Peluru berpandu permukaan ke permukaan

Peluru berpandu permukaan ke permukaan (juga dikenali dengan, peluru berpandu darat ke darat) merupakan sejenis peluru berpandu yang dilancarkan daripada tangan, kenderaan, trailer, pelantar tetap atau kapal. Ia biasanya dilengkapi dengan sistem pendorongan seperti motor roket atau kadang kala ditembak oleh cas letupan, disebabkan pelancar pelancaran kebiasaannya berada dalam kedudukan statik atau bergerak dengan perlahan. Peluru berpandu ini juga biasanya memiliki sirip dan/atau sayap bagi daya angkatan dan kestabilan. Walau bagaimanapun, peluru berpandu berkelajuan hiper atau jarak dekat mungkin menggunakan angkatan badan atau terbang berdasarkan trajektori balistik. Fieseler Fi 103 juga dikenali sebagai "V1" merupakan peluru berpandu permukaan ke permukaan pertama di dunia.

Peluru berpandu permukaan ke permukaan sekarang merupakan jenis 'dipandu'. Sebuah peluru permukaan ke permukaan tanpa panduan selalunya merujuk kepada roket (sebagai contoh, RPG-7 atau M72 LAW merupakan sebuah roket anti kereta kebal manakala BGM-71 TOW atau AT-2 Swatter pula merupakan sebuah peluru berpandu anti kereta kebal).

Peluru berpandu permukaan ke permukaan boleh dipecahkan kepada beberapa kategori:

Pihak-pihak berbeza membezakan peluru berpandu berdasarkan jarak secara berlainan. Sebagai contoh, Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat tidak memiliki definasi untuk peluru berpandu balistik jarak jauh, dan oleh itu mendefinasikan 'jarak jauh' sebagai peluru berpandu yang memiliki jarak melebihi 5,500 km (3500 batu). Institut Antarabangsa untuk Pengajian Strategik juga tidak mendefinasikan peluru berpandu jarak jauh, dan mengdefinasikan peluru berpandu jarak dekat sebagai peluru berpandu yang memiliki jarak yang lebih pendek berbanding definasi Jabatan Pertahanan A.S.