Pemberontakan Islam Algeria 2002-2007

Pemberontakan Islam di Algeria telah bermula sejak 2002 dan masih berterusan sehingga 2007.Mereka berjuang lebih 15 tahun dan seramai 200,000 telah terkorban.[1]. Pemberontakan ini dikaitkan dengan al-Qaeda-Maghreb. Kadang-kadang disebut al-Qaeda Negara Islam Afrika Utara. Asalnya Kumpulan Salafi untuk Dakwah dan Perang (GSPC).

Peta bandar Algiers, Algeria
Peta bandar Algiers, Algeria

Serangan bom 2007 sunting

Serangan bom kereta di Algeria terjadi pada hari Sabtu , 8 September 2007. Kereta itu diletupkan di rumah kediaman tentera di Dellys, 30 km di selatan bandar raya Algiers, Algeria, benua Afrika. Kira-kira 28 tentera dan orang awam terbunuh dan beberapa yang lain cedera.

Adalah dipercayai serangan bom kereta ini ditujukan kepada Presiden Abdelaziz Bouteflika . Pengebom telah ditembak oleh polis selepas dia meletupkan bom dan cuba melarikan diri.

Setakat ini tidak ada kumpulan yang mengaku bertanggungjawab terhadap serangan. Namun begitu al-Qaida di negara Islam Afrika Utara agak aktif sejak akhir-akhir ini.

Kumpulan Salafi Algeria dikaitkan dengan al-Qaida dan menamakan kumpulan mereka 'Al-Qaida di Negara Islam Afrika Utara'. Kumpulan ini mendakwa mendapat latihan dari kumpulan jihad antarabangsa. Mereka ingin membantu saudara seagama mereka di Iraq dan Afghanistan, tidak hanya berjuang di Algeria. Pembantu pengarah DST Perancis, agensi membendung keganasan ,Louis Caprioli, berkata kumpulan ini akan membesar dan merebak dan tersebar jika tidak dibendung.

Kumpulan ini mendakwa melakukan serangan berani mati pada April 2007 di luar pejabat Perdana Menteri Algeria di Algiers dan beberapa balai polis. 32 orang telah terbunuh.

Cawangan Al-Qaida Algeria juga dikatakan bertanggungjawab melakukan serangan pada Julai 2007 di mana sebuah trak tentera di tenggara Algeria telah membunuh 10 orang tentera.[2]

Menteri Dalam Negeri Algeria, Noureddine Yazid Zerhouni menyatakan tentera Algeria akan bertindak tegas. Mereka hanya diberi dua pilihan ' kembali pe pangkal jalan atau mati'.

Sejarah sunting

Konflik di Algeria berlaku pada 1992 di mana tentera telah membatalkan keputusan pilihan raya Algeria kerana ia dimenangi oleh parti fundamental Islam . Ramai yang terbunuh selepas pilihan raya itu . Sebaliknya Kesatuan Eropah dan Amerika Syarikat hanya berdiam diri sahaja meskipun parti Islam Algeria menang melalui sistem demokrasi.

  • Perberontakan Islam di Algeria bermula sejak 2002 lagi yang digerakkan oleh Kumpulan Salafi untuk Dakwah dan Perang.
  • Sebelum ini berlaku juga serangan bom membunuh 20 orang di timur laut Algeria ketika menunggu lawatan Presiden Algeria Abdelaziz Bouteflika . Beliau telah menamatkan darurat selama 8 tahun oleh pembangkang yang menuntut pemerintahan Islam.

Sasaran utama mereka ialah tentera dan pemimpin Algeria, rakyat Perancis dan rakyat Amerika syarikat. Kumpulan ini telah dilabel sebagai kumpulan pengganas asing oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah sebagai paling berbahaya.

Bilangan pejuangnya seramai 300 orang pada 2003. Kempen menyerang dan membunuh pegawai polis, tentera dam orang awam di padang pasir Sahara. Ketua mereka ialah Amari Saifi (Abderrezak el-Para", "askar payung terjun"). Mereka telah menculik sejumlah pelancong Jerman pada 2003. Kemudian Amari melarikan diri negara Mali dan Chad di mana dia telah ditangkap. Pada akhir 2003, tempatnya telah diambil alih oleh Nabil Shahraoui yang menyatakan sokongan terhadap al-Qaeda. Setelah ditangkap dan dibunuh , kumpulan itu dipimpin pula oleh Abou Mossaab Abdelouadoud pada 2004.

2004 sunting

  • Pada 7 Februari 2004, tentera Afrika telah menyerang militan di utara Mali, di mana mereka menyeberang ke Niger dan terus ke Chad.
  • Pada 9 Mac 2004, ahli GSL/GSPC bertempur dengan kumpulan bersenjata dari Niger dan Chad. Mereka mendapar sokongan dari pasukan khas Amerika Syarikat dan di dalam negara Chad. 43 pejuang Salafi dari Barat dan Utara Afrika telah terbunuh. Pemimpinnya Amari Saïfi telah melarikan diri dan kemudian ditangkap oleh kumpulan pemberontak Chad ( Pergerakan Untuk Demokrasi dan Keadilan Chad).
  • Pada 20 Jun 2004, Sahraoui dilaporkan telah terbunuh dalam pertempuran dengan tentera Algeria. Banyak pemimpin yang lain turut terbunuh.
  • Pada 21 Jun 2004, serangan bom kereta mencederakan 112 orang dan kerosakan pembekalan elektrik di Algiers. GSPC dikatakan bertanggungjawab.
  • Pertengahan 2004, Abu Musab Abdel Wadoud (aka Abdel Malik Daroqedel, Abdelmalik Dourkdal atau Abou Mossaab Abdelouadoud) telah mengambilalih kepimpinan yang ditinggalkan oleh Nabil Sahraoui memimpin GSPC.
  • Pada Oktober 2004, Amari Saïfi telah ditahan oleh kerajaan Libya dan kemudian cuba dihantar ke Algeria.
  • 6 Jun 2005, tentera Amerika Syarikat telah membuat latihan tentera bersama di Sahel, Algeria. Latihan ketenteraan ini dinamakan "Flintlock 2005". Seramai 15 tentera Mauritania telah terbunuh di kem tentera Lemgheity dan GSPC telah dipersalahkan.
  • Pada 25 Jun 2005, timbalan ketua GSPC, Amari Saïfi telah ditahan dan dipenjarakan.
  • Pada September 2005, dalam satu wawancara , Abu Musab Abdel Wadoud telah menyalahkan kerajaan Algeria yang melanggaar perjanjian damai. Sebaliknya telah meminta mereka bemutuskan hubungan dengan pengasas GSPC, Hassan Hattab.
  • Pada 17 November 2005, 3 rakyat Algeria telah ditangkap di Naples, Itali kerana disyakki merancangan serangan ganas. Mereka dikatakan telah membuat hubungan komunikasi dengan kumpulan Salafi Algeria terutama GSPC.
  • Pada 1 Februari 2006, surat khabar Liberté di Algeria melaporkan pemimpin rohaniah rohaniah Ahmed Abou al-Baraa (nama sebenar Ahmed Zarabib) telah dibunuh oleh tentera Algeria di pergunungan Toudja pada 17 Januari 2007.
  • Pada 30 Mac 2006, Hassan Hattab , pengasas kumpulan dilaporkan telah menerima tawaran pengampunan oleh kerajaan Algeria.
  • Pada 14 September 2006, al-Qaeda dilaporkan telah bekerjasama dengan GSPC untuk menentang kerajaan Perancis. Mereka merancang menyerang Perancis, Amerika Syarikat dan lain-lain pihak yang memusuhi mereka.
  • Pada 11 April 2007, serangan berani mati terhadap pintu depan pejabat Menteri Dalam Negeri Algeria . 24 terbunuh dan 300 cedera.
  • Pada 27 April 2007, Al-Qaeda-Maghreb mengakui ahli mereka, Samir Saioud alias Musab Abu Abdullah telah terbunuh di 45 km di timur Algiers. Tetapi dinafikan oleh kerajaan Algeria dan menyatakan beliau dari dua organisasi.
  • Pada 6 Sptember 2006, Al-Qaeda-Maghreb , seorang pengebom berani mati telah meletupkan dirinya ketika sedang menanti kedatangan Presiden Abdelaziz Bouteflika di Batna. Sekurang-kurangnya 21 orang terbunuh termasuk pengebom telah mati. Ini adalah kali pertama serangan berani mati dilaporkan di Algeria yang mana bom diikat pada badan. Sebelum ini lebih kepada serangan bom kereta.
  • Pada 8 September 2007, sekurang-kurangnya 16 orang terbunuh dan 30 cedera dalam serangan bom kereta di sebuah berek tentera laut Algeria di bandar Dellys, 100 km di timur Algiers.Trak itu berisi 800 kg bahan peledak. Mereka mahu mempertahankan Islam dan mendirikan negara Islam kerana Algeria sebuah negara korup. Komander ke-2 al-Qaeda , Ayman al-Zawahri asal dari Mesir menyatakan negara Afrika Utara itu hendaklah diubah kerana penuh dengan rasuah.
  1. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-09-10. Dicapai pada 2007-09-10.
  2. ^ http://news.yahoo.com/s/ap/20070908/ap_on_re_af/algeria_bombing;_ylt=AnIWoEETK3acZQ_Dhc3XnS9vaA8F