu, asas kerangka pesawat udara dan kepakaran telah digunakan secara langsung dalam pembangunan peluru berpandu anti-kapal selam Ikara dan peluru berpandu Sea Cat permukaan-ke-udara.

Malkara adalah luar biasa di antara peluru berpandu anti-kereta kebal dari segi ia mempunyai kepala penyek letupan tinggi (High-explosive squash head - HESH), juga dikenali sebagai Plastik Letupan Tinggi (High Explosive Plastic - HEP), dan bukannya kepala peledak yang lebih biasa caj berbentuk Anti Kereta Kebal Letupan Tinggi (High Explosive Anti Tank-HEAT). United Kingdom sentiasa menunjukkan minat pada HESH, bahan letupan utama berdasarkan peluru anti-kereta kebal yang digunakan British termasuk oleh kereta kebal seperti kereta kebal Centurion. Satu kepala peledak anti-kereta kebal 26/27 kg adalah jauh melebihi kebiasaan, tetapi Malkara mempunyai berkaliber 203 mm (8.0 in).

Specifikasi sunting

 
  • Panjang: 1.9 m (6.2 ka)
  • Ukurlilit: 200 mm (7.9 in)
  • Lebar sayap: 800 mm (2.6 ka)
  • Julat: 4,000 m (4,400 yd)
  • Tujahan: Dua tujuhan roket pepejal
  • Laju: 146.19 m/s (327 mph) - subsonik rendah, 28 saat hingga 4 km julat maksima
  • Berat keseluruhan: 93.5 kg (206 paun)
  • Kepala peledak: 26 kg (57 lb) kepala penyek letupan tinggi (High explosive squash head-HESH)
  • Pemanduan: Panduan wayar MCLOS, menggunakan kayu ria ibu jari dan pemantauan mata kasar pada dua flare pada sayap.
  • Number built: 1,000

Rujukan sunting

Sumber sunting

  • War Machine encyclopedia, Aerospace Publishing Ltd., pag. 253 (in Italian version printed by De Agostini, 1984).
  • Rockets and Missiles - John W. R. Taylor - Hippo Books No 8 - Hamlyn, 1971 - ISBN 0-600-37528-5