Peluru berpandu balistik antara benua

(Dilencongkan dari Peluru berpandu antara benua)

Peluru berpandu balistik antara benua (bahasa Inggeris: intercontinental ballistic missile, ICBM) merupakan peluru berpandu jarak jauh yang mampu mensasarkan mana-mana sasaran yang dipetakan di Bumi.

Ujian pelancaran sebuah LGM-25C Titan II ICBM dari silo bawah tanah di Vandenberg AFB, Amerika Syarikat, pertengahan tahun 1970an
Minuteman III
Peacekeeper

Ia menggunakan trajektori balistik yang melibatkan pendakian dan penurunan yang tinggi termasuk penerbangan sub-orbital dan sebahagian trajektori orbital. ICBM tidak banyak beza dari segi teknikal berbanding peluru berpandu balistik seperti IRBM, SRBM atau nama barunya peluru berpandu balistik medan; melainkan ia dibezakan berdasarkan jarak maksima. Jarak maksimum ICBM ditakrifkan oleh perjanjian pengawalan senjata yang mengharamkan orbital atau senjata sebahagian orbital. Hanya tiga negara sahaja mempunyai sistem ICBM yang beroperasi, Amerika Syarikat, Russia, dan China, walaupun Korea Utara dan Israel dipercayai juga sedang memajukan sistem ICBM-nya sendiri.

ICBM awal membentuk kebanyakan sistem pelancar angkasa. Contoh termasuk: roket Atlas, roket Delta, roket Titan, roket R-7, dan roket Proton. ICMB moden cenderung bersaiz kecil (disebabkan peningkatan kejituan dan kepala peledak yang lebih kecil dan ringan) dan mengguna bahan api pepejal, menjadikan mereka kurang berguna sebagai pelancar pesawat angkasa.

ICBM moden biasanya membawa pesawat masuk kembali bebas sasar berganda (multiple independently targetable re-entry vehicle, MIRV), setiap satunya membawa kepala peledak nuklear berasingan yang membolehkan sebiji peluru berpandu memusnahkan banyak sasaran. Senjata ini merupakan perkembangan dari pengurangan saiz dan berat mendadak kepala peledak moden. Ia juga merupakan "jawapan mudah" kepada penggunaan sistem ABM– ia lebih murah untuk menambah kepala peledak kepada sistem peluru berpandu sedia ada berbanding membina sistem ABM yang mampu memusnahkan kepala peledak tambahan. Tambahan lagi, ICBM moden cenderung menggunakan bahan api pepejal yang mampu disimpan untuk jangka waktu yang lama serta diletakkan sama ada di dalam silo peluru berpandu yang memberi perlindungan tambahan dari serangan pertama, atau pada kapal selam mahupun kereta api mudah alih, oleh itu lebih sukar dijumpai untuk dimusnahkan.

Peluru berpandu luncur yang terbang rendah merupakan pilihan lain kepada peluru berpandu balistik.

Peluru berpandu balistik khusus Amerika Syarikat termasuk:

Peluru berpandu balistik khusus Soviet/Russian termasuk:

Peluru berpandu balistik khusus kapal selam termasuk:

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

Pautan luar sunting

  • Missile Defense Agency, US: Department of Defense.
  • Estimated Strategic Nuclear Weapons Inventories, Rice, September 2004.
  • The 10 longest range Intercontinental Ballistic Missiles.
  • Intercontinental Ballistic and Cruise Missiles (guide), US: FAS
  • Hawes, Kingdon R. "King", Lt Col, USAF (Ret.), A Tale of Two Airplanes, RC135.
  • ICBM Modernization: Approaches to Basing Options and Interoperable Warhead Designs Need Better Planning and Synchronization: Report to Congressional Committees Government Accountability Office

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.