Pembenihan awan ialah suatu bentuk pengolahan cuaca yang mengubah jumlah atau jenis kerpasan yang terkumpul di awan melalui penyebaran bahan tertentu di udara. Bahan yang tersebar ini bertindak sebagai suatu nukleus ais atau penyejatan awan yang merubah proses mikrofizik dalam awan tersebut. Kaedah ini biasa digunakan untuk menambahkan air hujan atau salji yang turun, serta juga mengawal peredaran kabus dan hujan batu terutamanya di kawasan yang penting seperti di lapangan terbang.

Jenis-jenis kaedah pembenihan awan yang pelbagai sama ada melalui penjanaan di darat, pesawat, ataupun menggunakan roket

Antara bahan kimia yang umum digunakan termasuklah argentum iodida, kalium iodida dan ais kering (karbon dioksida pejal). Propana cecair yang mengembang menjadi gas juga digunakan kerana kebolehan menghasilkan hablur ais pada suhu yang lebih tinggi berbanding argentum iodida. Bahan higroskopik seperti garam biasa turut semakin digemari hasil penyeleidkan yang lebih mendalam.[1]

Bahan-bahan kimia ini disebarkan oleh pesawat atau alat khas yang terpasang di tanah (yakni, dalam bentuk bekas yang dilancarkan oleh senapang anti-pesawat atau roket) di mana bahan pembenih tersebut barangkali akan dibawa arus udara selepas dilepaskan.

Rujukan sunting

  1. ^ Hill, S A.; Ming, Yi (2012). "Nonlinear climate response to regional brightening of tropical marine stratocumulus". Geophysical Research Letters. 39: L15707. Bibcode:2012GeoRL..3915707H. doi:10.1029/2012GL052064.