Pembayaran balik atau dalam bahasa Inggeris disebut: Reimbursement adalah suatu tingkah laku yang menyebabkan berlakunya bayaran pampasan balik kepada seseorang yang telah mendahulukan wangnya atau hartanya untuk membayar sesuatu perbelanjaan. Ia acap kali dikaitkan dengan, seseorang yang dibayar balik atau dipulangkan kembali wang atau hartanya kerana orang tersebut telah mendahulukan wang atau hartanya itu terlebih dahulu, maka orang tersebut dianggap telah kehilangan wang perbelanjaan. Ia juga berlaku apabila seseorang melakukan perbelanjaan untuk tujuan pekerjaannya, atau suatu akaun perkhidmatan yang ia terpaksa tanggung dengan wang pendahuluan darinya, atau terpaksa mengenakan caj awal untuk tugasan bagi sesuatu pihak yang lain.

Sebagai contoh, sesuatu syarikat atau majikan perlu membayar balik wang perbelanjaan yang terpaksa ditanggung oleh pekerjanya atas sebab, pekerjanya diarahkan untuk memberi khidmat kepada majikan atau syarikat tersebut. Bayaran balik biasanya merangkumi perbelanjaan pengangkutan, perbelanjaan perubatan kecemasan, wang minyak kenderaan, wang tol jalan raya, wang tambah nilai, wang kerahan, duit pendahuluan dan lain-lain.

Lihat juga sunting