Pembaca elektronik (e-reader) ialah peranti elektronik mudah alih yang direka khusus untuk membaca buku dan terbitan berkala digital (seperti majalah dan jurnal).[1] Sebarang peranti bisa digunapakai untuk tujuan demikian namun model-model yang khusus direka dengan pengutamaan terhadap kemudahalihan, kemudahbacaan dan jangka hayat bateri sepanjang pengunaan peranti.

Banyak peranti sebegii menggunakan Internet melalui sambungan Wi-Fi. Perisian terbina dalam alat ini juga membolehkan akses kepada suatu pustaka Sistem Pengagihan Penerbitan Terbuka (Open Publication Distribution System, OPDS) digital mahupun menghubungi pembekal buku sama ada untuk meminjam, membeli atau menerima buku elektronik.[2]

RujukanSunting

  1. ^ "Best E-Book Readers of 2017". CNET (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 26 Mei 2017.
  2. ^ "How to Rent or Borrow eBooks Online". www.moneycrashers.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 26 Mei 2017.