Wujudnya gerakan pemberontakan yang wujud dalam Itali (Bahasa Itali: Resistenza italiana atau la Resistenza) atau Partigiani [par-ti-jia-ni] yang ditubuhkan semasa Perang Dunia Kedua untuk menumpaskan Jerman Nazi serta pihak Republik Sosial Itali pimpinan Benito Mussolini yang bersekutu.

Gerakan pemberontakan Itali
Terlibat dalam Perang Saudara Itali
dan Perang Dunia Kedua
Flag of Italian Committee of National Liberation.svg
Bendera Comitato di Liberazione Nazionale, badan perwakilan terbesar pemberontak ini.
Aktif Sejak rejim Fasis 1920-an, paling giat tahun 1943 hingga 1945
Ideologi Banyak jenis:
Umumnya anti-fasisme
Cabang-cabang komunisme, sosialisme dan anarkisme;
Republikanisme dan liberalisme
To a lesser extent:


Sosialisme liberal
Demokrasi Kristian
Catholic anti-fascism / Catholic anti-Nazism
Catholic socialism
Social liberalism
Demokrasi sosial
Monarkisme

Pemimpin
Sekutu * Allies
Lawan Pihak Paksi (Fascist Italy, Jerman Nazi and Republik Sosial Itali)

Keterlibatan mereka dalam Perang Dunia Kedua terutamanya dalam Perang Saudara Itali dan kempen bersama pihak Berikat – juga di bawah nama Secondo Risorgimento[1][2] ("pembaharuan kedua") – memainkan peranan penting dalam pembentukan Republik Itali moden.

Pihak yang terlibatSunting

PartigianiSunting

Catatan disimpan Maresciallo Rodolfo Graziani mengirakan kekuatan pihak partigiani sekitar 70,000-80,000 orang setakat Mei 1944.[3]

Salah satu badan pemberontak utama ini, Comitato di Liberazione Nazionale ("Jawatankuasa Pembebasan Negara", CLB) tertumpu di kawasan banjaran Alp, Apennine dan Lembah Po RSI, serta di pesisir timur laut Laut Adriatik taklukan OZAK dan Trentino dan Tirol Selatan tadbiran OZAV.[3]

Kaum wanitaSunting

Sebanyak 35,000 orang wanita Itali antara usia 20 hingga 29 tahun dikira menganggotai partigiane combattenti ("petarung partisan") dan 20,000 orang patriote. Mereka diasingkan daripada pasukan-pasukan lelaki dan sering tertumpu di kawasan bandar.[4]

KegiatanSunting

Di dalam ItaliSunting

Konflik bersenjata bermula sebaik sahaja pelaksanaan gencatan senjata antara pihak Itali dengan pihak Berikat pada 3 September 1943, pertarungan ini segera dipimpin pihak-pihak Angkatan Tentera Itali dan Carabinieri.

Pasukan ini bertanggungjawab ke atas pembunuhan Benito Mussolini dan perempuan simpanannya Clara Petacci di mana mayat-mayat mereka selain 3 orang sekutu lain di dataran Piazzale Loreta, pusat bandar Milan.

Turin dan Milan dibebaskan pada 25 April berikutan suatu pemberontakan cetusan tunjuk perasaan yang berlaku dua hari sebelumnya; pada dua hari seterusnya sebanyak 14,000 orang askar Jerman dan Fasis dikepung di Genoa, Jeneral Günther Meinhold menyerah diri kepada CLN ketika ini.[5]

Di luar ItaliSunting

Apabila pihak Yunani berpaling tadah memihak kepada pihak Fasis Itali, beberapa pasukan pemerontak mula berperang mempertahankan kubu sendiri di Rhodes, Kos, Leros dan seberapa pulau Dodekanisa lain dengan sokongan daripada SAS, SBS dan Tentera Darat British.

 
Beberapa anggota pemberontak Itali di Ossola, 1944.

Lihat jugaSunting

RujukanSunting

  1. ^ Dal primo al secondo Risorgimento, ANPI - su anpi.it; cfr. G. Bianchi, La Resistenza, in AA.VV., Storia d'Italia, vol. 8, p. 369.
  2. ^ Massimiliano e Pier Paolo Di Mino, Il libretto rosso di Pertini, Roma, Castelvecchi Purple Press, 2011, p. 6 ISBN 978-88-95903-50-7
  3. ^ a b Moseley, Roger (2004). Mussolini: The Last 600 Days of Il Duce. Taylor Trade Publishing.
  4. ^ Slaughter, Jane. Women and the Italian Resistance: 1943-1945. Denver, CO: Arden, 1997. Print.
  5. ^ Basil Davidson, Special Operations Europe: Scenes from the Anti-Nazi War (1980), pp. 340/360

Pautan luarSunting