Peluru berpandu anti kereta kebal

Peluru berpandu anti kereta kebal atau senjata panduan anti kereta kebal merupakan sebuah peluru berpandu yang direka untuk menembak dan memusnahkan kereta kebal dan kenderaan tempur berperisai.

Peluru berpandu Nag dari India.
9K115 Metys kini digunakan oleh Tentera Darat Poland
Peluru berpandu dari jenis tembak-dan-lupa Brimstone digunakan oleh Tentera Darat British.
PARS 3 LR milik Tentera Darat Jerman.

Saiz peluru berpandu anti kereta kebal boleh didapati dalam berbagai-bagai saiz antaranya;

  • Lancaran bahu yang boleh dibawa oleh seorang anggota tentera seperti peluru berpandu Javelin,
  • Peluru berpandu dipasang pada kaki tiga atau kenderaan yang mana memerlukan sebuah skuad atau pasukan untuk mengangkut dan melancarkannya seperti peluru berpandu BGM-71 TOW, dan
  • Sistem peluru berpandu yang dipasang pada pesawat udara seperti helikopter penyerang, contohnya AGM-114 Hellfire.

Penggunaan peluru berpandu anti kereta kebal bersaiz kecil, mudah dibawa dengan kepala peledak berkuasa tinggi ke medan pertempuran moden telah memberi keupayaan kepada anggota tentera infantri untuk memusnahkan kenderaan berperisai, termasuk sebuah kereta kebal utama pada jarak jauh, dengan hanya satu tembakan. Senjata anti kereta kebal terdahulu seperti raifal anti kereta kebal, roket anti kereta kebal dan periuk api anti kereta kebal bermagnet memiliki keupayaan menembusi perisai yang terhad dan juga menghendaki seseorang anggota tentera berada hampir dengan sasaran.

Senjata anti kereta kebal terdahulu juga Carl Gustav dan RPG tidak dikira sebagai sebahagian dari peluru berpandu anti kereta kebal kerana pelurunya tidak boleh dikawal.

Pertahanan diri sunting

Alat-alat pertahanan diri daripada tembakan peluru berpandu anti kereta kebal termasuk perisai ruang, berliang, dan perisai komposit, perisai reaktif letupan (ERA), penyesak seperti Shtora buatan Rusia, dan sistem perlindungan aktif Trophy buatan Israel dan Arena buatan Rusia. Dulunya, sebelum peluru berpandu anti kereta kebal dari jenis "tembak-dan-lupa" digunakan, kaedah mempertahankan diri yang paling efektif adalah dengan melarikan diri sebaik sahaja tembakan dilepaskan.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

Pautan luar sunting