Pemasaran ialah fungsi sosial dan pentadbiran yang bertujuan untuk mencipta, mengembangkan dan mengekalkan pelanggan dalam suatu aktiviti ekonomi atau pertukaran barang dan perkhidmatan. Dengan perkataan lain, pemasaran ialah proses pengkomunikasian nilai suatu barang atau perkhidmatan kepada pengguna. Pemasaran terkadang boleh ditafsirkan sebagai seni menjual produk, tetapi penjualan hanyalah satu bahagian daripada pemasaran. Oleh kerana istilah "pemasaran" boleh menggantikan "periklanan", ia adalah keseluruhan strategi dan fungsi penawaran barang atau perkhidmatan kepada pengguna.[1] Pemasaran menyasarkan untuk mengenali dan memenuhi kehendak pengguna di dalam mengekalkan keuntungan aktiviti yang dijalankan.

Dari sudut pandang masyarakat awam, pemasaran ialah tautan antara tuntutan kebendaan masyarakat dan corak sambutan ekonominya. Pemasaran memenuhi keperluan-keperluan dan keinginan-keinginan ini melalui proses pertukaran dan pembinaan hubungan dalam waktu lama. Proses pengkomunikasian nilai suatu barang atau perkhidmatan melalui penentuan posisi kepada pengguna. Pemasaran boleh dipandang sebagai fungsi perbadanan dan sekumpulan proses penciptaan, penghantaran, dan pengkomunikasian nilai kepada pengguna, dan mengurusi hubungan pengguna di dalam cara yang menguntungkan perbadanan dan para pemegang saham. Pemasaran ialah sains tentang pemilihan pasar sasaran melalui analisis pasar dan pengelompokan pasar, sama ada memahami tingkah laku pembelian pengguna dan menyediakan nilai pengguna yang lebih tinggi.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting