Buka menu utama

Pemancar merupakan alat elektronik yang menghasilkan gelombang radio melalui pengujaan antena daripada penjanaan arus ulang-alik berfrekuensi radio kepada bahagian tersebut.

Ia merupakan komponen penting dalam semua alat elektronik yang bergantung kepada komunikasi radio seperti penyiaran radio dan televisyen, walkie-talkie, rangkaian komputer tanpa wayar, teknologi Bluetooth, radio dua hala dalam pesawat, set radar dan sebagainya.