Pemberontakan Jun 1832 dicetuskan di sekitar kota Paris, Perancis sebagai suatu percubaan oleh pihak republikan untuk menggulingkan Monarki Julai.

Pemberontakan Jun
June Rebellion
An 1870 illustration depicting the rebellion
Tarikh5–6 Jun 1832
Lokasi
Keputusan Kemenangan berpihak kepada puak Orléanis
Pihak yang terlibat

Monarki Julai

puak Republikan
Komandan dan pemimpin
Georges Mouton

Charles Jeanne

One of the rebel leaders during the June rebellion
Kekuatan
30,000 3,000
Kerugian dan korban
73 orang terkorban, 344 cedera[1] 93 orang terkorban, 291 cedera[1]

Latar belakang sunting

Suatu kerajaan berperlembagaan telah didirikan Dewan Perwakilan Perancis setelah berlangsungnya Revolusi Julai tahun 1830 yang menggulingkan Raja Charles X dari Wangsa Bourbon lalu digantikan dengan pupunda baginda, Louis-Philippe. Golongan republikan yang wujud dalam kalangan rakyat ini tidak senang dengan keadaan tersebut yang hanya melihat ia sebagai pergantian takhta antara kerabat diraja semata-mata. Selain itu juga, terdapat banyak masalah ekonomi yang dihadapi selama beberapa tahun dari 1827 hingga 1832 lalu meningkatkan rasa tidak puas hati sesama kelas-kelas dalam masyarakat.[2]

Pada musim bunga tahun 1832, para penduduk Paris dilanda suatu wabak kolera yang membunuh sebanyak 18,402 orang penghuni tersebut.[2] Ia turut meragut nyawa beberapa orang negarawan yang begitu berpengaruh di negara tersebut; Casimir Perier, Presiden Majlis Kerajaan (Président du Conseil) yang bertindak sebagai ketua kerajaan dan perdana menteri Perancis meninggal dunia akibat penyakit tersebut pada 16 Mei tahun ini, manakala Jean Maximilien Lamarque, seorang tokoh terkenal dalam Perang Napoleon serta seorang pendokong reformasi dalam kerajaan ini meninggal tidak lama kemudian pada 1 Jun.

Rujukan sunting

  1. ^ a b William Duckett (penyunting). Dictionnaire de la conversation et de la lecture. XI. m/s. 702.
  2. ^ a b Harsin, Jill (2002). Barricades: The War of the Streets in Revolutionary Paris, 1830–1848. New York: Palgrave.