Pembahagian India (Hindi: भारत का विभाजन Bhārat ka vibhajan), (Urdu: تقسیمِ بھارتTaqsim-e-Bharat), (Bahasa Panjabi: ਭਾਰਤ ਦਾ ਬਟਵਾਰਾ Bhārat dā ban̐ṭvārā) adalah satu pembahagian wilayah British India dengan asalan demografi agama yang mencetus kepada kemerdekaan negeri-negeri di dalam kekuasaan Pakistan (kemudian Republik Islam Pakistan dan Republik Rakyat Bangladesh) dan Kesatuan India sekular (kemudian Republik India) pada 15 Ogos 1947.

Pembahagian India
Penjajahan di India
a rigged sailing ship
East Indiaman Repulse (1820)
Penjajahan di India
Portugal di India1510–1961
Belanda di India1605–1825
Denmark di India1620–1869
Perancis di India1759–1954
British India 1613–1947
Syarikat India Timur1612–1757
Pemerintahan syarikat di India1757–1857
British Raj1858–1947
Pemerintahan British di Burma1824–1867
Negeri beraja1765–1947
Pembahagian India
1947

Pembahagian ini terjadi ekoran penyebaran Akta Kemerdekaan India 1947 yang menyaksikan pembubaran Empayar British India. Pembahagian ini menyaksikan penghijrahan sehingga 12.5 juta orang dari bekas Empayar British India, dengan anggran kehilangan jiwa di antara beberapa ratus ribu hingga sejuta.[1] Keganasan yang wujud semasa pembahagian ini mewujudkan sikap permusuhan dan syak wasangka di antara India dan Pakistan yang mana menjadi penyebab kepada hubungan mereka sehingga ke hari ini.

Pembahagian India termasuk geografi divisyen wilayah Bengal di dalam British India kepada Pakistan Timur dan Bengal Barat (India), dan pembahagian serupa di wilayah Punjab kepada Punjab Barat (kemudian Punjab Pakistan dan Wilayah Ibunegara Islamabad) dan Punjab Timur (kemudian Punjab India, Haryana dan Himachal Pradesh). Perjanjian pembahagian juga termasuk aset divisyen negeri, termasuk Tentera Darat British India, Perkhidmatan Awam India dan perkhidmatan pentadbiran lain-lain, keretapi India, dan perbendaharaan pusat.

Selepas kejadian pembahagian, negeri-negeri beraja di India, yang mana tidak termasuk di dalam Akta Kemerdekaan India 1947 memilih sama ada menyertai India, Pakistan atau kekal bebas,[2] atau bergabung di dalam sebuah kekuasaan baru. Pemilihan di dalam persoalan ini mempunyai hubungkait dengan Jammu dan Kashmir yang menyebabkan Perang India-Pakistan 1947 dan perang dan konflik di antara India dan Pakistan yang lain-lain.[3]

Rujukan sunting

  1. ^ Metcalf & Metcalf 2006, halaman 221–222
  2. ^ Revised Statute from The UK Statute Law Database: Indian Independence Act 1947 (c.30) at opsi.gov.uk
  3. ^ Alastair Lamb, Kashmir: A Disputed Legacy, 1846-1990, Roxford Books 1991, ISBN 0-907129-06-4

Pautan luar sunting

Bibliografi
Pautan lain

Templat:Indo-Pakistani relations Templat:India topics