Buka menu utama

Pemberontakan Yihetuan

(Dilencongkan dari Pemberontakan Boxer)

Gerakan Yihetuan (Cina Tradisional: 義和團運動, Cina Ringkas: 义和团运动, pinyin: Yìhétuán Yùndòng, "Gerakan Persatuan Adil dan Harmoni") atau Pemberontakan Yihetuan (義和團之亂 atau 義和團匪亂) ialah satu pemberontakan yang berlangsung di China dari November 1899 hingga 7 September 1901, bertujuan menentang pengaruh asing dalam bidang-bidang perdagangan, politik, agama dan teknologi yang berlaku di China ketika tahun-tahun terakhir pemerintahan Manchu (Dinasti Qing).

Pemberontakan Boxer
Boxer tianjing.jpg
Angkatan Boxer.
Tarikh 2 November 1899 - 7 September 1901
Lokasi China
Hasil kemenangan pihak berikat
Casus belli Perjanjian Tidak Adil, ketidakpuasan hati terhadap pemasukan Barat dan Jepun yang berterusan di China terhadap Wangsa Qing yang lemah
Pihak yang terlibat
Perikatan Lapan Negara (disusun menikut sumbangan):

Jepun Empayar Jepun
Rusia Empayar Rusia
United Kingdom Empayar British
Perancis Perancis
Amerika Syarikat Amerika Syarikat
Empayar Jerman Empayar Jerman
Itali Kerajaan Itali
Flag of Austria-Hungary (1869-1918).svg Austria-Hungary

Persatuan Keharmonian Adil
Flag of China (1889–1912).svg Wangsa Qing (China)
Komandan
United Kingdom Edward Seymour
Empayar Jerman Alfred Graf von Waldersee
Flag of China (1889–1912).svg Ci Xi
Kekuatan
mula-mulanya 20,000, jumlah 49,000 50,000-100,000 Boxer
70,000 Tentera Diraja
Korban
2.500 Askar,
526 warga asing/Cina Kristian
semua Boxer,
 ? Tentera Diraja
Orang awam = 18,952+

Gerakan Yìhétuán (Cina Tradisional: 義和團, Cina Ringkas: 义和团, pinyin: Yìhétuán, "Persatuan Adil dan Harmoni") diasaskan dalam kalangan petani yang berfahaman menentang kuasa asing dan imperialisme di China utara. Mereka menyerang orang asing yang membina landasan kereta api dan melanggar hukum feng shui, serta juga orang Kristian yang didapati bertanggungjawab atas dominasi asing di China. Pada Jun 1900, puak ini menceroboh Beijing dan membunuh 230 orang bukan Cina. Berpuluh ribu orang Cina Kristian, tanpa mengira bermazhab Katolik atau Protestan turut terbunuh kebanyakannya di wilayah Shandong dan Shanxi sebagai sebahagian konflik ini. Kerajaan pimpinan Maharani Balu Cixi tidak dapat membantu mengawalnya kerana para diplomat, orang awam asing, askar dan sebilangan orang Cina Kristian berundur ke kawasan perwakilan dan bertahan selamar 55 hari sementara satu campuran pelbagai bangsa mengerah 20,000 orang tentera untuk menyelamatkan mereka. Kerajaan China dipaksa membayar gantik rugi kepada para mangsa dan melaksanakan banyak konsesi lain. Pembaharuan seterusnya yang dilaksanakan selepas krisis-krisis 1900 menyediakan asas untuk pengakhiran Wangsa Qing dan penubuhan Republik China moden.

Gerakan Yìhétuán ini turut diberi gelaran Boxer (kata bahasa Inggeris bermaksud "peninju", kata jamak: Boxers) kerana kebanyakan daripada anggota gerakan ini dikenali atas kepakaran tinggi mereka dalam seni mempertahankan diri yang dahulunya dipadankan dengan istilah chinese boxing ("tinju Cina"); oleh yang demikian, pemberontakan yang dilakukan gerakan ini turut mendapat nama sebagai Pemberontakan Boxer atau Gerakan Boxer.

Latar belakangSunting

Asal-usul YìhétuánSunting

Yihequan (義和拳, "Penumbuk Adil dan Harmoni" muncul dari kawasan pedalaman utara wilayah Shandong yang banyak dikenali kerana pertubuhan agama dan pertahanan diri yang wujud di sana. Masyarakat yang menganggotai kelompok ini mengamalkan suatu ilmu rasukan yang turut melibatkan lagak hayunan pedang serta pengucapan mantera-mantera untuk dewa-dewi.[1]

Semangat ingin melawan balik penjajahan Barat sangat menarik perhatian terutamanya dalam kalangan belia pedalaman di sana yang ketiadaan pekerjaan.[2] Puak Yihetuan ini mempercayai diri mempunyai, kebolehan lut senjata api mahupub bilahan tajam. Malah, mereka juga percaya akan adanya penurunan askar-askar dari Syurga yang akan datang menolong menyingkirkan segala jejak penindasan asing dari pelusuk China.[3]

Faktor politik lainSunting

KonflikSunting

Pembunuhan beramai-ramai penganut KristianSunting

Sepanjang pergelutan ini berlangsung, sebanyak 136 mubaligh Protestan, 53 orang anak-anak, 47 paderi dan rahib Katolik pterkorban. 30,000 orang Cina penganut Katolik, 2,000 dari mazhab Protestan, dan 200 hingga 400 dari mazhab Ortodoks di Beijing turut dibunuh akibat persengketaan ini.

Puak Yihequan membuat kemaraan membunuh penganut Kristian di serata 26 wilayah.[4]

Kesan dan akibatSunting

Pihak-pihak kuasa Eropah menyedari bahawa rakyat China perlu dikawal melalui pemengaruhan terhadap kelompok yang memerintah mereka kerana "rakyat takutkan pegawai, pegawai takutkan orang asing, orang asing takutkan rakyat" (Bahasa Cina: 老百姓怕官,官怕洋鬼子,洋鬼子怕老百姓).


PerspektifSunting

Dalam sejarat Barat tradisional, pemberontak Boxer dikutuk sebagai satu hasil pemikiran tidak bertamadun, tidak rasional dan anti-orang asing di kalangan rakyat jelata. Dalam sejarah timur pula, masih terdapat pertikaian mengenai kepentingan gerakan ini. Sekarang pun, pemberontak Boxer disanjung oleh kerajaan PRC sebagai patriotik dan anti-imperialisme.

 
Seorang pemberontak Boxer. Sepanduknya dibaca "欽令 義和團糧臺", iaitu "Atas Arahan Diraja - Komisariat Bekalan Boxer".

Lihat jugaSunting

RujukanSunting

  1. ^ Thompson, Larry Clinton (2009), William Scott Ament and the Boxer Rebellion: Heroism, Hubris, and the Ideal Missionary, Jefferson, NC: McFarland and Co., Inc., p. 7
  2. ^ Cohen (1997), m/s. 114.
  3. ^ Lanxin Xiang (2003). The origins of the Boxer War: a multinational study. Psychology Press. m/s. 114. ISBN 0-7007-1563-0. 
  4. ^ Ying Bai & Kung, James Kai-sing. Diffusing Knowledge While Spreading God's Message: Protestantism and Economic Prosperity in China, 1940–1920. The Hong Kong University of Science and Technology. September 2011. Dicapai pada 2 November 2011. p.3

Pautan luarSunting