Pemasaan injap boleh laras

Pemasaan injap boleh laras, atau VVT, adalah istilah umum bagi satu teknologi sistem injap enjin kenderaan. VVT membolehkan bukaan atau tempoh atau pemasaan (salah satu atau gabungan) bagi injap masukan atau ekzos (atau kedua-duanya sekali) diubah semasa enjin beroperasi. Kesan yang sama juga boleh didapati pada enjin dua lejang yang menggunakan injap kuasa.

Sepintas lalu sunting

 
Sistem i-VTEC pada enjin Honda K20Z3.

Enjin omboh biasanya injap bagi mengawal bukaan salur masukan dan ekzos. Kedua-dua injap dikawal bukaannya oleh sesondol pada aci sesondol. Sesondol membuka injap (bukaan) pada selang masa tertentu (tempoh) semasa kitar masukan dan ekzos. Pemasaan bagi bukaan dan tutupan injap juga penting. Aci sesondol digerakkan oleh aci engkol melalui tali sawat, gear ataupun rantai pemasaan.

Profil, ataupun kedudukan dan bentuk sesondol pada aci, dioptimumkan bagi selang rpm tertentu, maka ia mungkin mengehadkan kekuatan tork rpm rendah ataupun kuasa kuda pada rpm tinggi. VVT membolehkan profil sesondol ditukar bagi meningkatkan kecekapan dan kuasa.

Pada kelajuan enjin yang tinggi, enjin memerlukan lebih banyak udara. Walau bagaimanapun, injap masukan tertutup dengan cepat sebelum sempat sejumlah udara yang diperlukan dapat masuk, mengurangkan prestasi.

Sementara itu pula, jika sesondol membuka injap pada masa yang lama sebagaimana sesondol perlumbaan, masalah mungkin timbul pada rpm rendah. Ia menyebabkan bahan api tak terbakar dilepaskan oleh enjin memandangkan injap masih terbuka. Ia membawa kepada prestasi enjin lebih rendah serta pencemaran gas ekzos lebih tinggi. Disebabkan inilah enjin perlumbaan tulen tidak boleh mempunyai kelajuan melahu yang rendah (sekitar 800 rpm pada enjin kereta biasa) tetapi kelajuan melahu setinggi 2000 rpm adalah lumrah.

Tekanan bagi memenuhi keperluan alam sekitar serta piawaian kecekapan bahan api memaksa pengeluar kereta untuk menggunakan VVT sebagai penyelesaian. Kebanyak sistem VVT yang mudah (seperti Mazda S-VT) mendahulukan atau melengahkan pemasaan injap masukan atau ekzos. Sistem lain (seperti Honda VTEC) menukar antara 2 set sesondol pada rpm tertentu. Terdapat beberapa sistem (seperti BMW Valvetronic) boleh melaras pemasaan dan bukaan injap secara berterusan, dipanggil Pemasaan Injap Boleh Laras Berterusan or CVVT.

Antara sistem pemasaan injap boleh laras popular sunting

Lihat juga sunting

Pautan luar sunting