Aritmetik (Tulisan Jawi: اريتميتيق; bahasa Greek: αριθμός arithmos, angka) merupakan cabangan paling lama dan paling asas matematik dan digunakan oleh hampir semua orang dalam kehidupan harian. Ia didefinisikan sebagai kajian yang merekod ciri asas pelbagai operasi melibatkan nombor. Aritmetik berhubung rapat dengan teori nombor matematik.

Operasi aritmetik sunting

Penambahan (+) sunting

Operasi ini mencampurkan dua nombor (atau lebih) kepada satu nombor baru iaitu jumlah.

Penolakan (-) sunting

Penolakan merupakan operasi songsang penambahan. Hasil penolakan, iaitu perbezaan merupakan hasil tolakan subtrahend dari minuend. Kalau nilai minuend lebih besar daripada subtrahend, perbezaan akan menjadi nombor positif, dan vice versa. Kalau minuend sama dengan subtrahend, perbezaan akan menjadi sifar.

Pendaraban (×) sunting

Pendaraban merupakan penambahan berkali-kali. Pendaraban antara dua nombor, dipanggil faktor menghasilkan hasil darab. Indentiti pendaraban ialah nombor 1, kerana apa-apa nombor yang didarab dengan 1 akan menghasilkan nombor itu yang sama.

Pembahagian (÷) sunting

Pembahagiab pula merupakan songsang operasi pendaraban. Pembahagian satu nombor oleh satu nombor yang lain menghasiklan hasil darab. Pembahagian sesuatu nombor oleh nombor sifar akan menghasilkan nombor tak tertakrif.

Lain sunting

Operasi aritmetik lain termasuk peratus, punca kuasa dua, pengeksponenan, dan fungsi logaritma.

Lihat juga sunting

Pautan luar sunting