Pembangunan sosioekonomi

Pembangunan sosioekonomi ialah proses pembangunan sosial dan ekonomi sesebuah masyarakat. Ia diukur menerusi penunjuk seperti keluaran negara kasar (KNK), jangka hayat, kenal huruf, dan tahap penggajian. Perubahan faktor-faktor yang kurang ketara seperti maruah peribadi, kebebasan berpersatuan, keselamatan peribadi dan kebebasan daripada ketakutan kecederaan, serta takat penyertaan dalam masyarakat awam juga diambil kira. Punca kesan sosioekonomi termasuk teknologi baharu, perubahan undang-undang, serta perubahan persekitaran fizikal dan ekologi.


Lihat juga sunting


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.